Sotong masak hitam pedas: Resepi simple, sedap dan cepat!o

Kalau korang pencinta sotong, korang wajib try resepi Sotong Masak Hitam Pedas ni. Memang senang nak buat, bahan pun tak banyak, tapi rasa dia padu gila. Yang best, dakwat sotong tu buatkan masakan ni ada vibe unik tersendiri. Memang confirm licin pinggan!

Bahan-bahan:

500 g sotong (bersihkan tapi jangan buang dakwat dia).
Dakwat sotong (wajib untuk ‘hitam’ power tu!).
5 sudu besar cili kisar.
1 sudu besar air asam jawa.
1 batang serai (diketuk).
1 cm halia (hiris nipis).
1 cm lengkuas (hiris nipis).
2 helai daun limau purut.
1 sudu kecil serbuk belacan. 
10 batang cili padi hijau (kalau nak pedas, boleh tambah lagi).
3-4 ulas bawang putih  (diketuk).
1 biji bawang besar (potong bulat-bulat).
Garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa secukupnya.

Sotong masak hitam pedas: Resepi simple, sedap dan cepat!
Sotong masak hitam pedas.

Cara nak masak:

1. Didihkan air dulu, lepas tu masukkan sotong sekejap je, dalam 2-3 minit. Jangan lama sangat, nanti sotong keras. Angkat, tos, ketepikan.

2. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan serai sampai naik bau semerbak.

3. Goreng sampai pecah minyak. Dah cantik minyak keluar, masukkan cili padi, daun limau, halia, lengkuas dan serbuk belacan. Gaul rata.

4. Tambah air asam jawa. Gaul sebati.

5. Masukkan sotong, dakwat sotong dan bawang besar. Gaul lagi sampai semua bahan mesra. Akhir sekali, perasakan dengan garam dan serbuk perasa.

6. Dah masak, angkat, dan boleh hidang.

Tips Extra:

- Jangan buang dakwat sotong, sebab itu secret weapon untuk rasa unik resepi ni.
- Kalau suka lebih pedas, tambah cili padi merah.
- Hidangkan dengan nasi putih panas, serius tak cukup sepinggan!

Selamat mencuba. 

Kredit gambar dan resepi : FB Nurul Ateekah.

2 comments:

  1. macam sedap jeeeee terima kasih kongsi resepi. nampak mudah nak follow

    ReplyDelete
  2. ya Allah sedapnye.. lady mmg suke sotong...

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews