"Luahan Rasa Tanpa Suara"

31 August 2023

Ujian Thyroglobulin (TG) untuk kanser tiroid.

August 31, 2023 0
Ujian TG bukan untuk mengesan kanser. Ujian TG dilakukan hanya bagi mereka yang telah menjalani total thyroidectomy diikuti dengan (RAI) Radioiodine. Kalau dah buat total thyroidectomy tapi belum menjalani Radioiodine, biasanya TG masih boleh dikesan dan menjadi tidak tepat.

Terdapat dua kedaan TG test - stimulated dan unstimulated.

Stimulated ialah TG dilakukan semasaTSH >30 iaitu selepas berhenti mengambil thyroxine selama 1 bulan atau menggunakan thyrogen. Ini lebih sensitif.

Unstimulated TG ialah ujian dibuat tanpa memberhentikan thyroxine dan ujian ini biasanya tak mengesan kanser berulang diperingkat awal atau masih kecil. 

Kesimpulannya, ujian TG ialah untuk mengetahui keberkesanan rawatan kanser tiroid.

Kredit info : Prof. Rohaizak Muhammad.

Adab.

August 31, 2023 2
Orang kata biar kurang ilmu, jangan kurang adab. Ilmu boleh dicari, adab? Jom baca ni sampai habis. 

1. Jangan call seseorang berturut-turut. Kalau tak berjawab, maknanya mereka sedang buat sesuatu yang penting. Mesej selepas itu dan tanya bila masa sesuai untuk call.

2. Pulangkan duit yang kita pinjam sebelum diminta. Tak kisahlah RM1 atau RM100. Hutang tetap hutang. Hormati integriti diri sendiri.

3. Jangan sesekali order menu yang mahal bila ada orang belanja. Lebih molek, minta orang yang belanja pilihkan menu. Sensitif terhadap orang yang belanja.

4. Janganlah bertanya soalan janggal seperti, "Oh, belum kahwin ya? Umur dah berapa ni?", atau "Belum ada anak ya? Kan dah lama kahwin?", "Kenapa belum beli rumah?". Itu hal peribadi. Tak perlu ditanya. Bukan hal kita.

5. Selalu buka dan pegangkan pintu untuk orang dibelakang kita, terutamanya warga tua atau ibu sedang dukung anak. Tak rugi bantu mudahkan orang lain.

6. Berhati-hati dalam bergurau. Tak semua orang boleh terima cara kita. Kalau orang tak suka, hentikan. Jangan diulang lagi.

7. Bila terima mesej, balas walaupun terlambat atau sedang sibuk. Ingat, bukan kita sahaja sibuk. Bila dah lapang, tetap balas dan mohon maaf atas kelewatan.

8. Beri pujian dikhalayak, tetapi beri kritikan secara peribadi dan tersendiri. Niat untuk menambah baik, bukan mengaibkan.

9. Jangan buat perancangan di depan mereka yang tidak terlibat atau tidak dijemput sekali. Kalau dah terbagi tahu, eloklah jemput terus.

10. Hormati seseorang pada nilainya, bukan jawatan atau posisi. Seorang tukang cuci layak dilayan sama seperti seorang CEO. Mereka sama-sama manusia. Layanan kita yang penuh adab adalah cerminan nilai dalam diri kita.

Kredit : Penulis Asal.

29 August 2023

Kalau berhutang, jangan pernah lupa bayar!

August 29, 2023 2
Hutang atau al-qard merujuk kepada penyerahan sesuatu barang atau harta daripada pemiutang kepada penghutang dengan syarat barang tersebut atau sesuatu yang sama nilai dengannya akan digantikan kepada pemilik asal tanpa sebarang penambahan. 

Orang yang berhutang mempunyai tanggungjawab untuk memulangkan barang yang sama atau serupa dengan apa yang dipinjam tanpa apa-apa tambahan terhadap harta yang dipinjam itu.
Hukum memberi hutang adalah sunat dan sangat digalakkan kerana orang yang memberi hutang akan mendapat ganjaran yang istimewa di sisi Allah SWT. 

Ia merupakan satu amalan yang mulia jika tujuannya untuk menolong meringankan bebanan orang yang dalam kesusahan dan kesempitan hidup. Bukan dengan tujuan mengambil kesempatan atau faedah daripada orang-orang yang berhutang. Firman Allah SWT yang bermaksud : 

"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya).” (Surah al-Ma’idah: 2)

Hukum berhutang pula adalah harus. Walau bagaimanapun dalam lain-lain perkara, hukum berhutang berubah mengikut keadaan. Jika seseorang itu benar-benar kesuntukan dan memerlukan wang untuk membiayai keluarganya, maka wajib untuk dia berhutang. Manakala hukum berhutang pemberi hutang (pemiutang) adalah berubah mengikut keadaan dalam tiga bentuk iaitu:

1. Haram - Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi dan sebagainya.

2. Makruh - Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau menunjuk-nunjuk, ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut. 

3. Wajib - Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tiada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang. 

(Kredit : mais.gov.my).

Adab hutang piutang :

1. Jangan pernah tidak mencatat hutang piutang. “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian melakukan hutang piutang untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kalian menuliskannya.” (QS Al Baqarah 282)⁣
2. Jangan pernah berniat tidak melunasi hutang. “Siapa saja yang berhutang, sedang ia berniat tidak melunasi hutangnya, maka ia akan bertemu Allah sebagai seorang PENCURI..” (HR. Ibnu Majah, hasan shohih). “Siapa yang berhutang dan berniat tidak membayarnya, maka Allah akan membinasakannya.” (HR. Bukhari)⁣
3. Punya rasa takut jika tidak bayar hutang, karena sebab tidak diampuni dan tidak masuk syurga. “Semua dosa orang yang mati syahid diampuni KECUALI hutang.” (HR.Muslim)⁣
4. Jangan merasa tenang kalo masih punya hutang. “Barangsiapa mati dan masih berhutang satu dinar atau dirham, maka hutang tersebut akan dilunasi dengan (diambil) amal kebaikannya, karena disana (akhirat) tidak ada lagi dinar dan dirham.” (HR. Ibnu Majah, Shohih)⁣
5. Jangan pernah menunda-nunda membayar hutang. “Menunda-nunda (bayar hutang) bagi orang yang mampu (bayar) adalah ke-Zholiman.”⁣ (HR. Bukhari dan Muslim)⁣
6. Jangan pernah menunggu ditagih dulu baru membayar hutang. “Sebaik-baik orang adalah yang paling baik dalam pembayaran hutang.” (HR Bukhari dan Abu Daud)⁣
7. Jangan pernah mempersulit dan banyak alasan dalam pembayaran hutang. “Allah ‘Azza wa jalla akan memasukkan ke dalam surga orang yang mudah ketika membeli, menjual, dan melunasi hutang.” (HR. Ahmad, an-Nasa’i, dan Ibnu Majah)⁣
8. Jangan pernah meremehkan hutang walaupun sedikit. “Ruh seorang mukmin itu tergantung kepada hutangnya hingga hutangnya dibayarkan.”⁣ (HR. Ahmad, at-Tirmidzi)⁣
9. Jangan pernah berbohong kepada pihak yang menghutangi. “Sesungguhnya, apabila seseorang berhutang, maka bila berbicara ia akan dusta dan bila berjanji ia akan ingkari.” (HR. Bukhari dan Muslim)⁣
Dan yang paling penting, JANGAN PERNAH LUPA BAYAR!


Kredit : Jentik Hati.

28 August 2023

Betul ke dengan ultrasound saja dah boleh tau bengkak tiroid tu kanser ke?

August 28, 2023 0
Soalan :

Hanya melalui ultrasound saja tanpa biopsy kita boleh tau bengkak tu kanser atau tak eh?

Betul ke dengan ultrasound saja dah boleh tau bengkak tiroid tu kanser ke?
Betul ke dengan ultrasound saja dah boleh tau bengkak tiroid tu kanser ke?

Jawapan : 

Suspicious kanser boleh tengok melalui ultrasound. Tu yang TIRADS² tu. Bila ada suspicious, baru doktor buat biopsy. Kalau hospital kerajaan, untuk bedah,  kena ikut syarat-syarat. Tak boleh nak bedah saja-saja suka-suka. Kalau hospital swasta, bila-bila boleh bayar, boleh bedah.

Jika bukan suspek kanser atau sah kanser, doktor akan cuba untuk selamatkan kelenjar tiroid tu supaya pesakit tak perlu makan ubat seumur hidup. Biasanya doktor akan pantau saja. Melainkan kalau dah perlu buat atau bedah, barulah doc akan cadangkan dibedah. 

Darah normal, ada ketulan satu,  risiko tinggi ada sel kanser. Darah normal tapi bengkak tiroid (goiter), rendah risiko ada kanser. Cuma goiter ni kalau dah besar boleh tekan salur pernafasan, boleh susah menelan, jadi kenalah bedah. 

Goiter jarang yang ada kanser. Ketulan atau nodule tu sarang kanser. Risiko rendah bila banyak nodule tapi mengalami hyperthyroid atau hypothyroid. Tapi ada jugaklah bengkak besar menjadi kanser sebab simpan lama. Risiko kanser tetap ada apabila bengkak kalenjar tiroid. Tak kiralah ada ketulan atau tak ada. 

Begitulah ceritanya. 

Kredit : Grup FB Tiroid dan Anda Ori. 

Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.

August 28, 2023 0
Walaupun bahan utama MMG timun bidara ni sama macam adik beradik dia yang lain iaitu MMG lavendar, MMG lavender bidara, MMG halia dan MMG epal, namun ada satu yang membuatkan si hijau ni lain dari yang lain semestinya adanya timunlah kat dalam dia kan.

Salah satu manfaat ciptaan Allah yang satu ini adalah dia mempunyai sumber mineral yang bagus seperti magnesium, kalium dan silikon yang bagus untuk kulit. Pada masa sama, timun jugak boleh dijadikan sebagai pupur yang boleh menenangkan kulit wajah, menyegarkan, menjadikannya lebih mulus dan anjal. Best kan? Selain mineral, timun jugak kaya dengan vitamin A,B,C yang menggalakkan sistem imunisasi yang lebih. 

Timun jugak mengandungi lariciresinol yang mampu melawan kanser dan kaya dengan silika yang menggalakkan kesihatan sendi. 

Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.
Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.

MMG timun bidara sesuai digunakan oleh mereka yang gemarkan minyak urut yang panas atau hangat. Teksturnya yang tak melekit dan tak berminyak menjadikan ia sangat selesa digunakan dalam apa jua keadaan di samping baunya ala-ala perfume yang harum dan menenangkan.

Ia mengandungi bahan-bahan tambahan seperti minyak kayu putih, menthol crystal dan aloe vera yang berfungsi melancarkan pernafasan dan peredaran darah. Kandungan saponin yang ada dalam bidara ini pula  memberikan efek menenangkan dan membantu masalah insomia. Sifat timun yang lembap dan berair menjadikan MMG timun bidara bagus untuk melembapkan kulit sekaligus membaiki kerosakan kulit akibat sinaran matahari. 

Jadi, antara kelebihan MMG timun bidara, adalah ;

1-  Mampu merawat bekas luka. 
2- Membantu mengurangkan dengkur semasa tidur. 
3- Melegakan kebas kaki, sakit belakang dan lenguh kaki, pinggang dan sebagainya. 
4- Melembapkan kulit. 
5- Melegakan selsema, resdung dan gatal-gatal hidung. 
6- Sesuai untuk melegakan masalah kembung perut baby (dipakai nipis). Sapu di tapak kai baby untuk beri keselesaan dan buang angin.

Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.
Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.

Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.
Minyak urut moden MMG Timun, manfaat dan kelebihannya yang korang patut tahu.

Ehh, cetriolo adalah timun dalam bahasa Itali.

Klik SINI untuk pertanyaan dan order. 

Alhamdullilah, today is my birthday!

August 28, 2023 1
Happy birthday to me. Alhamdullilah, syukur padaMu ya Allah bertambah usiaku setahun lagi. 

