Showing posts with label mental health. Show all posts
Showing posts with label mental health. Show all posts

14/02/2025

Narsis: Bila dia rasa dunia ni dia punya!

Korang pernah tak jumpa orang yang rasa dia paling hebat dalam dunia? Semua benda dia nak betul, semua orang kena ikut cakap dia, dan kalau kena tegur sikit, terus melenting. Haa, itu la ciri-ciri orang narsis. Dia tak boleh terima kalau ada orang lebih dari dia, dan pantang kalau dia tak dapat perhatian. Nak tahu apa yang boleh buat dia rasa tak senang duduk? Senang je, jangan layan dia sangat. 

Narsis: Bila dia rasa dunia ni dia punya!
Gambar sekadar hiasan. Kredit to Google.

Kalau korang buat keputusan sendiri tanpa rujuk dia atau korang happy tanpa dia, confirm dia panas hati. Lagi power kalau korang tunjuk korang tak perlukan dia langsung, memang boleh buat dia ‘menderita’. Orang macam ni boleh buat kita rasa tak cukup bagus, jadi penting untuk jaga emosi sendiri. Jangan terpengaruh dengan drama dia. Benda paling win nak handle narsis ni? Buat tak tahu je. Itu memang dia tak boleh hadam!

07/02/2025

Ini sebabnya wanita dengan anxiety sebenarnya paling kuat!

Orang selalu fikir wanita yang ada anxiety ni lemah, cepat panik dan mudah give up. Tapi hakikatnya? Mereka ni antara yang paling kuat! Bukan senang nak hadap rasa cemas setiap hari, tapi mereka tetap bangun, teruskan hidup dan hadap semua cabaran dengan penuh keberanian.

Cuba fikir, setiap hari mereka lawan ketakutan dalam diri sendiri. Perasaan gelisah tu kadang datang tanpa amaran, tapi mereka dah terbiasa mencari cara untuk bertenang dan kawal emosi. Ini buatkan mereka lebih hebat dalam memahami perasaan sendiri, something yang orang lain pun belum tentu boleh buat.

Ini sebabnya wanita dengan anxiety sebenarnya paling kuat!

Selain tu, mereka juga lebih empati. Mereka faham macam mana rasanya hidup dalam ketakpastian, so mereka lebih peka dengan perasaan orang lain. Tak hairanlah kalau ramai wanita dengan anxiety ni jadi pendengar yang baik dan selalu ada untuk kawan-kawan yang perlukan sokongan.

Satu lagi kelebihan mereka, bijak dan teliti. Sebab mereka dah terbiasa fikir pelbagai kemungkinan, mereka lebih berhati-hati dalam buat keputusan. Mereka bukan jenis main redah, tapi lebih kepada merancang dan bersedia untuk sebarang kemungkinan.

Dan jangan terkejut kalau mereka ni sebenarnya sangat kuat mental. Walaupun anxiety selalu mencabar mereka, ia juga ajar mereka untuk bertahan dan jadi lebih cekal. Mereka tahu yang mereka tak boleh lari daripada ketakutan, jadi mereka belajar cara untuk hadapinya dengan berani.

Selain itu, kreativiti mereka pun tinggi. Sebab selalu fikir “what if”, mereka terpaksa jadi kreatif dalam menyelesaikan masalah. Kadang-kadang, mereka datang dengan idea-idea yang orang lain tak terfikir pun!

Mereka juga lebih jaga diri. Kesihatan mental dan fizikal sangat penting bagi mereka, so mereka akan pastikan mereka ada masa untuk diri sendiri. Sama ada dengan bersenam, meditasi atau sekadar berehat dari dunia luar.

Satu lagi benda yang menarik, mereka lebih fleksibel. Anxiety buat mereka sentiasa bersedia dengan perubahan, jadi mereka lebih mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru. Apa pun yang jadi, mereka akan cari jalan untuk terus bergerak ke hadapan.

Dan percayalah, mereka ni lebih tahan stres daripada yang kita sangka. Hari-hari dah biasa lawan anxiety, tekanan hidup pun jadi lebih mudah dikendalikan. Kalau orang lain baru nak belajar hadap tekanan, mereka dah expert!

Paling penting, mereka tak takut nak minta bantuan. Mereka tahu bila mereka perlukan sokongan dan berani untuk mencarinya. Ini bukan tanda kelemahan, tapi bukti mereka cukup kuat untuk mengutamakan diri sendiri.

Yang bestnya, mereka lebih menghargai benda-benda kecil dalam hidup. Sebab mereka tahu betapa susahnya nak cari ketenangan, mereka jadi lebih bersyukur dengan saat-saat bahagia, walaupun kecil.

So, kalau ada orang kata wanita dengan anxiety ni lemah, fikir balik. Mereka bukan sekadar bertahan, mereka berkembang, berjuang dan jadi lebih kuat setiap hari. Kekuatan sejati bukan tentang tiada ketakutan, tapi tentang berani menghadapinya.

Kepada semua wanita yang mengalami anxiety, korang lebih kuat daripada yang korang sangka. Teruskan berjuang!

26/01/2025

Panik disorder: Penyakit ketakutan melampau yang boleh dikawal.

Panik disorder atau gangguan panik adalah sejenis gangguan mental di mana seseorang mengalami serangan panik secara tiba-tiba dan berulang tanpa sebab yang jelas. Serangan panik ini biasanya datang dengan perasaan takut melampau yang disertai dengan pelbagai simptom fizikal seperti degupan jantung yang sangat laju, kesukaran bernafas, peluh berlebihan, rasa pening serta kebas pada anggota badan. Walaupun ia tak mengancam nyawa, serangan ini selalu buat penghidapnya rasa seperti sedang hadap ancaman besar, seperti serangan jantung atau hilang kawalan diri.

Panik disorder: Penyakit ketakutan melampau yang boleh dikawal.

Bagaimana panik disorder berlaku?

Panik disorder biasanya bermula pada usia remaja atau awal dewasa dan lebih kerap berlaku dalam kalangan wanita berbanding lelaki. Punca sebenar gangguan ini tak diketahui, tapi ia dipercayai berkaitan dengan kombinasi faktor genetik, perubahan kimia dalam otak, serta pengalaman trauma atau tekanan yang berlebihan. Individu yang pernah melalui pengalaman buruk seperti kemalangan, kehilangan orang tersayang atau situasi mencemaskan mungkin lebih berisiko mengalami gangguan ini.

Simptom panik disorder.

Penghidap biasanya mengalami serangan panik secara tiba-tiba, walaupun dalam situasi yang tak berbahaya. Antara simptom utama termasuk:

  1. Rasa takut melampau tanpa sebab.
  2. Dada terasa sempit atau sakit.
  3. Rasa sesak nafas atau seperti tercekik.
  4. Rasa seperti akan pengsan.
  5. Sensasi tidak realiti atau hilang kawalan.

Adakah panik disorder boleh dirawat?

Ye, boleh. Ia dirawat dan dikawal dengan rawatan yang sesuai. Rawatan biasanya melibatkan gabungan terapi psikologi seperti terapi kognitif-tingkah laku (CBT) dan ubat-ubatan seperti anti-anxiety atau antidepresan. Selain itu, teknik relaksasi seperti pernafasan dalam dan meditasi juga dapat membantu mengurangkan serangan panik.

Langkah menguruskan panik disorder.

Kalau korang atau orang terdekat mengalami simptom ini, langkah pertama adalah mendapatkan bantuan profesional seperti pakar psikiatri atau kaunselor. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan juga sangat penting. Di samping itu, mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidur mencukupi, bersenam dan mengurangkan pengambilan kafein boleh membantu mencegah serangan panik.

Panik disorder bukanlah kelemahan diri, tapi masalah kesihatan mental yang memerlukan perhatian dan rawatan. Dengan langkah yang betul, ramai penghidap berjaya menjalani kehidupan normal dan bebas daripada serangan panik. Jangan biarkan rasa takut mengawal hidup korang, dapatkan bantuan segera.

22/01/2025

Cara chill tangani anxiety tanpa ubat.

Stress, risau, gelisah. Benda ni semua biasa kita rasa. Kadang-kadang, otak overthinking, hati tak pulak tenang. Tapi jangan risau, ada cara nak handle semua ni tanpa perlu bergantung pada ubat. Jom cikla share!

Mula-mula, cuba tarik nafas dalam-dalam. Bila kepala dah serabut, duduk jap. Tarik nafas perlahan, tahan sekejap, lepas. Ulang banyak kali sampai rasa lega sikit. Orang putih panggil ni ‘grounding technique’. Bukan magic, tapi berkesan kalau buat konsisten.

Cara chill tangani anxiety tanpa ubat.

Lepas tu, cuba buat aktiviti yang boleh distract korang. Jalan-jalan ke, masak ke atau dengar lagu chill. Kalau suka melukis, conteng je apa-apa. Kadang-kadang, fokus kita kena alihkan sikit supaya kepala tak terus fikir benda-benda yang trigger anxiety.

Paling penting, jaga badan korang. Tidur cukup, makan elok-elok dan minum air secukupnya. Jangan skip sarapan, okay? Badan yang sihat boleh bantu minda lebih stabil. Kalau suka, boleh try teh chamomile atau lavender, confirm feeling tenang sikit.

Dan last sekali, jangan pendam. Kalau ada kawan baik, luahkan. Tak payah nak malu, semua orang ada masalah masing-masing. Kalau rasa teruk sangat, cari kaunselor atau orang yang pandai handle benda ni.

Anxiety ni bukan benda pelik, semua orang boleh kena. Yang penting, kita belajar cara nak hadapinya. Slow-slow, lama-lama kau akan perasan perubahan. Apa-apa pun, jangan give up! 

11/01/2025

Apa itu gangguan pemakanan atau eating disorder?

Eh, korang pernah tak dengar pasal gangguan pemakanan? Bukanlah sekadar kes "alah, tak lalu makan je," tapi benda ni lebih serius. Dia melibatkan masalah emosi, imej diri dan cara kita pandang badan sendiri. Kalau dibiarkan, memang boleh terjejas teruk kesihatan fizikal dan mental.

Apa itu gangguan pemakanan atau eating disorder?

Contohnya, ada yang sanggup tak makan langsung sebab takut gemuk, walaupun badan dah kurus kering. Itu namanya anoreksia nervosa. Ada juga yang jenis makan tak ingat dunia, tapi lepas tu terus muntahkan balik makanan – ini bulimia nervosa. Yang lagi satu, binge eating disorder, pula macam 'marathon makan' tanpa kawalan. Bezanya, mereka tak cuba nak buang makanan tu semula.

Kenapa benda ni jadi? Banyak sebab, antaranya  tekanan hidup, rasa diri tak cukup bagus, trauma lama atau standard kecantikan yang media dan masyarakat cipta. Lagi-lagi kat media sosial, kan? Semua nak nampak perfect, sampai kita sendiri rasa insecure.

Tapi korang tahu tak? Bila kita abaikan benda ni, kesannya bukan main-main. Boleh rosakkan badan, dari masalah jantung, kurang zat, sampai kehilangan nyawa! Mental pun kacau. Kemurungan, kebimbangan melampau, semua boleh singgah.

Kalau rasa macam ada tanda-tanda gangguan pemakanan, jangan tunggu lama. Cari bantuan cepat-cepat. Jumpa doktor, kaunselor atau pakar diet. Tak salah pun minta tolong, malah itu langkah paling bijak. Rawatan awal boleh bantu korang balik ke landasan sihat, fizikal dan mental sekali.

Kesihatan mental ni sama penting dengan fizikal, tau. So, jaga diri, sayangi tubuh badan sendiri. Semua orang layak hidup sihat dan bahagia.

Jom ubah cara fikir, demi diri kita yang lebih baik!

08/01/2025

OCD: Bila kebersihan jadi obses sampai hidup tak tenang.

OCD atau Obsessive-Compulsive Disorder, ni bukan pasal cerewet lebih-lebih. Kalau korang rasa OCD tu cuma orang yang suka pastikan pintu berkunci atau meja sentiasa kemas, korang salah besar, geng. OCD ni gangguan mental yang serius dan boleh buat hidup kacau bilau. Serius. 

Bayangkan korang ada fikiran pelik yang asyik ulang-ulang dalam kepala korang. Contohnya, takut sangat tangan korang kotor walaupun korang baru je basuh. Benda ni bukan sekadar rasa "tak puas hati" biasa, tapi sampai buat korang rasa seram, gelisah dan tak tenang.

Apa Itu OCD: Gangguan Obsesif Kompulsif dan Bagaimana Ia Mempengaruhi Kehidupan

Lepas tu, datanglah kompulsif. Korang rasa kena buat sesuatu untuk reda rasa gelisah tu. Contohnya, tangan korang dah merah sebab cuci berkali-kali, tapi hati korang tetap rasa tak puas. Itulah kompulsif, tindakan berulang yang korang rasa kena buat walaupun korang tahu ia tak masuk akal.

Punca OCD? Hmm, takde jawapan tepat. Kadang-kadang genetik, kadang-kadang sebab otak tak seimbang atau mungkin trauma lama. Tapi yang penting, OCD ni bukan sebab korang nak cari perhatian atau sekadar hobi pelik.

Kalau korang ada tanda-tanda macam ni, jangan biar diri itu "terseksa" sorang-sorang. OCD boleh dirawat! Biasanya terapi macam CBT (Cognitive Behavioral Therapy) atau ubat-ubatan boleh bantu. Korang layak untuk hidup tenang dan bebas dari keresahan ni.

Ingat, tak salah minta tolong bila perlu. Hidup ni patutnya untuk dinikmati, bukan untuk dilawan sorang-sorang. Kalau korang rasa ada yang tak kena, jumpa pakar secepat mungkin, okay?

06/01/2025

Fobia, takut tak bertempat tapi boleh kacau hidup!

Fobia ni sebenarnya lebih daripada sekadar takut biasa. Dia macam perasaan takut yang melampau, tak rasional dan boleh buat hidup jadi huru-hara. Kadang-kadang benda yang ditakutkan tu langsung tak bahaya, tapi rasa takut tu tetap ada. Contohnya, takut labah-labah walaupun labah-labah tu kecik je. Yang penting, kalau ada fobia ni, kita kena ambil serius sebab dia memang gangguan psikologi yang boleh kacau kehidupan harian.

Macam-macam jenis fobia ada, tapi yang famous antaranya agoraphobia. Fobia ni buat orang takut nak keluar rumah atau pergi tempat terbuka, takut tak boleh nak kawal situasi. Kalau dah teruk sangat, sampai tak keluar rumah langsung! Bayangkan macam mana hidup jadi terhad.

Jenis-jenis fobia dan cara menghadapinya.

Lepas tu, ada fobia sosial. Ini jenis takut berdepan dengan orang, contohnya bercakap depan ramai atau jumpa orang yang tak kenal. Boleh buat rasa cemas melampau, malu tak tentu pasal, dan akhirnya elak terus nak bersosial. Memang susah kalau ada fobia ni, sebab dunia kita penuh dengan interaksi sosial.

