Rumah tangga goyah, penuh prasangka dan tak bahagia? Awas, mungkin ini kerja Dasim, si jin penghasut.

Rumah tangga goyah, penuh prasangka dan tak bahagia? Awas, mungkin ini kerja Dasim, si jin penghasut. | Setiap pasangan yang sudah berkahwin tentukan mahukan rumah tangga mereka sentiasa aman damai sejahtera sentiasa kan. Bak kata orang sekarang, till Jannah gitu. Walaupun begitu, kita tak boleh nak sangkal jugak pepatah ini, yang mengatakan, 'kita hanya merancang, tapi Allah menentukan'. Yang pastinya, segala ketentuan itu ada hikmah yang tersembunyi.

Memang tak dinafikan ada rumah tangga yang serba tak kena. Sesama pasangan berprasangka yang bukan-bukan, malah selalu marah marah dan naik angin walaupun bukan isu besar pun. 'Kicik punya hal pun, macam perang dunia kedua rupa dia'. Alahai... Ini belum lagi ada kes tu, tengok muka pasangan pun benci, jumpa je nak gaduh tapi hairannya bila berjauhan rindu rinduan pulak dah. Acaner tu?

Salah satu sebab benda ni jadi, rupa-rupanya kerja jin penghasut si Dasim. Memang teruk nau perangai jin Dasim ni. Dah nama pun jin kan, jarang jumpa jin yang baik. Huhu. So, cikla nak share beberapa ciri jin ini, bukan apa mungkin lepas ni kita akan lebih alert dan sentiasa berhati-hati.

Karektor jin Dasim.


  1. Cukup tak suka bila tengok suami isteri dan keluarga hidup aman, damai dan bahagia. Haa, bila dia tengok famili ni happy, mulalah dia sebarkan sifat emosi yang over. Bila asyik beremosi jek, nanti mulalah sikit-sikit marah, sikit-sikit nak melenting, cakap sikit nak tinggi suara. Sudahnya, bermusuhan sesama sendiri.
  2. Cuba mengapi-apikan, mengadu domba, menghasut, ehh macam-macm meng lah, sampailah suami isteri ni bermusuhan dan tak sefahaman. Klimaksnya, sampai bercerai-berai. Allahu, jahat betul kan.
  3. Suka sangat buat pasangan rasa sakit hati. Tau la orang kalau dah sakit hati, memang kadang-kadang mulut pun tak boleh nak control. Mulalah, masing-masing berperang mulut kekonon nak pertahankan diri memasing. Bahasa pun dah tak berlapik lagi dah. Hilang terus sayang, abang, anje, mucuk-mucuk bagai. 
  4. Suka menghasut nak nak pulak pada peerempuan yang sedang uzur (period), termasuklah perempuan yang tengah peknen dan perempuan sedang dalam pantang. Itu sebab, kadang kadang ada sesetengahnya emosi swing teruk benar. Ke laut dalam perginya.
  5. Jahatnya si Dasim ni sampai sanggup buat pasangan tu buat apa je asalkan dapat puaskan hati yang tengah 'panas' tu. Paling dasat, habis hancur sebuah hubungan yang suci. Allahu.

Macam mana nak menghindarkan diri dari hasutan jin penghasut, Dasim ini?

Orang selalu cakap, 'sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pulak suami isteri'. Ye betullah tu.Orang cakap, kalau asyik ok je, macam takde warna warninya pulak hubungan tu kan. Tapi, janganlah sampai ke tahap kronik plak kan sampai bercerai berai. Apa yang penting pasangan itu sendiri kena sentiasa mendekatan diri kepada Allah dan sentiasa kuatkan semangat. 

6 tip yang boleh kita praktikkan, iaitu :

  1. Kalau sedang marah, cepat-cepat beristighfar dan mengucap banyak-banyak. Cari tempat yang menenangkan dalam rumah. Berwuduklah dan buat solat sunat dua rakaat.
  2. Bila buat salah, tak kira suami atau isteri cepat-cepat minta maaf, jangan bertangguh-tangguh. Bukan apa, kalau dipendam lama-lama akan bersarang dan beranak pinak rasa prasangka dan amarah tu.
  3. Sebaiknya, selalu solat berjemaah, dan berdoa supaya Allah sentiasa memelihara hubungan suami isteri dari gangguan syaitan.
  4. Mungkin ramai yang tak tau, yang mana bilik kosong yang dibiarkan tiada berpenghuni dalam tempoh yang lama adalah sangat tak bagus sebab mungkin ada 'makhluk lain' yang menghuninya. So, selalulah solat dan berzikir dalam bilik-bilik itu. Buka pintu supaya azan/zikir/ mengaji Quran boleh didengar hingga ke bilik tersebut.  
  5. Sebelum masuk ke dalam rumah, jangan lupa bagi salam, walaupun masa tu takde orang kat dalam rumah. 
  6. Selalulah membaca yassin di dalam rumah, terutama setiap malam jumaat. Selain itu, bacalah Al-Quran. Kalau memasing takdan, pasang je MP3 pun ok, asalkan ayat-ayat suci  Al-Quran berkumandang dalam rumah kita. InshaAllah, iblis syaitan pun takut nak dekat.

Semoga rumah tangga kita sentiasa dipayungi dengan rahmatNya dan dijauhi dari perkara-perkara yang tak baik. Aamin.

Kredit Pusat Rawatan Islam Al Maliki Syifa Group.

Share:





[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang disiarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.


Owner


I am Cikla Shahril (Shahila Shahril).
Isteri, ibu, part time blogger, hypothyroid dan suri bisnes. Positive vibes.

Any reviews or collaboration, just send email at arinillalove82@gmail.com

Blog Page

Business Page

Latest Post

Recent Posts Widget

Say Something Here