4 January 2025

Anak kita cerminan diri kita, betul ke?

Setiap kali kita melihat anak-anak, sedarkah kita bahawa mereka adalah refleksi diri kita sendiri? Bukan hanya dari segi rupa, tapi juga perangai, tingkah laku dan cara mereka berfikir. Anak-anak belajar melalui pemerhatian. Kalau kita selalu bercakap lembut, mereka pun cenderung meniru nada itu. Sebaliknya, kalau kita mudah marah, jangan terkejut kalau mereka juga menunjukkan sifat yang sama.

Anak-anak bukan dilahirkan dengan 'manual', kita sebagai ibu bapa adalah 'panduan hidup' mereka. Cara kita menyelesaikan masalah, berkomunikasi atau melayan orang sekeliling menjadi contoh langsung untuk mereka. Sebab itu penting untuk sentiasa muhasabah diri. Adakah kita menunjukkan teladan yang baik?

Anak kita cerminan diri kita, betul ke?

Namun, jangan terlalu keras pada diri sendiri. Takde ibu bapa yang sempurna. Apa yang penting adalah usaha kita untuk menjadi lebih baik setiap hari. Kalau kita tersilap, akui pada anak-anak. Mereka akan belajar bahawa manusia tak sempurna dan yang penting ialah keberanian untuk memperbaiki diri.

Akhirnya, anak-anak ini adalah hasil gabungan apa yang kita tunjukkan dan dunia di sekeliling mereka. Kita mungkin tak dapat mengawal semuanya, tapi kita boleh memberi asas yang kukuh. Ingat, anak-anak adalah cerminan kasih sayang, keikhlasan dan usaha kita. Jadi, bentuklah diri yang kita ingin mereka tiru.

Moga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment