Resepi ayam sambal bali: Pedas padu, confirm licin pinggan!

Ayam Sambal Bali ni memang antara lauk paling ngam kalau nak makan dengan nasi panas. Resepi ni simple gila, tapi rasa dia memang power. Kalau tengah lapar, confirm tambah nasi dua tiga kali. Haha. Jom kita tengok cara masaknya.

Bahan-bahan:

1 ekor ayam (potong kecil).
1 sudu kecil serbuk kunyit.
Garam secukup rasa.

Bahan untuk sambal:

4 sudu besar cili kering yang dah blend (kalau suka pedas, letak lebih).
2 sudu besar kicap manis (ikut tekak masing-masing).
2 batang serai (ketuk biar wangi).
2-3 helai daun limau purut.
1 biji cili merah (hiris nipis).
Gula secukup rasa.

Bahan kisar:

2 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
½ inci halia.

Resepi ayam sambal bali: Pedas padu, confirm licin pinggan!
Resepi ayam sambal bali.

Cara masak:

1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit. Biarkan sekejap, bagi mesra.

2. Goreng ayam separuh masak. Jangan overcook, nanti keras!

3. Guna minyak lebihan ayam tadi. Tumis bahan kisar dengan cili kering sampai naik bau dan pecah minyak. Ini rahsia sambal padu!

4. Masukkan serai dan daun limau purut. Tumis lagi sampai wangi menusuk kalbu.

5. Masukkan ayam goreng tadi, gaul rata dengan sambal. Masuk garam, gula, dan kicap manis. Tutup kuali, biarkan semua bahan mesra rapat.

6. Tabur hirisan cili merah sebelum angkat. Siap!

Tips extra:

- Nak sambal lebih lemak, boleh tambah sikit santan masa tumis.
- Hidang dengan nasi putih, ulam dan sup kosong. Pergh, lengkap terus!

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar : Khadijah Jaafar. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews