Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.

Hai, ada yang gastrik ke tu. Meh nak bagi tips bagi yang menghidap gastrik namun boleh berpuasa seperti biasa. Sakit bukan alasan untuk bermalas-malasan, ianya ujian untuk menguji kekuatan mental dan fizikal kita. Bukan semua orang mampu melakukannya tapi ramai yang berjaya atasinya. 

Bagi penghidap gastrik, memang sangat mencabar waktu bulan puasa ni. Namun, kalau penjagaan pemakanan yang betul, inshaAllah kita dapat mengharungi semuanya dan gastrik pun tak datang singgah.

Apa yang penting, bulan puasa ni nafsu kena jaga, jangan tengok semua nak bedal. Setahun sekali katanya, dah makcik jual kat bazar pulak disalahkan. Nak kata hasutan setan? Setan semua dah kena ikat, jangan salahkan setan. Yang tinggal setan dalam diri je. Hihi.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

So, penghidap gastrik kena : 

1. Kurangkan :

- Makanan bergoreng.
- Makanan berminyak.
- Makanan berlemak.
- Makanan berasid.
- Makanan pedas.
- Makanan berempah.
- Makanan dlm tin.
- Kafein.
- Minuman bergas.

2. Banyakkan :

- Air kosong.
- Buah buahan.
- Jus buah.
- Susu.
- Makanan sihat.

Paling disarankan adalah masak makanan dengan cara yang sihat seperti kukus, bakar dan rebus. Pastu lebihkan sayur-sayuran. Nahh, cubalah dan lihat hasilnya. Jangan tidur selepas bersahur dan selepas berbuka, makan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Kunyah makanan perlahan-lahsn sehingga hancur baru telan.

Ingat, jangan bagi alasan gastrik tak boleh berpuasa kalau kita langsung tak jaga makan. Ada usaha inshaallah ada hasilnya. Banyak-banyakkan berdoa dan memohon agar diberi kesembuhan di bulan mulia lagi barokah ini. Mintak. Mintak. Mintaklah sebanyak mana yang awak mahu.

Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni.
Tak puasa sebab kena gastrik? Haa, korang kena baca tip ni. Kredit gambar Google. 

Jangan sebok pergi klinik/hospital mintak MC ok. Tak gastrik cakap ada gastrik, nanti dapat betul-betul padan muka. Lagi teruk dari orang yang ada gastrik dapatnya. 

Selamat berpuasa. 

Kredit Kak Bie (admin fb grup TDA ORI)

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews