Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?

Islam itu mudah dan tak pernah membebankan penganutnya. Salah satunya adalah hal solat. Contoh, solat jamak dan qasar. Solat ini adalah keringanan yang diberi oleh Allah SWT kepada hambaNya bagi orang musafir dengan jarak melebihi dua marhalah. Makna Jamak ialah dihimpunkan, manakala makna Qasar ialah dipendekkan. Persoalannya, apakah yang perlu kita niat setelah keluar rumah?
 
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar? Kredit gambar Google. 

Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah iaitu,
“Sahaja aku musafir kerana Allah Ta’ala”Kita boleh melakukan selama tiga hari tinggal bermukim.

Jamak Takdim dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Asar dalam waktu Zuhur itu dinamakan jamak takdim. Lakukan sembahyang zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang asar 2 rakaat. Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”. Niat untuk sembahyang Asar pula ialah “Sahaja aku sembahyang fardu Asar 2 rakaat qasar dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala”.

Jamak Takhir dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Zuhur dalam waktu Asar itu di namakan Jamak Takhir. 

Tapi dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu, “Aku nak jamakkan sembahyang zuhur dalam waktu Asar.” Lakukan sembahyang Asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula sembahyang Zuhur 2 rakaat. 

Niat untuk sembahyang Asar ialah “Sahaja aku sembahyang fardu asar 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”. 

Niat untuk sembahyang Zuhur ialah “Sahaja aku sembahyang fardu zuhur 2 rakaat qasar dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala”.

Kita boleh juga jamakkan Maghrib dengan Isyak atau sebaliknya tapi waktu Maghrib tak boleh diqasarkan ia tetap 3 rakaat caranya ialah:-
 
Jamak taqdim dan diqasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang isyak dalam waktu magrib itu dinamakan jamak takdim. 

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk sembahyang Isyak ialah;  “Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Magrib dengan jamak taqdim kerana Allah Ta’ala”.

Apakah maksud solat Jamak dan Qasar?
Apakah maksud solat Jamak dan Qasar? Kredit gambar Google. 

Jamak takhir dan di qasarkan (dipendekkan).

Melakukan sembahyang Magrib dalam waktu Isyak itu dinamakan jamak takhir. Tapi jangan lupa niatkan sebelum waktu Maghrib berakhir; 
“Aku nak jamakkan sembahyang magrib dalam  waktu Isyak.”

Niat untuk sembahyang Isyak ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Isyak 2 rakaat qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”

Niat untuk sembahyang Maghrib ialah; “Sahaja aku sembahyang fardu Maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu Isyak dengan jamak takhir kerana Allah Ta’ala.”
 
Moga bermanfaat.

Credit: SirapLimau

4 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews