12 January 2025

Serangan jantung: Korang berisiko? Ini yang korang kena tahu!

Serangan jantung ni bukan benda main-main, gais. Kalau dulu orang kata penyakit ni untuk orang tua je, sekarang tak kira umur. Stres, gaya hidup dan makan minum kita pun boleh jadi punca. Jadi, jom kita story sikit pasal ni.

Senang cerita, serangan jantung ni jadi bila darah tak sampai ke jantung. Kenapa? Sebab saluran darah tersumbat. Sumbatan ni biasanya sebab kolesterol tinggi atau darah beku. Bayangkan jalan raya penuh jem, macam tu la saluran darah bila tersumbat.

Serangan jantung: Korang berisiko? Ini yang korang kena tahu!

Siapa yang berisiko kena?

  1. Makan tak jaga - Kalau korang suka makanan berlemak, bergoreng dan manis-manis, hati-hati sikit. Kolesterol tinggi boleh buat saluran darah korang sempit.
  2. Malas bergerak - Asyik duduk je depan TV atau komputer? Kurang bersenam boleh lemahkan jantung.
  3. Stres teruk - Hidup penuh tekanan, tak cukup tidur. ini semua 'racun' untuk jantung.
  4. Rokok - Merokok ni memang 'kill' jantung korang. Tak kisahlah rokok biasa ke, vape ke, dua-dua ni sama bahayanya.
  5. Keturunan - Kalau ada sejarah keluarga dengan sakit jantung, korang pun kena lebih jaga-jaga.

Serangan jantung ni tak datang dengan loceng amaran, tapi ada petanda. Kalau rasa dada ketat, sakit yang menjalar ke tangan atau rahang, sesak nafas, peluh sejuk atau rasa loya tiba-tiba, jangan main-main. Cepat pergi hospital!

Sebenarnya, tak susah pun nak elak risiko serangan jantung. Kurangkan makanan tak sihat, lebihkan buah-buahan dan sayur. Jangan malas bergerak, jalan kaki pun dah cukup bagus. Lagi satu, berhenti merokok, ya. Kalau stres, cuba buat aktiviti yang korang suka untuk relaks.

Jantung ni macam enjin kereta kita. Kalau jaga betul-betul, boleh tahan lama. Tapi kalau malas servis, cepat la rosak. So, jaga kesihatan dari sekarang!

No comments:

Post a Comment