Bihun sup sambal kicap first time buat.

By Cikla Shahril - March 02, 2021

BIHUN SUP SAMBAL KICAP FIRST TIME BUAT. Hai semua. Morninggg. Aduhh sendunya blog cikla sekarang ni kan? Drop dah semua, pasalnya dah lama tak konsisten update. Bukan takde cerita nak tulis. Banyak je. Tapi, itulah. Memang tak sempat. Tak sempat nak karang ayat, goreng ayat kasi munga munga. Haha. Okeh la, untuk entri pertama bulan mac ni, cikla nak share resepilah. Bihun sup sambal kicap berapi nama dia. Haha. Resepi ni cikla buat bulan lepas kot, saja snap snap gambar boleh share dekat blog kan. 

Cikla taulah ramai je kot yang reti buat bihun sup ni, tapi sebab excited sangat first time buat and jadi. Tu yang nak share sini, di samping untuk simpanan cikla jugak. Manalah tau ada yang first time buat dan tercari-cari kekdah yang paling senang? Haa, inilah dia. 

Tak nak membebel panjang, jom kita tengok bahan-bahan dia. 

Bahan-bahan untuk sup, adalah seperti berikut:

1 ekor ayam potong kecil.
1 biji bawang merah dihiris. 
3 ulas bawang putih diketuk. 
1/2 inci halia diketuk.
Bunga lawang dan kulit kayu manis (untuk menumis).
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar).
Fish ball dan fish kek. (Salah satu pun boleh).
Sup bunjut ADABI.
Minyak, garam dan perasa (pilihan). 

Bahan lain. 

1 peket bihun FAIZA (lembutkan). 
Daun sup dihiris.
Bawang goreng. 
Taugeh (celur).
Sawi (celur).

Cara nak masak. 

Ada orang kalau buat sup main lebur je semua kan. Tapi, cikla sebenarnya lagi suka tumis dulu. Ni bila mood rajin lah jugak. Kalau kurang rajin tu main lebur gak. Haha. 

Panaskan minyak, lepas tu tumis bawang merah, bawang putih, halia, bunga lawang dan kulit kayu manis sampai naik bau. Then, masukkan ayam dan air. Air ni korang agaklah. Tapi better lebihkan sikit kan sebab nanti masa nak makan dengan bihun sedap sikit. Banjir gitu. Tutup periuk sampai ayam masak dan kuah mendidih. 

Lepas tu, masukkan fish kek, fish ball, garam, lada hitam dan perasa. Kacau rata, sesuaikan rasa gitu. Dah ok semua, masukkan daun sup dan bawang goreng (ikut suka nak letak, letaklah. Tak nak pun takpe). 

Dah siap dah sup nye. 

So masa nak makan tu, masukkan bihun dalam mangkuk pastu letaklah taugeh dengan sawi yang dah dicelur pastu curah sup. Nak perah limau masa makan pun leh. Lagi sodap. 

Bihun sup sambal kicap first time buat.

Bihun sup sambal kicap first time buat.

Sebenarnya, apa yang cikla paling excited buat bihun ni adalah cikla berjaya buat sambal kicap dia. Pada tekak cikla, inilah yang paling ok yang cikla pernah buat. Ececeh, puji diri sendiri pupak ye. Haha. 

Resepi ni cikla tiruvasi dari blog AzieKitchen kalau tak silaplah. Tengok macam senang je kan. Bahan dia bawang putih, cili padi dengan kicap manis. Pastu, perasa dia garam dengan perahan limau. Cikla guna lemon je. 

Cara dia, goreng bawang putih dengan cili api dengan sedikit minyak. Goreang sampai cili macam tukar warna. Macam masak la. Pastu angkat, tumbuk dua dua tu sampai lumat. Tapi cikla buat kasar kasar je, takde la sampai lumat sangat. Then, masukkan dalam bekas pastu campurkan kicap manis, garam dan perahan limau secukupnya. Korang agaknya la rasa dia eh, cukup semua. Ok dah tu. 

Sambal kicap.

So, masa nak makan bihun sup tu nanti, letaklah sambal kicap ni sekali. Sedap oo, barulah kena kan. Silap silap haribulan 3 mangkuk boleh licin. Haha. Oklah, selamat mencuba. 

  • Share:

You Might Also Like

0 Orang yang komen.