Halia atasi masalah kembung perut?

Kembung perut ni biasa kita yang kita tahu kanak-kanak je selalu kena kan. Tapi, sebenarnya, orang dewasa pun boleh kena jugak nak-nak pulak kalau makan makanan yang boleh menjadi trigger kepada masalah ni. 

Siapa tahu halia? 

Halia biasa kita tambah dalam tumisan kita untuk menambahkan aroma masakan kita. Tapi, halia sebenarnya boleh digunakan untuk mengatasi masalah kembung perut jugak tau. Biasa orang lamalah yang lagi tau pasal ni kan. 

Halia atasi masalah kembung perut?
Halia atasi masalah kembung perut? 

Korang yang selalu kena masalah kembung perut ni bolehlah try atasi dengan halia pulak kot kot tak pernah cuba sebelum ni. Mana tau berkesan untuk korang. 

Caranya, ambil sebuku halia sederhana besar, pastu korang bersihkan. Then, tumbuk halia tu tapi jangan sampai lumat, lepas tu masukkan kat,dalam gelas dan tuang air panas mendidih dalam anggaran setengah gelas gitu. Tutup permukaan gelas itu dengan piring 

Dan, biarkan selama 10 minit. Dah sudah tu, tapis rendaman air halia tu dan jadikan kepada dua bahagian. Sebahagiannya korang minum dan sebahagian lagi simpan dalam peti sejuk. Kalau perut korang rasa kembung lagi, ulang meminumnya sampai perut berasa lega.

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (449) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews