"Luahan Rasa Tanpa Suara"

29 April 2023

Bahayanya strok haba.

April 29, 2023 0
Lately cuaca sangat tak menentu. Macam kat tempat cikla ni belah pagi memang panas cuaca selok jer. Tapi membawak ke petang dah mula bertukar rupa. Mendung dan hujan. Minggu ni 2 hari berturut-turut hujan ribut petir sebelah petang. Ada kawasan kejiranan yang naik air. 

Ramai jugak yang demam selsema batuk kan lepas raya ni. Kesian kat budak budak la. Anak anak cikla setakat ni alhamdullilah masih bertahan okey sihat semuanya. Risau jugak, iyelah lagi berapa hari je sekolah nak masuk balik kan. 

Bila cakap pasal cuaca panas ni, satu yang kita risau strok haba. Punca strok haba ini adalah disebabkan oleh suhu badan yang meningkat secara mendadak sehingga 40 darjah celsius atau lebih tinggi lagi berbanding suhu badan individu normal yang hanya 37 darjah celcius. 

Bahaya sebenarnya strok haba ni, lebih-lebih lagi untuk golongan berisiko macam budak budak dan warna emas. Terbaru ada kes budak yang maut disebabkan strok haba. Salam takziah untuk seisi keluarga atas kehilangan insan tersayang. 

Golongan yang berisiko terkena strok haba; 

1. Kanak-kanak. 

2. Warga emas terutamanya yang mengalami penyakit jantung, buah pinggang, paru-paru atau sedang mengambil beberapa jenis ubatan.

3. Atlet terutamanya yang selalu berada di padang atau gelanggang terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari

4. Pekerja yang bekerja di kawasan terbuka dan terdedah kepada cahaya matahari, seperti petani, nelayan atau buruh kasar.

5. Individu yang berada di dalam kenderaan tertutup tanpa penyaman udara dalam tempoh masa yang agak lama.

Basically, apa sebenarnya tanda-tanda awal strok haba ye. Bukan apa, bila kita kenal atau tau simptomnya kita boleh ambil langkah berjaga jaga sebelum mendapatkan rawatan sewajarnya. Antaranya tandanya adalah:

1. Sakit kepala berdenyut.
2. Mual.
3. Kurang berpeluh walaupun dalam suhu panas.
4. Denyutan nadi yang pantas.
5. Otot lemah dan kejang.
6. Muntah atau rasa nak muntah.
7. Kulit kering dan kemerahan.
8. Sawan.
9. Pitam.
10. Tangan dan kaki menjadi sejuk.

Bahayanya strok haba.
Bahayanya strok haba. 

Cara rawat mangsa strok haba; 

Rawatan harus dilakukan dalam masa 45 minit selepas mengalami strok haba. Keutamaan rawatan ini adalah untuk menurunkan suhu badan mangsa. Jadi, bawa mangsa ke tempat teduh ataupun bawa mangsa ke bilik yang sejuk/berhawa dingin atau tempatkan mangsa di bawah kipas. 

Selain itu, lap anggota badan mangsa dengan menggunakan tuala basah atau rendam mangsa di dalam kolam air. Mangsa tak boleh diberi minuman langsung. Hanya melalui ‘intravenous drip.’ Setelah itu, bawa mangsa ke klinik atau hospital berdekatan.

Cara pencegahan strok haba; 

1. Elakkan aktiviti riadah yang terdedah kepada cuaca panas. 

2. Minum air dalam kuantiti banyak atau minima 2.5 liter sehari. 

3. Pakai pakaian yang diperbuat dari 100% kapas kerana bahan itu membenarkan penyejatan peluh yang maksimum. 

4. Pakai topi dari bahan kapas kerana lebih 40% daripada kehilangan haba berlaku di bahagian kepala. 

5. Elakkan berjalan atau lakukan aktiviti di atas permukaan panas seperti simen dan bitumen.                            
Jaga diri semua. 

Kredit : PetuaDanKesihatan

26 April 2023

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.

April 26, 2023 3
Lamanya tak mencoret kat sini. Kejap tenggelam, kejap timbul. Selain bizi dengan aktiviti hakiki ada beberapa hal yang menyebabkan kesibukan bertambah gitu. Lagipun, kadang blur gak nak share apa. Haha. 

Sebenarnya cikla just nak share moment raya jer kat sini. Bak kata orang simpan sini untuk kenangan di masa depan. Al kisah raya tahun ni cikla sekeluarga raya kat rumah sendiri jer. Tak bik kampung pun. Sebabnya, suami cikla kakinya tak sihat so tak boleh nak drive. Cikla pun buat masa ni tak pandai nak bawak kereta. So, ber huhu je la. 

Famili abang ipar sebelah rumah pun balik kampung lambat, so kitaorang kitaorang jer la yang ada. Adik beradik suami yang lain pun masing masing beraya belah mertua. 

Apa lagi kalau aktiviti pagi raya berOotd jer la jawabnya. Ayuhlah kita cuci mata. Kih kih kih. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Sesi bersalaman bermaafan gitu. Siap ada adegan menyayat hati lagi. Si bujang tetiba touching sedih nau, macam banyak je kesalahan yang dilakukan. Alahai, lawak pulak tengok. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Dengan anak buah suami. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Dengan biras. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Alhamdullilah, cikla bersyukur dengan apa yang cikla punya sekarang. Moga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga. Aamiin. Tengok budak keteng tu buat memek muka comel pulak. Haha.

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Dengan keluarga abang ipar. Team marron vs team salmon + soft pink.

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy.
Kisah raya pertama. Sederhana tapi happy. 

Apapun, rasa macam tak lambat jer cikla nak wish Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin. Moga lebaran ini membawa seribu kebahagiaan untuk kita semua. 

Okey, chow dulu. Tata!

04 April 2023

Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?

April 04, 2023 4
Islam itu mudah dan tak pernah membebankan penganutnya. Salah satunya adalah hal solat. Contoh, solat jamak dan qasar. Solat ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah. Makna Jamak ialah dihimpunkan, manakala makna Qasar ialah dipendekkan. Persoalannya, apakah yang perlu kita niat setelah keluar rumah?
 
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar? Kredit gambar Google. 

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu,
“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu dinamakan jamak takdim. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat. Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”. Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak Takhir dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir. 

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu, “Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar.” Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat. 

Niat untuk sembahyang Asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”. 

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Maghrib tak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
 
Jamak taqdim dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim. 

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Isyak ialah;  “Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar? Kredit gambar Google. 

Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir; 
“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu Isyak.”

Niat untuk sembahyang Isyak ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”
 
Moga bermanfaat.

Credit: SirapLimau

Doa ini direbut para malaikat untuk mencatat pahala amalannya.

April 04, 2023 0
Doa ringkas dan pendek namun menjadi rebutan para malaikat, bacaan doanya :

الْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيهِ

Segala puji bagi Allah dengan pujian yang banyak yang baik dan penuh keberkatan.


Doa ini dibaca di 2 tempat dalam solat :

1 - Doa iftitah (selepas angkat takbir permulaan solat).

Nabi SAW bersabda kepada org yg mengucapkan doa ini :

رَأَيْتُ بِضْعَةً وَثَلاَثِينَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا ، أَيُّهُمْ يَكْتُبُهَا أَوَّلُ

“Aku melihat 30 lebih malaikat berebut-rebut siapakah di antara mereka yang lebih dulu mencatat amalannya.” ~ HR. Imam al-Bukhari

2 - Ketika iktidal.

Nabi SAW pernah mendengar ada sahabat yang membaca doa ketika iktidal (bangkit dari ruku') kemdian beliau berdoa,

لَقَدْ رَأَيْتُ اثْنَىْ عَشَرَ مَلَكًا يَبْتَدِرُونَهَا أَيُّهُمْ يَرْفَعُهَا

"Aku melihat ada 12 malaikat yang berebut untuk menghantarkan doa ini kepada Allah SWT." ~ HR. Imam Muslim

Semoga Allah kita dapat mengamalkannya. 

Aamiin.

03 April 2023

Kisah Nabi Uzair as.

April 03, 2023 1
Mungkin ada yang pertama kali dengar dan tau pasal Nabi Uzair. Kalau korang belum tau, Nabi Uzair as bin Sarukha ni hidup pada zaman sesudah Nabi Musa as. Beliau adalah seorang Nabi yang diutus oleh Allah Azza wa Jalla untuk Bani Israil. Beliaulah orang yang menjaga Taurat dan menghafalnya.

Nabi Uzair as. juga dikenal dengan nama Ezra didalam Al-Kitab kaum Nasrani. Dari segi bahasa, kata Uzair berasal dari kata Azaro, yang ertinya memperbetulkan, yaitu “Memperbetulkan Kesalahan Menjadi Suatu Kebenaran”.

Dikisahkan pada suatu waktu, Nabi Uzair as. berjalan-jalan dengan menunggang keldainya, di suatu wilayah yang sunyi, hancur dan sangat gersang. Wilayah itu diperkirakan berada di sekitar kawasan antara Mesir dan Palestin.

Kemudian Nabi Uzair as. mengamati keadaan di sekelilingnya yang nampak sunyi. Dilihatnya; rumah-rumah hancur berantakan, bangunan yang roboh menutupi atapnya, dan hanya sedikit saja pepohon yang masih ada di tempat itu. Hampir sudah tidak ada lagi kehidupan di sana.

Lalu beliau tertanya di dalam hatinya: “Mampukah Allah menghidupkan semua ini setelah kematiannya? Bagaimanakah cara Allah menghidupkan kembali negeri yang sudah hancur ini?”.

Mendengar perkataan Nabi Uzair as itu, Allah lalu menidurkan beliau dan memanggil rohnya untuk pindah ke alam bathiniyah selama 100 tahun.

Saat Nabi Uzair as ditidurkan Allah, keldai yang dibawanya masih terikat di tempatnya sehingga ia mati kelaparan.

Setelah 3 hari Nabi Uzair as menghilang, penduduk desa di mana beliau tinggal mulai merasa gelisah. Mereka kemudian berusaha mencari Nabi Uzair as. Mereka mencari hingga ke serata ceruk, tetapi tidak juga menemukan Nabi uzair dan keldainya.

Hari pun terus berlalu, penduduk desa telah putus asa kerana tidak pernah dapat menemukan Nabi tersebut. Akhirnya mereka pun melupakannya dan kembali pada kesibukan hidup masing-masing.

Setelah 100 tahun tertidur, kemudian Allah kembali membangunkan Nabi Uzair as. Beliau bangun dengan jasadnya, sebagaimana seperti semula saat pertama kali ditidurkan. Allah mengutus malaikat yang meletakkan cahaya pada hati beliau, sehingga Nabi Uzair as dapat melihat bagaimana Allah mampu menghidupkan orang-orang mati.

Kemudian Allah bertanya kepada Nabi Uzair as: ”Berapa lama kamu tinggal di sini?”

Beliau menjawab: ”Saya telah tinggal di sini sehari atau setengah hari”.

Allah berfirman: ”Sebenarnya kamu telah tinggal di sini 100 tahun lamanya, lihatlah kepada makanan dan minumanmu yang belum lagi berubah dan lihatlah kepada keldai kamu yang telah menjadi tulang belulang. Kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan Kami bagi manusia, dan lihatlah kepada tulang belulang keledai itu, kemudian Kami menyusunnya kembali, kemudian Kami membalutnya dengan daging”. Maka tatkala telah nyata kepadanya bagaimana Allah menghidupkan yang telah mati, beliau pun berkata: ”Saya yakin bahwa Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu”.
(Al-Baqarah [2]: 259).

Nabi Uzair as kemudian bangkit, lalu menunggang keldai tersebut menuju ke desanya. Beliau memasuki desanya pada waktu Maghrib. Beliau seperti tidak percaya melihat perubahan yang terjadi di desanya, di mana rumah-rumah dan jalan-jalan yang sudah jauh berubah. Begitu juga setiap orang dan anak-anak yang ditemuinya, tidak ada seorang pun yang mengenali dan dikenalinya.

Saat dulu Nabi Uzair as. meninggalkan desanya, ketika itu beliau berusia 40 tahun. Akan tetapi sejak beliau tertidur desanya sudah menjalani waktu 100 tahun, maka tidak hairanlah bila manusia, rumah dan jalanan pun telah jauh berubah.

Beliau lalu berkata pada dirinya sendiri: ”Aku akan mencari seorang lelaki tua atau wanita tua yang masih mengingat aku.”

Nabi Uzair as terus mencari orang yang masih mengenalinya, hingga akhirnya beliau bertemu dengan pembantu wanitanya dahulu. Namanya Mina, yang ketika ditinggalkannya dulu masih berusia 20 tahun. Kini Mina telah berusia 120 tahun, dengan tubuh yang sudah lemah, giginya rompong dan mata yang sudah buta.

Nabi Uzair as. lalu bertanya kepada Mina: “Wahai ibu yang baik, dimanakah rumah Uzair?”
Wanita tua itu lalu menangis dan berkata: “Tak ada seorang pun yang mengingatnya lagi. Dia telah menghilang sejak 100 tahun lalu, dan tidak pernah kembali lagi. Semoga Allah merahmatinya”.

Beliau berkata: ”Sesungguhnya aku adalah Uzair. Tidakkah engkau mengenali aku? Allah Azza wa Jalla telah mematikan aku selama 100 tahun dan telah membangkitkan aku dari kematian.”

Mina kehairanan dan tak mempercayai ucapan itu. Dia lalu berkata: ”Uzair adalah seorang yang doanya selalu dikabulkan. Kalau kamu memang Uzair, maka berdoalah kepada Allah agar aku dapat kembali kuat dan melihat, sehingga aku dapat mengenalimu”.

Nabi Uzair as pun berdoa, lalu Allah mengembalikan penglihatan mata dan kekuatan pada Mina, sehingga ia dapat mengenali majikannya itu. Lalu berlarilah Mina kerana bahagia, sambil berteriak: ”Sungguh Uzair telah kembali!”

Mendengar teriakan Mina, penduduk desa menjadi bingung dan hairan. Mereka malah mengira wanita tua itu telah gila.

Selepas pertemuan Nabi Uzair as dan Mina, diadakanlah pertemuan di balai desa yang dihadiri oleh para pembesar desa, cendekiawan dan ulama. Tujuan pertemuan itu sendiri untuk bertanya-jawab langsung dengan Nabi Uzair as perihal peristiwa yang telah dialaminya. Dalam pertemuan itu hadir juga cucu Nabi Uzair as yang telah berusia 70 tahun.  Sementara Nabi Uzair sendiri masih berusia 40 tahun. 

Setelah mendengarkan kisah yang dialami Nabi Uzair as, maka salah seorang ulama bertanya kepada beliau: ”Kami mendengar dari ayah dan datuk kami bahawa Uzair adalah seorang Nabi dan dia mampu menghafal Taurat. Sungguh Taurat telah hilang dari kita dalam peperangan dengan Bukhtanashar, di mana mereka telah membakar kitab itu dan membunuhi para ulama dan para penghafalnya. Ini terjadi 100 tahun lalu, yang engkau katakan bahawa engkau menjalani kematian atau engkau tertidur. Seandainya engkau hafal Taurat, nescaya kami akan percaya bahawa engkau memang adalah Uzair”.

Nabi Uzair as mengetahui bahawa sudah tidak ada seorang pun dari Bani Israil yang mengetahui dimana sebenarnya salinan kitab Taurat itu disimpan. Yang tahu hanya dirinya sendiri, kerana dahulu penyimpan salinan kitab Taurat adalah ayah Nabi Uzair yang bernama Sarukha.

”Aku sekarang akan mengeluarkan Taurat yang telah aku simpan dan akan membacakannya untuk kalian”, kata Nabi Uzair as. seraya mengeluarkan Taurat yang mana kertasnya telah rusak dimakan zaman. Setelah selesai Taurat dibacakannya, maka percayalah warga desanya bahwa memang benar itulah diri Nabi Uzair as yang sebenarnya.

