Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI?

Sebenarnya, persoalan sebegini tentang rawatan Radioiodin atau RAI yang belum pernah ditanya. Dalam begitu ramai rakan facebook Tiroid dan Anda Ori atau TDA, hanya dua org saja yang yakin untuk bertanya tentang hal ini.

Sebagai salah seorang admin grup TDA, bagi cikla memang soalan diluar kotak sungguh.  Bukan apa, sepanjang 3 kali dah buat RAI memang tak pernah terfikir langsung pasal ni. Apa yang cikla tau, doktor kata tak boleh mengandung dalam tempoh 6 bulan lepas buat RAI. Takde la pulak doktor kata tak boleh berhubungan suami isteri.

Bagi sahabat cikla yang senasib dengan cikla atau pernah membuat rawatan RAI dan dah berkahwin, tak kira hyper ke kanser, jom baca info menarik dan cikla kira ilmu berguna gak ni. 

Ada 3 persoalan;

1- Berapa lama selepas RAI hubungan suami isteri boleh dimulakan?

Kuarantin RAI selama 8 hari. Hanya dalam tempoh 8 hari itu sahaja yang tidak boleh ada body contact. Selepas 8 hari, radiasi dalam badan dah lemah. Hubungan suami isteri boleh dimulakan bila-bila masa selepas habis kuarantin. Akan tetapi, mesti diingat, boleh 'buat' tapi jangan sampai termengandung anak radiasi. 

2- Betul ke tak boleh ada hubungan suami isteri selagi masih kena ambil RAI?

Isteri yang ambil RAI dan tak mahu ada hubungan kelamin sebab takut termengandung. Masalah timbul apabila RAI kanser kena ambik setiap 6 bulan. Tak kan selama 6 bulan dan lagi 6 bulan dan 6 bulan lagi dan lagi. Tak ada berlaku hubungan kelamin? 

Jika takut termengandung, silalah  guna kaedah perancang keluarga yang paling efektif. Apa yang diberitahu oleh doktor ialah tak boleh mengandung selagi kena ambil RAI. Bukannya tak boleh melakukan hubungan suami isteri. Hurmmm, faham ke tu?  

Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI?
Apa kaitan hubungan suami isteri dengan rawatan radioiodin, RAI? Kredit Google. 

3- Boleh ke radiasi keluar melalui 'angry bird' semasa hubungan suami isteri?

Suami yang ambil RAI tapi isteri yang tidak mahu berhubungan suami isteri sebab takut radiasi masuk dalam badan melalui 'angry bird'. Perempuan memang suka cipta masalah kan? Pasal apalah benda yang mudah dijadikan susah! Adehh. 

Radiasi selepas RAI akan lemah pada hari ke 8. Kalau termengandung pun, tak ada kena mengena dgn radiasi sebab yang ambik RAI ialah suami. Dan hubungan berlaku selepas selesai kuarantin dan radiasi dah lemah. Sebaiknya tunggu 6 bulan jugak la sebelum nak mengandung.

Kepada korang yang alami masalah menolak hubungan suami isteri/dingin, tak kiralah ambil RAI atau tak, mungkin korang sedang dalam frasa menopause. Tak kiralah yang belum masuk usia 40 tahun pun. Tapi yang dah meniti usia menopause tu, hurmmm pandai-pandailah. Hihi. 

Ehh, korang yang masalah tiroid dah join ke grup support Tiroid dan Anda Ori ke? Kalau belum jom join. Taip je nama tu kat bahagian search facebook korang. 

Moga bermanfaat. 

Kredit Kak Pah (tuan tanah grup Tiroid dan Anda Ori)

1 comment:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews