Advertisment

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.

Assalamualaikum, hai korang.

Lamanya tak share drama best yang tengah hot ditayangkan sekarang. Rasanya macam banyak drama baru kot. Tapi tu lah, kadang tak dan nak follow. Cuma bila tengok teaser drama Nusyuz Berkiblat Cinta ni, rasa macam kena tengok jer. Pelakon dia pun best dan berbakat semua. Menjadi lakonan dorang semua, sebab rasa geram jer tengok memasing. Haha. 

Rasanya tak pernah tengok Emma Maembong bawak watak membongak camni. Watak terjerit jerit tu sakit hati tengok weh. Selalu watak dia watak perempuan melayu terakhir, ayu-ayu gitu. Si Adam lakonan Firky Ibrahim tu pulak, masyaAllah naif sungguh. Penyabor sangat lahai. Wujud ke suami penyabor camtu. Huhu. Si Fikry ni selalu cikla tengok dalam rancangan komedi. Citer berat camni memang first time tengok dia berlakon.

Pastu, kisah kawan Hawa si Safi. Hurmm, sorang lagi si naif. Suami dia pulak, masyaAllah rasa nak dekel-dekel jer otak dia bior sedor sikit. Suami menda gitu suka pukul bini, pastu nak melayan serakah dia manjang. Ingat bini mesin ke? Tapi anak tak nak. Sikit sikit kepuasan, sikit sikit kepuasan. Apa menda tu wehh.

Nak citer lebih-lebih pun, drama ni baru jer ditayangkan 3 April lepas. Episod panjang lagi, macam-macam hal boleh jadi. Panjang wehh episod sampai 15 Mei 2022.

Oklah jom la baca barisan pelakon hebat dan sinopsis sikit pasal jalan cerita drama ni. 

Drama Nusyuz Berkiblat Cinta. 

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua. Kredit gambar SINI

Pelakon utama:
  • Fikry Ibrahim sebagai Adam
  • Emma Maembong sebagai Hawa
  • Nadhir Nasar sebagai Erfhan

Pelakon pembantu:
  • Dayana Roza sebagai Khadijah
  • Sabhi Sadhi sebagai Zarul
  • Yaya Maembong sebagai Aisyah
  • Ako Mustapha sebagai Arman
  • Aznah Hamid sebagai Hajah Asmah
  • Jalaluddin Hassan sebagai Haji Aris
  • Mak Wan sebagai Puan Fatimah
  • Tengku Malia sebagai TJ
  • Ikhwan Khairudin sebagai Amir

Lagu tema (OST): Mainan (Naim Daniel)

Sinopsis :
Kisah dua pasangan suami isteri, Adam (Fikry Ibrahim) dan Hawa (Emma Maembong), dan Erfhan (Nadhir Nasar) dan Safiana (Shaza Bae). Bila Hawa dapat tahu yang Safiana menjadi mangsa keganasan rumah tangga, dia membuat keputusan untuk mengawal rumah tangganya sendiri dan bertegas untuk tak tunduk sedikitpun pada suaminya. Bermula dari seawal mereka merancang untuk berkahwin, Hawa menetapkan syarat dalam perkahwinannya bersama Adam sehingga Adam sanggup mengetepikan keluarga dan kawan-kawannya demi Hawa. Tanpa disedari, Adam dikawal sepenuhnya oleh Hawa. Malang sekali, keadaan tak berubah untuk Safiana bila dia seringkali didera dari segi emosi, fizikal dan seksual oleh Erfhan. Patutkah Adam dan Safiana terus kekal dalam perkahwinan masing-masing? Adakah Hawa dan Erfhan akan berubah menjadi pasangan yang lebih baik?

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Fikry Ibrahim sebagai Adam.

Nusyuz Berkiblat Cinta : Drama konflik dan penderaan rumahtangga wajib tonton sebagai ikhtibar kita semua.
Emma Maembong sebagai Hawa.

Suspen sungguh nak tunggu ending kisah ni kan? Macam tak sabor nak tengok apa jadi dengan dorang ni semua. Bersama ke mereka pada akhir kisah, atau mereka terpaksa berpisah demi ego masing-masing? Apa pun, bagi cikla drama ni memang patut ditonton sebab banyak pengajaran yang kita boleh dapat. 

Jangan lupa tengok tau! 

Kredit SINI

Post a Comment

0 Comments