Bipolar adalah satu gangguan mental yang menyebabkan seseorang mengalami perubahan emosi yang sangat mendalam dan cepat antara dua keadaan yang berbeza.
Keadaan pertama dikenali sebagai manik, di mana mereka rasa sangat bersemangat, aktif dan kadang-kadang terlampau optimistik. Mereka mungkin rasa macam mereka boleh buat apa saja dan kadang-kadang boleh bertindak tanpa fikir panjang. Keadaan kedua pulak adalah depresi, di mana mereka rasa sangat sedih, letih dan hilang minat pada hal-hal yang biasa mereka buat.
Perubahan antara manik dan depresi boleh berlaku secara tiba-tiba dan mengganggu kehidupan seharian. Seseorang yang menghidap bipolar mungkin berdepan dengan kesukaran dalam hubungan sosial, pekerjaan dan tanggungjawab harian sebab perubahan mood yang ekstrem ni.
Walaupun tanda-tanda bipolar berbeza bagi setiap individu, tapi ia boleh dikenali melalui perubahan emosi yang ketara dalam jangka masa yang pendek.
Contoh, seseorang yang sedang mengalami episod manik mungkin akan bercakap dengan cepat, tidur kurang dan mempunyai banyak idea yang tak realistik. Sebaliknya, semasa episod depresi, mereka mungkin berasa terasing, tak berdaya dan tak nak berinteraksi dengan orang lain.
Namun, pnyebab sebenar bipolar tak diketahui sepenuhnya, tapi faktor genetik dan persekitaran dipercayai mempengaruhi. Ada kalanya tekanan hidup, masalah peribadi atau perubahan hormon boleh mencetuskan episod bipolar.
Rawatan untuk bipolar biasanya melibatkan gabungan ubat-ubatan dan terapi psikologi. Ini boleh bantu pesakit urus emosi mereka dengan lebih baik dan menjalani kehidupan yang lebih stabil.
Kalau korang atau seseorang yang korang kenal menunjukkan tanda-tanda bipolar, adalah penting untuk dapatkan bantuan profesional. Dengan rawatan yang tepat, individu yang menghidap bipolar boleh hidup dengan sihat dan produktif. Moga bermanfaat.
Tk perkongsian ilmunya
ReplyDeletesama2
Delete