Fobia haiwan pun ramai yang ada. Contohnya arachnophobia (takut labah-labah) dan cynophobia (takut anjing). Padahal, kebanyakan haiwan ni tak kacau kita pun, tapi bagi yang ada fobia, nampak je dah rasa panik macam kena kejar rimau.

Claustrophobia pula ketakutan pada ruang sempit. Masuk lif, duduk dalam bilik kecil, terus rasa macam sesak nafas. Ada juga nyctophobia, iaitu takut gelap. Biasanya budak-budak yang kena, tapi ada juga orang dewasa tak boleh tengok lampu padam.

Bila fobia menyerang, gejala dia macam peluh sejuk, jantung laju, pening dan rasa nak pengsan. Jangan risau, ada cara nak rawat fobia ni. Salah satu cara popular ialah terapi CBT (cognitive-behavioral therapy). Pakar akan ajar kita cara nak kawal rasa takut tu perlahan-lahan. Lama-lama, kita boleh biasakan diri dan berani hadap benda yang takut tu.

Fobia ni memang boleh buat hidup tak best, tapi dengan bantuan yang betul, inshaAllah boleh diatasi. Kalau korang rasa ada fobia, jangan malu atau tangguh. Cari pakar psikologi sebab lagi awal rawat, lagi senang nak pulih. Hidup kan lebih seronok kalau kita bebas daripada ketakutan melampau!

05/01/2025

Apa itu bipolar?

Bipolar adalah satu gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengalami perubahan emosi yang sangat mendalam dan cepat antara dua keadaan yang berbeza. 

Keadaan pertama dikenali sebagai manik, di mana mereka rasa sangat bersemangat, aktif dan kadang-kadang terlampau optimistik. Mereka mungkin rasa macam mereka boleh buat apa saja dan kadang-kadang boleh bertindak tanpa fikir panjang. Keadaan kedua pulak adalah depresi, di mana mereka rasa sangat sedih, letih dan hilang minat pada hal-hal yang biasa mereka buat.

Perubahan antara manik dan depresi boleh berlaku secara tiba-tiba dan mengganggu kehidupan seharian. Seseorang yang menghidap bipolar mungkin berdepan dengan kesukaran dalam hubungan sosial, pekerjaan dan tanggungjawab harian sebab perubahan mood yang ekstrem ni.

https://www.canva.com/design/DAGXpJN1Y4I/CBbJxUqsij6MvgnzkgOcPg/edit?utm_content=DAGXpJN1Y4I&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton

Walaupun tanda-tanda bipolar berbeza bagi setiap individu, tapi ia boleh dikenali melalui perubahan emosi yang ketara dalam jangka masa yang pendek. 

Contoh, seseorang yang sedang mengalami episod manik mungkin akan bercakap dengan cepat, tidur kurang dan mempunyai banyak idea yang tak realistik. Sebaliknya, semasa episod depresi, mereka mungkin berasa terasing, tak berdaya dan tak nak berinteraksi dengan orang lain.

Namun, pnyebab sebenar bipolar tak diketahui sepenuhnya, tapi faktor genetik dan persekitaran dipercayai mempengaruhi. Ada kalanya tekanan hidup, masalah peribadi atau perubahan hormon boleh mencetuskan episod bipolar. 

Rawatan untuk bipolar biasanya melibatkan gabungan ubat-ubatan dan terapi psikologi. Ini boleh bantu pesakit urus emosi mereka dengan lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih stabil.

Kalau korang atau seseorang yang korang kenal menunjukkan tanda-tanda bipolar, adalah penting untuk dapatkan bantuan profesional. Dengan rawatan yang tepat, individu yang menghidap bipolar boleh hidup dengan sihat dan produktif. Moga bermanfaat. 

04/01/2025

PTSD: Trauma yang meninggalkan luka emosi mendalam.

PTSD atau Post-Traumatic Stress Disorder ialah gangguan mental yang berlaku selepas seseorang mengalami peristiwa trauma. Trauma ini boleh datang dalam pelbagai bentuk, seperti kemalangan, bencana alam, penderaan atau pengalaman peperangan. Bagi sesetengah individu, pengalaman buruk ini tidak mudah dilupakan dan terus menghantui fikiran serta emosi mereka.

Individu yang mengalami PTSD sering kali menghadapi simptom seperti mimpi buruk, kilas balik memori (flashback) dan rasa takut yang berlebihan, walaupun situasi sudah selamat. Mereka juga cenderung untuk mengelak tempat, orang atau situasi yang boleh mengingatkan mereka kepada trauma tersebut. Contohnya, seseorang yang pernah mengalami kemalangan kereta mungkin takut untuk memandu semula.

PTSD: Trauma yang meninggalkan luka emosi mendalam.

Selain itu, PTSD boleh menjejaskan hubungan sosial dan pekerjaan. Orang yang menghadapinya mungkin sukar untuk fokus, mudah marah atau sentiasa merasa cemas. Dalam jangka masa panjang, ini boleh menyebabkan kemurungan dan perasaan rendah diri.

