Risiko pembedahan kanser tiroid semasa mengandung?

Bila mengandung, segala keputusan berkaitan kesihatan mesti diambil kira dengan berhati-hati, termasuk kalau pesakit perlu menjalani pembedahan seperti kanser tiroid. 

Sebagai permulaan, jangan risau. Kanser tiroid tak akan bertambah teruk semasa mengandung. Namun, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira, terutama bila melibatkan pembedahan.

Pembedahan pada trimester pertama (minggu 0 hingga 12) memang sedikit berisiko. Salah satu risiko utama adalah keguguran. 

Risiko pembedahan kanser tiroid semasa mengandung?

Oleh itu, kalau pesakit menghidap kanser tiroid dan sedang hamil, doktor biasanya akan menyarankan untuk menunda pembedahan sehingga masuk minggu ke-13 atau ke-14. 

Ini untuk mengurangkan risiko keguguran yang boleh berlaku kalau pembedahan dilakukan terlalu awal dalam kehamilan.

Ada kalanya, doktor mungkin akan mencadangkan untuk menangguhkan pembedahan sehingga selepas pesakit bersalin, kecuali kalau keadaan kanser tiroid pesakit memerlukan tindakan segera. 

Oleh itu, perbincangan dengan doktor adalah penting untuk membuat keputusan terbaik berdasarkan keadaan peribadi dan tahap risiko.

Jadi, kalau korang sedang mengandung dan perlu menjalani pembedahan untuk kanser tiroid, berbincanglah dengan pakar untuk mendapatkan nasihat yang tepat dan terbaik untuk kesihatan korang dan bayi.

Kredit info grup Tiroid dan Anda (ORI).

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews