'Santai Tapi Sampai'

20 April 2022

Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni.

Zaman sekarang tak dinafikan ramai orang libatkan diri dalam bisnes, tak kiralah bisnes offline atau online

Tapi rasanya, kalau cikla tanya sahabat cikla yang baca ni, mesti majoriti join bisnes online kan? 

Bagi cikla bisnes online lebih mudah, tak payah nak sewa kedai fizikal,  cuma kita perlu ada ilmu untuk menguruskan bisnes ini supaya berjalan seperti yang diharapkan. 

Apa pun, tahniah ye sahabat sebab masih bersemangat dan tak kenal erti putus asa dalam memajukan bisnes memasing. Semua ini demi BIG WHY kan? Betul tak? 

Sepanjang bergelumang dalam dunia bisnes ni, mesti korang dah jumpa macam-macam kerenah dan ragam kastemer kan?  

Tipulah nak kata kalau kita asyik dapat kastemer yang ok dan tak banyak keranah, namun dalam ramai-ramai tu mesti ada terselit seorang dua kastemer yang sebegini. Setuju? 

Bila bercerita mengenai ragam kastemer ni, cikla ada terbaca pengalaman dari Ikram Al-Banjari pasal benda ni. 

Kata beliau, ini bukan masalah tapi sebahagian proses jual beli. Just face it and handle with care. Gitu. 

Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni.
Nak tau kategori prospek atau pelanggan dalam bisnes korang? Meh baca perkongsian menarik ni. 

Sepanjang pengalaman beliau dalam bisnes, ada beberapa kategori prospek.

Pertama, prospek yang mudah dan senang berurusan. Haaa, kalau dapat yang ni memang syok. 

Sebab, biasanya prospek macam ni jenis yang dari awal berhubungan dan communicate lagi dah senang. Dorang dah tau apa yang dorang nak dan memang dah bersedia nak membeli.

So, katanya lagi, hargailah prospek sebegini. Asingkan dorang dalam satu database special dan berikan dorang inisiatif serta kejutan ekstra. 

Tambahnya lagi, dalam teori pareto, prospek ini adalah kelompok 20% pelanggan yang memberi 80% pulangan. Kena jaga betul-betul.

Kedua, prospek yang payah dan susah berurusan. 

Ehh, janganlah gabra dan menggelabah bila berdepan dengan prospek yang "banyak cekadak cekadu ni". 

Kejap nak murah, kejap nak cepat, kejap nak cash, kejap kang mintak consignment pulak. Ishh ishh ishh. 

Mengikut pengalaman beliau, katanya prospek macam ini masih boleh dilayan dan kita cuma perlu pandai ikut ego dorang. 

Prinsipnya mudah je, just layan asalkan dorang membeli. Kita pulak kena cepat buat profailing, make sure apa yang dorang suka dan apa yang dorang tak suka. 

Prospek dalan kategori ini dahagakan perhatian. Kita kena rajin follow up dan bina engagement dulu sebelum buat urus niaga.

Ketiga, prospek yang terlalu cerewet dan susah berurusan. 

Golongan camni paling ekstrim katanya. Kalau penjual jenis cepat melatah dan panas baran, sadaqallahualdzim la jawabnya! 

Biasanya prospek peel gini memang banyak sangat soalan, komplenlah dan sebagainya.

Golongan cerewet ini sebenarnya nak dorang diberi layanan paling istimewa, walaupun belian dorang tak seberapa.  Dorang ni nak kita layan dorang macam raja. Kita mesti mengalah dan ikut cakap dorang. 

Golongan ini jugak berpotensi memburukkan dan menjatuhkan kita dalam pelbagai rupa dan cara tau. Namun, tak dinafikan ada jugak mampu menaikkan jenama dan membangunkan bisnes kita.

Cara beliau mudah je, belajar menurut ego prospek. .

Kalau puas diturut pun tak jalan, sudahlah toksah layan lagi. Fokus kepada 20% golongan prospek yang betul-betul membahagiakan dan beri pulangan. 

Nasihat beliau,  sebagai penjual, kita jangan patah semangat hanya kerana seorang propek yang terlalu cerewet dan tak bagi pulangan. Jawabnya, buang karen bak kata budak-budak sekarang. Dapat penat jer. 

Kita sendiri sebagai peniaga kena decide, berapakah nilai seorang prospek atau pelanggan tu? 

Cerewet dan susah macam mana pun, kalau dia bernilai dan bagi pulangan, silalah layan. Bagaimana nak hadap dengan prospek sebegini? 

Perlu hadap lebih ramai pelanggan dan belajar atasi dorang sendiri, sebab memang tak boleh guna orang tengah. 

Selamat maju jaya. 

No comments:

Post a Comment