Pada saat Nabi Uzair membacakan hafalan Taurat itu, tampak seberkas cahaya dari langit turun dan menyinari tubuhnya. Kerana semua hafalan taurat serta peristiwa dan pemandangan menakjubkan itulah yang membuat kaum Bani Israil (Yahudi) kemudian menganggap Uzair sebagai anak Allah. Ini sebuah perkataan dan keyakinan yang sesat, sebagaimana sesatnya kaum Nasrani yang juga menganggap Nabi Isa Almasih adalah anak Allah.

Seperti yang dinyatakan Allah dalam Al-Quran, yang bermaksud: 

Dan orang-orang Yahudi berkata, “Uzair adalah putera Allâh,” dan orang-orang Nasrani berkata, “al-Masîh adalah putera Allâh”. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka. Mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Allâh memerangi (melaknat) mereka. Bagaimana mereka sampai berpaling? (31) Mereka menjadikan orang-orang alim mereka dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allâh dan (juga mereka mempertuhankan) al-Masih putera Maryam. Padahal mereka hanya disuruh beribadah kepada Tuhan Yang Esa. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia. Maha Suci Allâh dari apa yang mereka persekutukan.” [At-Taubah/9: 30 – 31]

Setelah peristiwa diatas, maka seterusnya Allah masih memberikan waktu hidup selama 75 tahun lagi bagi Nabi Uzair as. Beliau mengajarkan Agama Tauhid kepada warga desanya dan kepada kaum Bani Israil lainnya.

Makam Nabi Uzair as diyakini berada di kota Basrah, Iraq.

Kredit sepenuhnya kepada Penulis Asal (tak ubah satu ayat pun). 

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.

April 03, 2023 0
Hai, ada yang gastrik ke tu. Meh nak bagi tips bagi yang menghidap gastrik namun boleh berpuasa seperti biasa. Sakit bukan alasan untuk bermalas-malasan, ianya ujian untuk menguji kekuatan mental dan fizikal kita. Bukan semua orang mampu melakukannya tapi ramai yang berjaya atasinya. 

Bagi penghidap gastrik, memang sangat mencabar waktu bulan puasa ni. Namun, kalau penjagaan pemakanan yang betul, inshaAllah kita dapat mengharungi semuanya dan gastrik pun tak datang singgah.

Apa yang penting, bulan puasa ni nafsu kena jaga, jangan tengok semua nak bedal. Setahun sekali katanya, dah makcik jual kat bazar pulak disalahkan. Nak kata hasutan setan? Setan semua dah kena ikat, jangan salahkan setan. Yang tinggal setan dalam diri je. Hihi.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

So, penghidap gastrik kena : 

1. Kurangkan :

- Makanan bergoreng.
- Makanan berminyak.
- Makanan berlemak.
- Makanan berasid.
- Makanan pedas.
- Makanan berempah.
- Makanan dlm tin.
- Kafein.
- Minuman bergas.

2. Banyakkan :

- Air kosong.
- Buah buahan.
- Jus buah.
- Susu.
- Makanan sihat.

Paling disarankan adalah masak makanan dengan cara yang sihat seperti kukus, bakar dan rebus. Pastu lebihkan sayur-sayuran. Nahh, cubalah dan lihat hasilnya. Jangan tidur selepas bersahur dan selepas berbuka, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan perlahan-lahsn sehingga hancur baru telan.

Ingat, jangan bagi alasan gastrik tak boleh berpuasa kalau kita langsung tak jaga makan. Ada usaha inshaallah ada hasilnya. Banyak-banyakkan berdoa dan memohon agar diberi kesembuhan di bulan mulia lagi barokah ini. Mintak. Mintak. Mintaklah sebanyak mana yang awak mahu.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

Jangan sebok pergi klinik/hospital mintak MC ok. Tak gastrik cakap ada gastrik, nanti dapat betul-betul padan muka. Lagi teruk dari orang yang ada gastrik dapatnya. 

Selamat berpuasa. 

Kredit Kak Bie (admin fb grup TDA ORI)