Bangun awal pagi memang bukan mudah ye, terutamanya bagi korang yang lagi suka membenamkan diri dalam selimut gebu korang tu. Tapi, tahukah korang kebiasaan bangun awal boleh bagi impak besar kepada kehidupan korang? Kalau korang selalu fikir “Alah, tidur tu penting, esok je bangun awal,” korang kena baca ni dulu sampai habis.
Lebih masa untuk diri sendiri.
Bayangkan korang bangun sebelum orang lain, rumah masih sunyi dan tenang. Inilah masa terbaik untuk buat perkara-perkara yang korang suka tanpa gangguan. Sama ada membaca buku, minum kopi sambil menikmati matahari terbit atau sekadar menenangkan fikiran. Bila pagi itu milik korang, hari pun terasa lebih panjang! Hihi.
Menyusun rancangan dengan tenang.
Salah satu kelebihan bangun awal ialah korang dapat merancang hari korang dengan lebih tersusun. Tak payah nak rushing. Tenang-tenang aje. Bila otak masih segar, idea dan perancangan datang lebih lancar. Bayangkan kalau malam tadi korang tidur lewat dan pagi tu terkejar-kejar, adakah plan korang pada hari itu masih kukuh? Mungkin tak.
Kurang stres, lebih fokus.
Rasa stres berkurang bila kita ada masa untuk buat perkara dengan perlahan. Tak perlu kelam kabut dan berlari ke sana sini. Bila bangun awal, korang akan lebih fokus kerana korang tak perlu berebut dengan masa. Ini juga memberi ruang untuk otak berfungsi lebih baik. Siapa tahu, idea genius mungkin muncul! Jenngg jengg jenggg.
Dapat beriadah dan sihat.
Apa kata ambil peluang waktu pagi untuk bersenam? Tak perlu jadi ahli gym pun, cukuplah sekadar berjalan kaki atau lakukan senaman ringan. Bangun awal memberi ruang untuk aktiviti fizikal yang baik untuk kesihatan tubuh. Lagipun, siapa nak sentiasa rasa bertenaga sepanjang hari kalau tak menjaga badan?
Menikmati sarapan yang lebih sihat.
Korang tahu kan, sarapan adalah hidangan paling penting dalam sehari. Bila bangun lewat, kadang-kadang sarapan jadi terbabas atau lebih teruk, terus skip! Tapi dengan bangun awal, korang ada masa untuk sediakan sarapan yang sihat dan berkhasiat. Tak perlu bergantung kepada kopi atau biskut je, kan?
Memulakan hari dengan positif.
Bangun awal memberi korang peluang untuk mulakan hari dengan lebih positif. Bukankah korang lebih mudah rasa gembira kalau dapat mulakan hari dengan tenang dan penuh persediaan? Keadaan ini akan pengaruhi mood dan tenaga sepanjang hari.
Disiplin yang terbentuk secara semulajadi.
Bila korang mulakan habit bangun awal, disiplin akan datang dengan sendirinya. Perlahan-lahan, tubuh korang akan terbiasa dan pada akhirnya, ia akan menjadi rutin yang lebih mudah diikuti. Lagipun, siapa tak suka jadi orang yang sentiasa tepat pada masanya, kan?
Bangun awal pagi bukanlah satu perkara yang mudah. Memang kadang-kadang rasa macam nak balik tidur je, tapi percayalah, manfaatnya jauh lebih banyak daripada kemalasan yang kadang datang bertandang.
Jadi, apa kata mulakan esok pagi dengan sedikit usaha? Mungkin esok korang boleh cuba untuk bangun sepuluh minit lebih awal daripada biasa. Jangan risau, dunia tak akan jatuh kalau korang mulakan langkah kecil dulu! Hihi. Chaiyok.
No comments:
Post a Comment