Soalan nombor 4 ternyata majoriti beri jawapan salah.

Cuba korang jawab pertanyaan ini dalam hati saja. Siapa yang mampu jawab BENAR untuk semua soalan.

1. Allah menciptakan tertawa dan ............... ?
2. Allah itu mematikan dan ............... ?
3. Allah itu menciptakan Lelaki dan ............... ?
4. Allah itu memberikan kekayaan dan ................ ?

Soalan nombor 4 ternyata majoriti beri jawapan salah.
Soalan nombor 4 ternyata majoriti beri jawapan salah. 

Bagaimana jawapannya? Mudahkan? Sebahagian besar jawapan ternyata memang benar, tapi hanya untuk nombor 1, 2 dan 3 sahaja. 

Sedangkan untuk jawapan nombor 4, Ternyata majoriti SALAH. Mengapa? Majoriti kita tentu dengan mudah menjawab :

1. Tertawa dan (Menangis)
2. Mematikan dan (Menghidupkan)
3. Lelaki dan (Perempuan)

Tetapi bagaimana dengan soalan nombor 4? Apakah benar jawapannya adalah kemiskinan? Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam Surah An-Najm ayat 43-45 dan 48, sebab :

Jawapan no. 1

ﻭَﺃَﻧَّﻪ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ
"Dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm: 43)

Jawapan no. 2

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ
"Dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan."  (QS. An-Najm:44)

Jawapan no. 3

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ
"Dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan laki-laki dan perempuan. " (QS. An-Najm:45)

Jawapan no. 4

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ
"Dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm:48)

Ternyata jawapan yang nombor 4 kita sudah berburuk sangka kepada Allah. Sesungguhnya Allah hanya memberikan kekayaan dan kecukupan kepada hamba-hambaNya, bukan kemiskinan seperti yang telah kita sangkakan. 

Yang menciptakan KEMISKINAN itu adalah diri kita sendiri. Kemiskinan itu selalu kita bentuk dalam pola pemikiran kita.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang pandai bersyukur walaupun hidup cuma sederhana tapi ia tetap mampu tersenyum bahagia. Kerana ia merasa cukup, bukan merasa miskin seperti kebanyakan orang lain.

Semoga kita termasuk dari golongan orang-orang yang selalu merasa cukup dan selalu bersyukur dalam segala hal dan tetap semangat dalam menebar kebaikan. Kata kuncinya BERSYUKUR. 

Semoga  bermanfaat. 

Kredit : Penulis asal. 

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews