Cuti Wesak ritu korang pergi mana? Ke sambung beraya, penuhi undangan open house pulak?
Walaupun sekarang dah diberi kelonggaran tapi kita jangan suka dan leka sangat. Sentiasa beringat dan jaga diri lebih-lebih lagi kalau pergi ke tempat yang ramai orang. Pakai la mask, dan jangan lupa mintak Allah lindungi. InshaaAllah.
Cikla cuti ritu bawak budak-budak pergi Zoo Negara. Rasanya berkurun kot tak pergi sana. Last pergi kalau tak silap, dak Zara umur dalam 2 tahun. Yang pasti dak Zara tu kecik lagi la. Sekarang ni pun dia dah 6 tahun. Lama tak lama.
Sebenarnya, ini adalah unplanned "jalan jalan". Budak-budak pulak sibuk ajak jalan, bosan cuti-cuti tak pergi mana. Ayah mereka asik keje je katanya.
Cite pasal harga masuk, harga tiket untuk dewasa RM45 dan kanak-kanak RM18 untuk warganegara (guna myKad). Tapi time ni, encik hubby dengan kakak
Batrisya dapat free sebab special untuk birthday treat May. Makanya, adalah sedikit penjimatan di situ. Lepas ni kalau korang nak plan datang sini, datang time bulan hari lahir korang. Haa, bijak tak idea aii nak bagi jimat tu. Wakaka.
Kat dalam tu, kalau korang malas nak jalan masuk, ada tren disediakan. Cumanya kena bayar tiket la. Makanan minuman pun ada dijual kat dalam tapi harga dia agak ehem ehem la sikit. Hihi, pepaham ajer ler ye.
Moh lerr kita cuci mata tengok tengok gambar yang sempat di snap.
Sebelum memulakan pengembaraan, wajib bergambar di pintu masuk. Penting tau, bukti datang sini. Tak kisahlah berapa kali dah mai. Haha.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Mak nak jugak posing. Haha. Sebelah tu anak dara cikla no 2, kakak Farisya. Tudung hijau belakang yang jauh sikit tu kakak Batrisya. Kemain smart katanya, siap tangan masuk kocek. Haha.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unta padang pasir pun ada. First time kot tengok unta depan depan. Batak la jap memasing, haha.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Kalau yang ni tak ingat binatang apa. Seladang kot. Tengok tanduk, takut ooo. Sekali sondol orang, habiss.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Yang ni pulak pasangan rimau bintang sedang berehat. Santai santai aje katanya. Sekali tengok macam patung je. Mana taknya, tak bergerak. Dok perati orang je.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Haaa, yang ni jangan tak kenal pulak. Si leher panjang. Apa lagi, cik jirapah lerr.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Cikla berpeluang masuk kat dalam tempat pameran panda. Panda semua tengah tido. Orang ramai datang nak tengok dia, dia buat derk jer. Tak heran langsung. Haha.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Siap tido terlentok tersangkut kat celah tu kayu tu lagi. Pandai dia cari pot. Punyalah sedap tido, camtu punya gaya pun boleh. Dont try this at home tau. Tak memasal kena jolok dengan galah dari bawah. Hehehe.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Gajah oh gajah. Yang ada kat situ 2 ekor je. Siap ada nama tau gajah-gajah ni.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Tak dapat nak bergambar sebelah dengan gajah betul, bergambar dengan gajah "tipu" pun jadilah. Haha. Budak keteng tu kemain dia dok tepi gajah.
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Unplanned jalan-jalan ke Zoo Negara. |
Ni antara tempat yang kitaorang masuk and ambil gambar. Ada juga yang kitaorang takdan nak snap, macam tempat reptilia (ada spesies ular, sesumpah), pastu kura-kura, spesies pelbagai burung, keluarga monyet (Chipamze, siamang, orang utan), buaya, kancil dan banyak lagilah.
Bagi cikla, tempat ni memang bagus untuk anak-anak mengenal haiwan sebagai pengetahuan am mereka mengenai salah satu makhluk ciptaan Allah.
Macam anak cikla, pelik nauu la tengok lagi lagi kalau binatang yang tak pernah dorang tengok secara real.
Time tu mulalah soalan yang kuar. Mama kenapa monyet tu camtu, mama kenapa gajah tu camni. Paling dasat, soalan luar kotak pun ada tau. Haha. Garu kepala jap mak nak bagi jawapan.
Oklah, korang yang belum pernah bawak anak-anak pergi sana eloklah bawak dorang. Confirm dorang hepi. Excited bebenorr nanti tau. Siyes, tak tipu. Cumanya siapkan wang lebih jer la. Mesti banyak kena "tol" nanti.
Hehe.
No comments:
Post a Comment