Namun, PTSD bukanlah sesuatu yang tak boleh dirawat. Dengan rawatan seperti terapi psikologi, sokongan keluarga dan kadangkala ubat-ubatan, ramai yang berjaya pulih dan menjalani kehidupan yang lebih baik. Penting untuk mendapatkan bantuan profesional jika mengalami simptom yang menjejaskan kehidupan harian.

Mengakui kehadiran trauma dan mencari sokongan adalah langkah pertama untuk keluar dari bayangan hitam ini. Jangan takut untuk berkongsi perasaan korang dengan seseorang yang dipercayai atau profesional kesihatan mental. PTSD mungkin luka emosi yang mendalam, tapi ia tak mustahil untuk dirawat dan dipulihkan.

Moga bermanfaat. 

03/01/2025

Paranoia: Fahami apa itu dan cara menanganinya.

Paranoia merujuk kepada keadaan mental di mana seseorang sentiasa rasa curiga, takut atau percaya bahawa orang lain sedang berniat jahat pada dirinya. Perasaan ini boleh jadi ringan atau melampau, bergantung kepada tahapnya.

Contohnya, individu yang mengalami paranoia mungkin merasakan orang di sekeliling sedang membincangkan keburukannya atau cuba mencederakannya walaupun takde bukti nyata. Paranoia boleh berlaku secara sementara akibat tekanan atau menjadi gejala kepada masalah kesihatan mental seperti skizofrenia atau gangguan delusi.

Paranoia: Fahami Apa Itu dan Cara Menanganinya

Punca paranoia selalu dikaitkan dengan faktor genetik, pengalaman traumatik atau ketakseimbangan kimia dalam otak. Misalnya, seseorang yang pernah melalui pengalaman dikhianati mungkin lebih cenderung untuk mengalami perasaan ini.

Untuk menangani paranoia, penting untuk mendapatkan sokongan profesional seperti kaunselor atau pakar psikiatri. Mereka boleh membantu melalui terapi atau rawatan ubat kalau perlu. Selain itu, mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidur yang mencukupi, senaman dan teknik relaksasi seperti meditasi juga mampu mengurangkan tekanan dan memperbaiki keadaan emosi.

Memahami paranoia adalah langkah pertama untuk mengatasi ketakutan yang tidak berasas ini. Kalau korang atau orang tersayang mengalaminya, jangan ragu untuk mendapatkan bantuan. Penjagaan kesihatan mental adalah sebahagian penting dalam kehidupan yang seimbang.

Moga bermanfaat. 

26/12/2024

Schizophrenia: Punca, simptom dan rawatan untuk kehidupan lebih berkualiti.

Schizophrenia ni adalah sejenis gangguan mental kronik yang mempengaruhi cara seseorang itu berfikir, merasa dan berinteraksi dengan dunia sekeliling dia. Penyakit ini selalu dikaitkan dengan perubahan tingkah laku, susah nak bezakan antara realiti dan ilusi termasuklah berhalusinasi.

Mereka yang mengalami schizophrenia ni mungkin mendengar suara yang takde iaitu halusinasi, percaya perkara yang tak betul iaitu delusi atau susah nak susun pemikiran jadi lebih teratur. Keadaan ini bukanlah tanda kelemahan peribadi tapi berpunca daripada gangguan kompleks dalam otak, melibatkan kombinasi faktor genetik, kimia otak dan persekitaran.

Schizophrenia: Punca, simptom dan rawatan untuk kehidupan lebih berkualiti.

Simptom schizophrenia biasanya bermula pada usia muda dewasa dan boleh ganggu kehidupan seharian seperti pekerjaan, hubungan sosial dan keupayaan menjaga diri. Contohnya, mereka mungkin menjadi terlalu paranoid sampai takut nak keluar rumah atau mereka rasa orang lain sedang “mengawasi” setiap langkahnya. Padahal takde pun.

Walaupun takde penawar sepenuhnya, schizophrenia boleh dikawal dengan rawatan seperti ubat-ubatan antipsikotik, terapi psikologi dan sokongan keluarga. Penting untuk faham yang rawatan awal boleh bantu pesakit hidup dengan lebih berkualiti.

Masyarakat jugak kenalah selalu peka dan tak menyisihkan pesakit schizophrenia. Sebaliknya, bagilah sokongan emosi dan empati sebab ia boleg bantu dalam pemulihan mereka. Dengan memahami penyakit ini boleh bantu kita menghapuskan stigma dan bagi ruang serta peluang kepada mereka untuk hidup dengan lebih baik. 

15/12/2024

Macam mana nak atasi ketakutan dalam hidup?

Rasa takut tu memang benda yang biasa dialami.  Tu memang benda normal. Semua orang mesti pernah rasa takut, tak kiralah rasa takut gagal, takut kehilangan atau takut untuk hadap sesuatu yang tak pasti. Tapi, masalah timbul bila rasa takut tu mula kuasai fikiran dan perasaan korang, sampai korang  rasa stuck dan susah nak move on.

Nak atasi rasa takut ni, first step yang important adalah kenal pasti apa yang korang takutkan. Kadang-kadang ketakutan datang hanya dari bayangan korang sendiri je, benda yang belum tentu akan berlaku. So, tanyalah diri sendiri, "Apa yang aku takutkan sebenarnya?" Bila korang faham punca ketakutan itu, korang akan tengok masalah tu dengan lebih jelas dan rasional.

Salah satu cara yang mudah untuk atasi ketakutan adalah dengan teknik pernafasan. Bila rasa takut datang, tarik nafas dalam-dalam, tahan kejap dan lepas pelan-pelan. Cara ni akan bantu korang untuk cool dan fikiran pun jadi lebih jernih.

Macam mana nak atasi ketakutan dalam hidup?

Selain itu, untuk bangkitkan keyakinan diri, mulakan dengan langkah kecil. Jangan terlalu desak diri untuk terus hadap cabaran besar. Contoh, kalau takut bercakap depan ramai orang, mula dengan bercakap depan kawan-kawan yang lebih rapat dulu. Dari situ, keyakinan korang akan bertambah dan korang mampu hadap cabaran yang lebih besar nanti.

Sokongan orang sekeliling pun penting jugak gais. Jangan malu untuk share perasaan korang dengan family atau kawan-kawan yang boleh dipercayai. Kadang-kadang, mereka boleh bantu korang tengok sesuatu tu from the different side.

Apa yang paling penting adalah ingat yang  ketakutan tu bukan musuh korang. Dia adalah sebahagian daripada proses pembelajaran yang ajar korang untuk jadi lebih kuat dan matang. Jangan biar rasa takut halang korang dari kejar impian. Sebaliknya, guna ketakutan itu sebagai pembakar semangat untuk terus maju.

Hidup ini terlalu singkat untuk terus takut. Jangan biar ketakutan menghalang peluang korang untuk hidup dengan tenang. Teruskan percaya pada diri sendiri dan ingat setiap hari adalah peluang baru untuk berubah dan menjadi lebih baik. InshaAllah. 

09/12/2024

Kenapa anxiety datang tiba-tiba walaupun semua nampak okey?

Pernah tak korang rasa cemas menyerang dengan tiba-tiba tanpa amaran? Kadang-kadang, hidup nampak tenang je. Tak ada apa-apa masalah besar, kerja berjalan lancar, hubungan dengan orang pun baik-baik saja. Tapi tiba-tiba, dada rasa sempit, jantung berdegup laju dan fikiran jadi kalut. Kenapa ya? Kalau korang pernah alami ini, jangan risau, korang tak keseorangan. Jom baca sampai habis kenapa perkara ini boleh berlaku.

Kenapa anxiety datang tiba-tiba walaupun semua nampak okey?

Pertama sekali, kadang-kadang badan korang lebih ‘peka’ daripada minda korang. Ini bermaksud badan korang mungkin sedang bagi sign tentang sesuatu yang korang  tak sedar secara sedar. Contohnya, mungkin korang kurang tidur kebelakangan ini atau tubuh korang sedang menghadapi tekanan fizikal seperti letih atau dehidrasi. Walaupun fikiran korang rasa semuanya ok, badan korang tahu yang dia perlukan rehat atau attention.

Selain itu, pengalaman lepas pun boleh menjadi ‘hantu’ yang mencetuskan anxiety tanpa sedar. Contohnya, kalau korang pernah lalui situasi yang menekan atau trauma sebelum ini, otak anda mungkin masih menyimpan memori itu di sudut yang tersembunyi. Walaupun hari ini korang sedang duduk santai minum kopi, satu bunyi, bau atau situasi kecil pun boleh jadi trigger kepada kenangan lama itu, sekaligus mencetuskan rasa cemas.

Last, cemas juga boleh datang daripada cara korang berfikir tentang masa depan. Kadang-kadang, fikiran korang melayang tanpa kawalan, suka bayangkan segala kemungkinan buruk yang mungkin berlaku, walaupun takde apa pun. Ini dinamakan sebagai “kebimbangan bayangan”, sesuatu yang korang create sendiri dalam minda.

Jadi, apa yang boleh korang buat bila rasa cemas datang tiba-tiba? 

Tarik nafas dalam-dalam dan cuba kenal pasti punca. Kadang-kadang, puncanya tak mudah dijumpai, tapi hanya dengan sedar dan menerima perasaan itu, ia boleh mula berkurangan. Ingat, cemas itu normal. Yang penting, jangan biarkan ia mengawal hidup korang. Korang tak perlu sempurna untuk rasa tenang dan korang jugak tak keseorangan dalam situasi camni. Ramai je kat luar sana tu macam korang, Cuma, jangan lupa jaga diri, minda dan emosi. Sebab akhirnya, semuanya saling berkait. Moga semuanya baik-baik je.

02/12/2024

Jenis-jenis gangguan psikologi.

Gangguan psikologi merujuk kepada masalah kesihatan mental yang boleh mempengaruhi cara seseorang berfikir, merasa dan bertindak. Ia bukanlah tanda kelemahan, tapi keadaan yang perlukan perhatian dan rawatan sewajarnya. Berikut adalah beberapa jenis gangguan psikologi yang sering berlaku.

Jenis-jenis gangguan psikologi.

Pertama, gangguan kecemasan. Individu yang mengalami gangguan ini selalu rasa cemas secara berlebihan tanpa sebab yang jelas. Perasaan ini boleh datang dalam bentuk serangan panik, fobia atau kebimbangan melampau terhadap perkara tertentu.

Kedua, gangguan kemurungan. Ini adalah keadaan di mana seseorang berasa sedih berpanjangan, hilang minat terhadap aktiviti harian dan mengalami penurunan tenaga. Kemurungan boleh berlaku akibat trauma, tekanan hidup atau ketakseimbangan kimia dalam otak.

Seterusnya, gangguan bipolar. Ia melibatkan perubahan mood yang ekstrem, dari fasa kemurungan kepada fasa mania. Ketika mania, seseorang mungkin merasa sangat gembira atau terlalu yakin, namun ini diikuti dengan kemurungan yang mendalam.

Selain itu, terdapat juga gangguan obsesif-kompulsif (OCD). Penghidap OCD sering mengalami pemikiran obsesif yang mengganggu, yang membuatkan mereka rasa perlu melakukan sesuatu secara berulang-ulang, seperti mencuci tangan atau memastikan pintu berkunci.

Gangguan personaliti pula melibatkan corak tingkah laku yang tak fleksibel dan memberi kesan negatif kepada kehidupan sosial atau kerja seseorang. Contohnya adalah personaliti narsisistik atau paranoid.

Akhir sekali, skizofrenia, yang sering dikaitkan dengan halusinasi, delusi dan pemikiran yang tak teratur. Gangguan ini boleh bagi kesan besar kepada kemampuan seseorang untuk menjalani kehidupan normal.

Adalah penting untuk memahami bahawa gangguan psikologi bukanlah sesuatu yang harus dipandang ringan. Rawatan seperti terapi psikologi, ubat-ubatan dan sokongan daripada keluarga atau rakan boleh membantu penghidap pulih dan menjalani kehidupan yang lebih berkualiti.

Sekiranya korang atau orang di sekitar korang menunjukkan tanda-tanda gangguan psikologi, jangan takut untuk mendapatkan bantuan profesional. Kesihatan mental sama pentingnya dengan kesihatan fizikal!

28/10/2024

Perbezaan antara anxiety dan panic attack – Kenali tanda-tandanya supaya tak tersilap!

Kadang-kadang kita confuse antara anxiety (kebimbangan) dan panic attack (serangan panik). Memang nampak serupa, tetapi sebenarnya berbeza. Anxiety ni macam kebimbangan yang 'melarat' dan berlarutan, kadang-kadang selama beberapa hari atau minggu. Panic attack pula lebih kepada serangan tiba-tiba yang datang tanpa amaran dan sangat intensif. Jom kita kenal dengan lebih jelas perbezaan antara kedua-duanya!

Perbezaan antara anxiety dan panic attack – Kenali tanda-tandanya supaya tak tersilap!



Apa Itu Anxiety?

Anxiety ni macam perasaan risau yang berterusan. Bayangkan ada projek besar di tempat kerja atau risaukan kesihatan, kewangan atau apa-apa yang merunsingkan. Kebimbangan jenis ni boleh buat kita rasa tegang, susah nak fokus dan susah tidur. Kadang-kadang, kita akan alami gejala fizikal yang ringan macam degupan jantung yang cepat, berpeluh sikit atau rasa otot tegang. 

Tapi anxiety ni lebih kepada pemikiran yang 'bermain' dalam kepala kita secara berulang-ulang. Kita sedar dengan perasaan tu dan biasanya boleh agak kenapa kita rasa macam tu.

Bagaimana pulak dengan Panic Attack?

Panic attack ni lain ceritanya. Ia datang secara tiba-tiba dan intensif, biasanya berlangsung dalam tempoh 5 hingga 30 minit dan mencapai puncak pada 10 minit pertama. Bayangkan satu gelombang ketakutan yang ekstrem dan tiba-tiba dengan gejala yang sangat kuat , contohnya degupan jantung laju gila, susah nak bernafas, rasa tercekik, pening, loya, dada rasa sempit atau sakit. 

Dalam keadaan ni, kadang-kadang kita rasa macam nak pengsan atau rasa macam akan ‘terputus nyawa’ walaupun takde sebab yang jelas pun atau situasi mencemaskan. Rasa macam hilang kawalan dan boleh buat kita takut ada masalah kesihatan yang teruk, contohnya serangan jantung.

Ringkasannya? Anxiety ni kebimbangan yang datang perlahan dan bertahan lama, macam latar belakang yang mengganggu hari-hari kita. Panic attack pula macam ‘ledakan ketakutan’ yang muncul tiba-tiba dan sekejap tetapi cukup membuatkan kita panik. Dengan kenal pasti perbezaan ini, kita boleh lebih peka dengan keadaan diri dan mungkin boleh cari cara yang betul untuk tangani kedua-duanya.

Moga bermanfaat!

24/09/2024

Cara melawan depresi secara semulajadi?

Depresi boleh membuatkan hari-hari kita terasa suram dan penuh cabaran. Tapi sebelum kita melompat ke dalam belenggu ubat-ubatan, cuba beberapa cara semulajadi ini untuk membantu mengatasi depresi dengan lebih sihat.

Cara melawan depresi secara semulajadi?

1. Senaman bukan hanya untuk mendapatkan bentuk badan idaman. Aktiviti fizikal seperti berjalan, berlari atau berenang dapat melepaskan endorfin yang dikenali sebagai hormon kebahagiaan. Berlatihlah sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Ingat, setiap langkah kecil adalah langkah ke arah perasaan lebih baik!

2. Apa yang kita makan boleh mempengaruhi mood kita. Sertakan makanan kaya dengan omega-3 seperti ikan salmon dan makanan kaya serat serta vitamin B seperti bijirin dan sayuran hijau. Elak makanan yang tinggi gula dan lemak trans sebab ia boleh memberi kesan negatif kepada mood.

3. Tidur yang tak cukup boleh memperburuk depresi. Cuba buat jadual tidur yang konsisten dan pastikan kita tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam. Jangan lupa, tidur yang baik sama pentingnya dengan diet dan senaman!

4. Walaupun mungkin kita rasa lebih suka menyendiri, bergaul dengan rakan-rakan dan keluarga boleh memberikan sokongan emosional yang penting. Bercakap dengan seseorang yang dipercayai boleh membantu mengurangkan beban perasaan.

5. Amalkan teknik relaksasi seperti pernafasan mendalam. Aktiviti ini boleh membantu menenangkan fikiran dan mengurangkan tahap stres. Cuba sediakan sedikit masa setiap hari untuk diri sendiri!

6. Fokus pada aktiviti yang dinikmati. Sama ada berkebun, melukis atau mendengar muzik, melakukan sesuatu yang digemari dapat memberi kegembiraan dan melepaskan ketegangan.

7. Luangkan masa di luar rumah dan nikmati cahaya matahari. Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada cahaya matahari boleh membantu meningkatkan tahap serotonin, hormon yang berperanan dalam mengawal mood.

8. Buat matlamat yang kecil dan boleh dicapai. Setiap kejayaan, tidak kira sekecil mana, akan memberikan rasa pencapaian dan meningkatkan semangat.

Selamat mencuba! Ingat, melawan depresi memerlukan usaha dan masa. Tapi, kalau kita memerlukan bantuan lebih lanjut, jangan ragu untuk mendapatkan sokongan daripada profesional.

19/09/2024

Fobia: Memahami ketakutan yang tak rasional.

Fobia adalah ketakutan yang intens dan tak rasional terhadap objek, situasi atau aktiviti tertentu. Berbeza dengan kebimbangan biasa, fobia boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau dan boleh mempengaruhi kehidupan seharian seseorang. 

Jenis-jenis fobia.

1. Fobia sosial: Ketakutan yang mendalam terhadap situasi sosial atau persembahan awam. Orang yang mengalaminya mungkin takut dihakimi atau diperhatikan.
   
2. Fobia spesifik: Ketakutan terhadap objek atau situasi tertentu seperti ketinggian (akrofobia), haiwan (arachnofobia - ketakutan terhadap labah-labah) atau darah (hematofobia).

3. Agorafobia: Ketakutan terhadap situasi di mana pelarian mungkin sukar atau tak mungkin, seperti tempat awam yang sesak atau ruang terbuka.

Punca fobia.

Punca fobia boleh berbeza bagi setiap individu. Ia mungkin berkaitan dengan pengalaman traumatik yang lalu, faktor genetik, atau perubahan kimia dalam otak. Fobia sering kali mula muncul pada zaman kanak-kanak atau remaja, tetapi boleh berkembang pada bila-bila masa dalam kehidupan.

Fobia: Memahami ketakutan yang tak rasional.

Gejala fobia.

Gejala fobia boleh merangkumi:

- Kegelisahan atau serangan panik.
- Peningkatan kadar jantung.
- Peluh berlebihan.
- Rasa tidak terkawal.
- Kecenderungan untuk mengelak situasi yang menimbulkan ketakutan.

Rawatan fobia.

Rawatan fobia biasanya melibatkan pendekatan berikut:

1. Terapi kognitif-perilaku (CBT): Membantu individu mengenal pasti dan mengubah pemikiran negatif serta tingkah laku yang berkaitan dengan fobia.

2. Desensitisasi sistematik: Teknik di mana individu secara beransur-ansur terdedah kepada objek atau situasi yang menakutkan dalam persekitaran yang terkawal.

3. Penggunaan ubat-ubatan: Dalam beberapa kes, ubat-ubatan boleh digunakan untuk membantu mengurangkan gejala kecemasan.

Kesimpulannya, jika korang atau seseorang yang korang kenali mengalami gejala fobia, mendapatkan bantuan profesional boleh menjadi langkah pertama yang penting ke arah pemulihan. Moga bermanfaat.