Apa yang ku harapkan hanyalah hidup sederhana, dilimpahi rezeki yang tak putus-putus dan hati tenang bersama yang tersayang. Hargai apa yang ada di sisi dan terus perbaiki diri jadi lebih baik. 

In shaa Allah. 

Ada jugak yang ingat nak belikan kek. Hihi. 

Pesan ustazah Asma Harun, jom baca.

August 28, 2023 0
Ustazah pesan kepada para srikandi ummah tercinta.

1. Wanita sebelum berwudhu' kena bersuci dulu sebab wanita ni ada 3 air iaitu air mani, air mazi berlaku ketika teransang dan air wadi atau keputihan berlaku ketika kepenatan atau mengangkat objek berat. Ramai wanita yang tak sah solat sebab tak membersihkannya terlebih dahulu sebelum solat. Takut di akhirat nanti solat kita 0 disisi Allah.

2. Wanita apabila diuji dengan ujian suami, anak, adik beradik dan lain-lain dan dia bersabar malaikat akan mencatat pahala sabar baginya. Salamun 'alaikum bima sobartum. 

3. Wanita bersihkan mekap bersih-bersih sebelum berwudhu' pastikan bedak atau foundation betul-betul hilang dari kulit muka. Lepas wudhu' ambil tisu kesat di muka nak pastikan tiada kesan yang tinggal.

4. Baca doa selepas berwudhu' akan dibuka 8 pintu syurga dan kita diberi peluang untuk masuk dari mana-mana 8 pintu syurga.

5. Cuba jaga aurat betul-betul dengan sempurna ketika hendak keluar rumah. 8 jam dicatat pahala atau 8 jam dicatat dosa? Kita pilih yang mana. Tutup aurat sebelum tibanya kematian yang hanya nampak muka sahaja.


(Ustazah Asma Harun)

*Peringatan untuk diri sendiri juga. 

27 August 2023

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.

August 27, 2023 2
Orang kreatif ni kalau bijak gunakan kekreatifannya uishhh memang boleh buat duit. Contohnya, macam beg comel kat bawah ni. Lawa weh, kombinasi kain perca dengan jeans terpakai je ni. Hasilnya, cantik gila. 

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.
Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat. 

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.
Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat. 

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.
Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat. 

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.
Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat. 

Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat.
Gabungan kain perca, hasilnya wow sangat. 

Lawa kan? Korang kalau rajin bolehlah try buat sendiri. Selamat mencuba. Hihi. 

26 August 2023

Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal.

August 26, 2023 0
Mak-mak ni ni kalau kelentang kelentung kat dapur zupp zapp zupp zap siapkan makanan untuk famili kadang boleh jadi malang tak berbau. Sebab tu la cikla memang akan letak MMG ni sebotol kat dapur. Sejenis yang kalau dok dapur tu kan ada je tangan nak terkena minyak panaslah, kualilah, periuklah, sudip pun kadang terpelanting kena juga.

Haaa, masa ni lah kalut capai MMG dan sapu je terus kat tempat kena benda panas tu.
Alhamdulillah sepanjang sapu MMG ni bila kena benda panas ni gelembung tu tak naik dah.

Risau tau kalau naik gelembung tu lagi susah nak jaga. Lelebih lagi kalau terkoyak. Aduh. Pedih oii!

Kenapa MMG boleh bantu merawat dan melegakan kesakitan akibat lecur ringan? Aloe veralah jawapannya.

Kebaikan aloe vera telah diakui dan banyak kajian telah membuktikan. Ini kerana di dalamnya terkandung antioksidan, antiseptik dan antibakteria. Ia juga mengandungi Polyphenols yang dikatakan mampu menghalang jangkitan bakteria kepada manusia.

Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal.
Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal. 

Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal.
Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal. 

Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal.
Tangan melecur, tak sangka guna MMG boleh legakan kesakitan sebagai rawatan awal. 

Jadi tak hairanlah MMG juga boleh digunakan sebagai ikhtiar untuk merawat luka ringan akibat lecuran kerana salah satu bahan penting dalam MMG adalah aloe vera. 

Klik SINI untuk pertanyaan dan order. 

Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju?

August 26, 2023 1
"Doktor tak beri pun ubat tiroid, walaupun jantung saya laju..."

Carbimazole.
Camazol.
Thymazole.
Methmazole.

Ialah antara nama ubat untuk hypertiroid. Kalau korang takde masalah hypertiroid, tak akan dapat ubat untuk hypertiroid. Makan ubat hypertiroid, untuk stabilkan hormon tiroid saja. Bukan untuk stabilkan rentak jantung. 

Propranolol (warna pink) ialah antara nama ubat untuk jantung laju. Boleh stabilkan rentak jantung. Ambil setiap hari seperti yang diarahkan dan juga ambil jika perlu bila rentak jantung dah ok. 

Walaupun hormon tiroid normal, kena beritahu doktor kalau ada masalah berdebar atau jantung laju. Ia mungkin disebabkan oleh masalah lain. Mungkin darah tinggi, mungkin kena jangkitan kuman, demam, anxiety, panic attack atau jantung tu sendiri yang bermasalah.

Sebelum tu, periksa nadi dulu. 80-100/min, ia masih normal. Boleh buat teknik pernafasan terlebih dahulu (teknik deep breathing), iaitu menarik nafas dengan dalam sehingga kembang paru-parunya (melihat dada ke hadapan) tahan 3 saat dan hembus menggunakan mulut. Ulang sehingga tenang. Jangan lupa minum air sebab tekak akan berasa kering. Namun, kalau denyutan nadi 120-130 > / min,  silalah segera ke kecemasan hospital yang berdekatan. 

Jadinya. ubat tiroid bukan untuk berdebar atau jantung laju. 

Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju?
Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju? Picture kredit to MD-Health.com

"Tapi, selepas ambik ubat tiroid, jantung saya dah tak laju..."

Boleh jugak berlaku camni sebab,  hormon tiroid jadi stabil selepas beberapa lama ambik ubat tiroid.  Bila hormon tiroid stabil, takdelah masalah jantung laju.

"Tapi..."

Ehh, berapa banyak tapi daaaa. Lain kali pulak kita cerita. Hihi. 

Kredit Kpah (grup facebook Tiroid Dan Anda Ori).

25 August 2023

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

August 25, 2023 1
Botol plastik terpakai ni kalau kreatif macam macam kraftangan leh jadi kan? Kraf yang paling selalu orang buat adalah bekas, tak kiralah bekas letak bunga ke, letak alat tulis ke, letak sudu ke, ehh macam-macam lagilah. Tapi kali ni cikla nak tunjuk idea dari botol terpakai pada cikla sangat cantik. Jom tengok. 

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.


Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.
Idea botol plastik untuk bekas bunga yang cantik.

So, lepas ni kot takde aktiviti nak buat masa lapang tu boleh buat hobu baru ni kan? Sekeliling rumah pun ceria je. 

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.

August 25, 2023 0
Cikla bukanlah peminat tegar ais krim lagi-lagi dah masuk usia remaja purba ni. Tapi sekali sekala layan jugaklah, buat raso raso kata budak sekarang. Haha. Kebetulan tadi bawak Aaira pergi kedai, saja intai-intai peti ais krim. Ehh, Magnum ada ais krim perisa barulah. Ke lama dah keluar, cikla je sokmo tertinggal keretapi. Hihi. 

Matcha Crumble, tengok packaging macam menarik. Dulu kan ingat matcha dengan green tea ni sama, rupanya lain. Walaupun mula asal kejadian dia sama dari daun teh, tapi rupa paras dia lain. Ada 5 benda yang membezakan green tea dengan matcha ni iaitu tekstur, warna, rasa, proses dan kandungan nutrisi. Kalau korang nak tau detail pasal ni, korang boleh klik link SINI kat bawah sekali tu. 

Berbalik kepada ais krim ni tadi, ais krim rasanya tengah in sekarang. Iyelah, benda baru kan, mesti ramai yang nak cuba. So, cikla pun tak ketinggalanlah jugak nak try. Benda dah ada depan mata, kita ngappp ajerlah. Hihi.

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.
Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba. 

Cikla beli aiskrim ni dengan harga RM5.50. Cikla tak pasti ni fix price sebab macam ada nampak harga dia around RM5.30- RM6.90 camtu. Not for surelah. Bungkusan warna hijau, sesuailah dengan warna matcha tu hijau kan. Macam biasa, ais krim ni of courselah disaluti dengan Belgian Chocolate. Tu yang membuatkan ia lebih eksklusif dan mewah gitu. Sekali-sekala feeling macam orang ado-ado pulak kan. 

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.
Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba. 

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.
Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba. 

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.
Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba. 

Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba.
Aiskrim Magnum Matcha Crumble baru, korang patut cuba. 

Perghhh, rupa dia macam rasa tak sabar nak gigit kan. Bila gigir crumble ni, rasa macam best je krupp krappp krupp rangup rasa coklat. Isi aiskrim tentunya rasa macha rasa smooth and soft je, lembut dan cair kat mulut. Rasa mtacha dia okey la, takdelah strong sangat kira tengah-tengah, tapi yang buat rasa nak gigit dan gigit lagi tu bila kita makan sekali dengan Belgian Chocolate tu. Penuh je mulut dengan rasa pekat coklat tu. Level kayangan tu. Haha.

Senang cerita, bagi cikla rasa dia okeylah ngam dengan tekak. Tapi yang pasti dinasihatkan jangan share dengan orang sebab nanti confirm tak puas makan. Haha. Cikla bagi 4.9/5 bintang. Korang yang belum cuba, pergi lekas cari. Dengar-dengar limited jugak kedai yang jual ais krim ni. 

Kredit info SINI 

24 August 2023

Tip kesihatan yang mungkin berguna untuk kita.

August 24, 2023 1
1. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ j‌a‌n‌t‌u‌n‌g‌, kurangkan penggunaan garam.

2. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ h‌a‌t‌i‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌a‌n‌ b‌e‌r‌l‌e‌m‌a‌k‌.

3. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ p‌e‌r‌u‌t‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌a‌n‌ sejuk.

4. J‌i‌k‌a‌ an‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ u‌s‌u‌s‌, tukarkan makanan segera d‌e‌n‌g‌a‌n‌ s‌a‌y‌u‌r‌a‌n‌.


5. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ p‌a‌n‌k‌r‌e‌a‌s‌, elakkan m‌a‌k‌a‌n‌ hingga k‌e‌n‌y‌a‌n‌g‌.

6. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ gi‌n‌j‌a‌l‌, m‌i‌n‌u‌m‌l‌a‌h‌ b‌a‌n‌y‌a‌k‌ a‌i‌r‌ d‌i‌ s‌i‌a‌n‌g‌ h‌a‌r‌i‌, m‌i‌n‌u‌m‌ l‌e‌b‌i‌h‌ s‌e‌d‌i‌k‌i‌t‌ a‌i‌r‌ d‌i‌ waktu m‌a‌l‌a‌m‌,  k‌o‌s‌o‌n‌g‌k‌a‌n‌ pundi kencing a‌n‌d‌a‌ s‌e‌b‌e‌l‌u‌m‌ t‌i‌d‌u‌r‌.

7. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ ot‌a‌k‌,  t‌i‌d‌u‌r‌l‌a‌h‌ s‌e‌l‌a‌m‌a‌ l‌a‌p‌a‌n‌ j‌a‌m‌ sehari.

8. J‌i‌k‌a‌ a‌n‌d‌a‌ m‌e‌r‌a‌w‌a‌t‌ j‌i‌w‌a‌,  m‌i‌l‌i‌k‌i‌ h‌u‌b‌u‌n‌g‌a‌n‌ y‌a‌n‌g‌ Iin‌t‌i‌m‌ d‌e‌n‌g‌a‌n‌ S‌a‌n‌g‌ P‌e‌n‌c‌i‌p‌t‌a‌,  A‌l‌l‌a‌h‌ Y‌a‌n‌g‌ M‌a‌h‌a‌ K‌u‌a‌s‌a‌.

S‌e‌m‌o‌g‌a‌ be‌r‌m‌a‌n‌f‌a‌a‌t‌.

Kredit penulis asal.

10 yang aku takut.

August 24, 2023 2
1. Yang aku takut, hatiku semakin mengeras dan susah menerima nasihat, namun sangat pandai menasihati.

2. Yang aku takut, aku selalu merasa paling betul, sampai merendahkan orang lain.

3. Yang aku takut, egoku terlalu tinggi sampai aku merasa akulah yang paling baik di antara yang lain.

4. Yang aku takut, aku lupa bercermin, namun sibuk berprasangka buruk kepada orang lain.

5. Yang aku takut, ilmuku akan membuat aku menjadi sombong memandang yang berbeza denganku.


6. Yang aku takut, lidahku makin lincah membicarakan aib saudaraku, namun lupa dengan aibku yang menggunung.

7. Yang aku takut, aku hanya hebat dalam berkata, namun buruk dalam bertindak. 

8. Yang aku takut, aku hanya pandai dalam berdakwah, namun susah untuk mentaati.

9. Yang aku takut, aku hanya pandai dalam mengkritik, namun lemah dalam memperbetulkan diri sendiri.

10. Yang aku takut, aku membenci dosa orang lain. Namun saat aku sendiri buat dosa, aku tak pun membencinya 

Allahu. 

23 August 2023

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

August 23, 2023 2
Dulu rumah arwah pak mentua cikla ni memang ada beberapa batang pokok cempedak. Tapi sekarang ni tinggal sepokok je, tapi bila berbuah memang lebat la. Kiranya puaslah makan buahnya sampai jemu-jemu, sampai tak tau dah nak buat apa. 

Sekarang ni tengah musim pokok cempedak yang sebatang ni berbuah. Memang banyaklah. Yang gugur, gugurlah. Mana yang elok bolehlah dimakan. Yang dah elok, dimakan ulat. 

Kelmarin baru je makan cempedak goreng, kali ni buat bubur pulaklah. Tapi bukanlah isi cempedak semata, cikla campur dengan jagung dengan sagu jugak. Konon-konon nak nampak meriah. Barulah selera nak makan kan. 

Resepi bubur ni sama je kot dengan bubur yang lain. Basic sama. Tapi takpelah. Cikla share jugak cara cikla. Hihi. Jom tengok bahannya dulu. 

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Bahan-bahan : 

Isi cempedak. 
Jagung dalam tin.
Sagu biji. 
Gula.
Sedikit garam.
Santan kotak. 
Air secukupnya. 

Cara : 

Masak air dalam periuk yang sesuai. Bila mendidih masukkan jagung, rebus sampai empuk. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau suka manis, lebihkan gula. Kalau suka manis-manis buah, kurangkanlah. Ikut selera memasing. Biarkan gula larut dan mendidih. 

Selepas itu, masukkan santan dan biarkan santan mendidih. Perlahan api. Last, masukkan isi cempedak dan sagu biji. Biarkan sekejap sampai kuah santan masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Ehh, termasuk pulak biji dia, hahaha. Rasa? Sedap jugaklah. Cumanya, kuah dia cam terlebih manis sikit sebab manis isi cempedak tu turun ke kuah. Tapi okeylah boleh telan. Apa yang penting, anak-anak suka. Alhamdullilah. 

Okey la, selamat mencuba. 

Bila ditegur, berlapang dadalah.

August 23, 2023 0
Tak dinafikan memang ada yang melenting bila ditegur. Tapi cubalah berlapang dada. 

Yang menegur pun kena check balik cara teguran tu. 

Kadang kala niat dah betul dah, tapi tak kena cara pulak. 

Peringatan untuk diri sndiri jugak. 

21 August 2023

Kenapa perlu baca Al-Quran?

August 21, 2023 2
Sebagai umat islam, kita patut tahu yang Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Ia mengandungi 114 surah dan merupakan manual kehidupan serta kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9). 

Istimewanya Al-Quran adalah ia merupakan hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan kehidupan manusia, termasuklah memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan sebagaimana Allah menugaskan Nabi SAW memberi keterangan lengkap dasar berkenaan melalui firmanNya bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.” (Surah an-Nahl, ayat 44). 

Jadi, mempelajari Al-Quran adalah satu kewajipan dan ia bukan setakat mempelajari cara membaca dan hukum tajwid, malah mempelajari dan menerangkan isi Al-Quran kepada orang ramai suatu kewajipan juga. Ringkasnya penurunan Al-Quran atau dalam bahasa arabnya, nuzul, berlaku dalam beberapa peringkat masa beransur-ansur selama 23 tahun lamanya.

Kenapa perlu baca Al-Quran?
Kenapa perlu baca Al-Quran? Kredit Google.

Untuk pengetahuan korang, ada banyak sebab kenapa kita perlu baca Al-Quran selalu dirumah, nak-nak pula sekarang dah akhir zaman, lagilah sebab ini jadi SANGAT PERLU.

1- Rumah takde aura. 

Perasan tak, ada rumah yang kita tengok macam hilang seri dia. Bukan sebab hiasan dia tak cantik, bukan sebab rumah tu tak cantik. Tapi sebab hilangnya seri sebab tiadanya aura. Nampak macam tiada penghuni. Orang pun tak perasan rumah tu ada. Rumah orang yang selalu baca Al-Quran akan nampak berbeza, walaupun rumah mereka kecik atau sederhana tapi orang suka datang rumah tu.

2- Positifkan gelombang.

Selalu marah-marah kat anak-anak. Lepas tu jerit sana, jerit sini. Lepas tu banyak pula sumpah seranah, membawang tanpa henti tanda banyaknya gelombang negatif. Bacalah Al-Quran setiap hari dan perlahan-lahan gelombang dari bacaan tersebut akan positifkan gelombang yang negatif.

3- Rahmat dan keberkatan.

Malaikat rahmat sentiasa mencari penghuni rumah yang membaca Al-Quran untuk diberikan pahala, kebaikan, rahmat dan keberkatan di atas ayat-ayat suci yang dibacanya. Tanda rahmat dan keberkatan wujud bila kehidupan anda rasa lebih aman, tenang dan rezeki berlipat ganda dikurniakan Allah.

4- Menghalau syaitan dan sihir.

Ramai yang tak tahu bahawa syaitan dan jin tak akan duduk di dalam rumah orang yang selalu baca Al-Quran. Sebagai contoh orang yang baca surah Al Baqarah, syaitan dan jin akan bertangguh untuk masuk dalam rumah mereka. Jadi, bayangkan kalau kita membaca Al-Quran setiap hari.

5- Mengubat hati orang yang membaca dan seisi rumah.

Keajaiban Al-Quran, boleh mengubat hati dan mengubah karektor dalaman diri kita. Semakin banyak kita membaca Al-Quran, perwatakan kita akan semakin baik. Emosi lebih stabil. Bahkan ia juga akan mengubahkan perwatakan orang yang mendengar bacaan tersebut juga. Sebab itu rumah orang yang baca Al-Quran mereka nampak lebih tenang berbanding orang yang tak baca.

6- Kemuliaan kepada pembacanya. 

Ada banyak hadis yang menceritakan perihal kemuliaan ini. Antaranya orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa didampingi malaikat rahmat dan orang yang membaca Al-Quran merangkak-rangkak pun diberikan pahala pada setiap huruf yang dibacanya. Dan Allah angkat darjat pada orang yang baca Al-Quran sentiasa.

7- Syafaat di hari kiamat.

Al-Quran adalah kalam Allah dan satu-satunya mukjizat yang masih ada. Orang yang membacanya, Allah jadikan Al-Quran tadi menjadi saksi bahawa orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan diberikan syafaat di akhirat. Takde yang lebih besar dari mendapat syafaat di waktu manusia semua dihisab.

Rugilah jika waktu yang singkat ini kita tak manfaatkan masa untuk membaca Al-Quran. Moga bermanfaat buat kita semua. InshaAllah.

Kredit Sahabat Pecinta Al-Quran dan Hmetro.