Resepi nasi goreng kerabu padu, wangi dan membuka selera.

Kalau korang peminat nasi goreng, kena try resepi Nasi Goreng Kerabu ni. Aroma dia memang buat jiran sebelah pun terliur, tambahan pulak makan dengan telur mata lembu dan sambal belacan. Serius ngam habis!

Jom kita tengok bahan-bahan dan cara masaknya.

Bahan-bahan:

3 cawan nasi (diperoi supaya tak bergumpal).
Udang (ikut suka nak banyak mana).
2 sudu besar ikan bilis (goreng dulu sampai rangup).
1 biji bawang merah (hiris nipis).
3 ulas bawang putih (ketuk).
1 batang cili hijau (hiris).
1 batang serai (hiris halus).
1 kuntum bunga kantan (hiris).
3 helai daun limau purut (hiris).
Petai (ikut suka, lagi banyak lagi power).
2 batang kacang panjang (potong pendek).
2-3 biji telur.
Garam, serbuk perasa dan serbuk lada putih (½ sudu kecil).
Sos ikan (2-3 sudu besar).

Resepi nasi goreng kerabu padu, wangi dan membuka selera.
Nasi goreng kerabu padu, wangi dan membuka selera.

Cara memasak:

1. Panaskan minyak dan goreng ikan bilis dulu sampai garing. Lepas tu, tolak tepi sikit, pecahkan telur dan masak sampai masak.

2. Dalam minyak yang sama, tumis bawang putih, bawang merah, dan cili hijau sampai naik bau.

3. Masukkan udang dan taburkan serbuk lada putih. Goreng sampai udang bertukar warna.

4. Campakkan sekali bunga kantan, kacang panjang, petai, daun limau purut dan serai. Goreng sampai bahan-bahan tu layu sikit.

5. Masukkan serbuk perasa, garam, nasi, ikan bilis dan telur. Gaul rata bagi semua sebati.

6. Akhir sekali, tuangkan sos ikan dan goreng sampai nasi naik aroma berasap.


Tips extra:

- Kalau nak lagi kick, tambah hirisan cili padi. Pedas-pedas sedap!
- Boleh juga guna nasi sejuk semalam untuk rasa nasi goreng yang lagi padu.
- Siap untuk dihidang! Makan dengan sambal belacan memang buat korang tambah dua tiga pinggan.

Selamat mencuba. 

Kredit gambar dan resepi: Nurul Ateekah.

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews