"Luahan Rasa Tanpa Suara"

21 March 2021

Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.

March 21, 2021 1
Korang pernah makan kuih sagu tak? Cikla ada jugak makan sebelum ni, tapi ni kali kedua kot cikla buat sendiri. Senang sangat nak buat kuih ni tau. Sekejap jer dah siap. Jom cikla tunjuk cara cikla. 

Bahan dia :

Biji sagu.
Gula. 
Daun pandan.
Pewarna kegemaran (ikut suka warna dia)
Air secukupnya.
Kelapa parut (yang digaul dengan sedikit garam)

Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.
Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.

Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.
Kuih sagu, kuih paling senang nak buat.

Cara nak buat

Masukkan biji sagu yang telah dibersihkan dalam periuk yang sesuai bersama gula, daun pandan, warna dan air secukupnya. Kacau sagu secara kerap. Masak sampai sagu jadi likat dan berkilat. Selepas itu, masukkan sagu yang dah masak dalam loyang atau bekas yang sesuai. Sedap di makan dengan kelapa parut. Hurmm, sedapnyaa lahaii. 

Nak try? Silakanlah. 

19 March 2021

Hati tak tenang? Kenapa agaknya ye.

March 19, 2021 1
Ada orang, dia dah ada semuanya. Duit banyak, keperluan hidup cukup, malah berlebih-lebih lagi. Tapi, hati dia masih tak tenang. Rasa macam ada je yang kurang. Kenapa agaknya ye? 

Pendapat cikla, ada beberapa hal dan 'sesuatu' yang mungkin kita terlepas pandang, dan menganggap ia hal remeh padahal benda tersangatlah pentingnya. 

Pertama, tak menjaga solat. Sibuk macam manapun, kewajipan yang satu ni mestilah dibuat sebab ia adalah rahsia kepada ketenangan hidup. Sudahlah solat tak jaga, Al-Quran pulak lagilah jarang teramat membacanya. Hurmm. 

Lagi satu, rahsia yang bukan lagi rahsia kepada rezeki yang murah adalah menjaga sebaiknya 'kunci syurga' yang diamanahkan pada kita. Kunci syurga tu ibu bapak kitalah. Hormat, ingat dan amik berat pasal mereka. 

Hati tak tenang? Kenapa agaknya ye.
Hati tak tenang? Kenapa agaknya ye. Kredit Google. 

Last, kurang beristighfar. Kita semua adalah pendosa gaiss. So, memang sangat digalakkan untuk kita sentiasa membasahkan lidah kita dengan istighfar, mudah-mudahan segala dosa kita diampunkan olehNya. Moga kita istiqamah berubah menjadi lebih baik. Aamin. 

Sampai bila nak berada di takuk lama? Just my two cents.

11 March 2021

Salam Israk Mikraj 2021.

March 11, 2021 1
Hari ni dah 27 Rejab. Maknanya tak lama lagi kita dah nak masuk bulan Ramadan. Moga kita semua diberi kesempatan menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Aamiin.

Salam Israk Mikraj 2021.
Salam Israk Mikraj 2021. Image kredit Google.

Berbalik kepada kisah Israk Mikraj, perjalanan Nabi Muhammad SAW dari kota mekah ke Masjid Al-Aqsa yang jaraknya hampir 1250 km dalam masa satu malam. Jika difikirkan tak masuk akal kan.

Namun, tidak ada yang mustahil bagi Allah bahkan semua yang Allah kehendaki jika Dia mengatakan jadi maka akan terjadi.

Salam israk mikraj buat semua sahabat. 

02 March 2021

Bihun sup sambal kicap first time buat.

March 02, 2021 0
Untuk entri pertama bulan mac ni, cikla nak share resepilah. Bihun sup sambal kicap berapi nama dia. Haha. Resepi ni cikla buat bulan lepas kot, saja snap snap gambar boleh share dekat blog kan. 

Cikla taulah ramai je kot yang reti buat bihun sup ni, tapi sebab excited sangat first time buat and jadi. Tu yang nak share sini, di samping untuk simpanan cikla jugak. Manalah tau ada yang first time buat dan tercari-cari kekdah yang paling senang? Haa, inilah dia. Tak nak membebel panjang, jom kita tengok bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan untuk sup, adalah seperti berikut:

1 ekor ayam potong kecil.
1 biji bawang merah dihiris. 
3 ulas bawang putih diketuk. 
1/2 inci halia diketuk.
Bunga lawang dan kulit kayu manis (untuk menumis).
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar).
Fish ball dan fish kek. (Salah satu pun boleh).
Sup bunjut ADABI.
Minyak, garam dan perasa (pilihan). 

Bahan lain.

1 peket bihun FAIZA (lembutkan). 
Daun sup dihiris.
Bawang goreng. 
Taugeh (celur).
Sawi (celur).

Cara nak masak.

Ada orang kalau buat sup main lebur je semua kan. Tapi, cikla sebenarnya lagi suka tumis dulu. Ni bila mood rajin lah jugak. Kalau kurang rajin tu main lebur gak. Haha. 

Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau. Then, masukkan ayam dan air. Air ni korang agaklah. Tapi better lebihkan sikit kan sebab nanti masa nak makan dengan bihun sedap sikit. Banjir gitu. Tutup periuk sampai ayam masak dan kuah mendidih. 

Lepas tu, masukkan fish kek, fish ball, garam, lada hitam dan perasa. Kacau rata, sesuaikan rasa gitu. Dah ok semua, masukkan daun sup dan bawang goreng (ikut suka nak letak, letaklah. Tak nak pun takpe). 

Dah siap dah sup nye. 

Masa nak makan tu, masukkan bihun dalam mangkuk pastu letaklah taugeh dengan sawi yang dah dicelur pastu curah sup. Nak perah limau masa makan pun leh. Lagi sodap. 

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Bihun sup sambal kicap first time buat.

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Bihun sup sambal kicap first time buat.

Sebenarnya, apa yang cikla paling excited buat bihun ni adalah cikla berjaya buat sambal kicap dia. Pada tekak cikla, inilah yang paling ok yang cikla pernah buat. Ececeh, puji diri sendiri pulak ye. Haha. 

Resepi ni cikla tiruvasi dari blog AzieKitchen kalau tak silaplah. Tengok macam senang je kan. Bahan dia bawang putih, cili padi dengan kicap manis. Pastu, perasa dia garam dengan perahan limau. Cikla guna lemon je. 

Cara dia, goreng bawang putih dengan cili api dengan sedikit minyak. Goreang sampai cili macam tukar warna. Macam masak la. Pastu angkat, tumbuk dua dua tu sampai lumat. Tapi cikla buat kasar kasar je, takde la sampai lumat sangat. Then, masukkan dalam bekas pastu campurkan kicap manis, garam dan perahan limau secukupnya. Korang agaknya la rasa dia eh, cukup semua. Ok dah tu. 

Bihun sup sambal kicap first time buat.
Sambal kicap.

Masa nak makan bihun sup tu nanti, letaklah sambal kicap ni sekali. Sedap oo, barulah kena kan. Silap silap haribulan 3 mangkuk boleh licin. Haha. Oklah, selamat mencuba.