Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Dulu rumah arwah pak mentua cikla ni memang ada beberapa batang pokok cempedak. Tapi sekarang ni tinggal sepokok je, tapi bila berbuah memang lebat la. Kiranya puaslah makan buahnya sampai jemu-jemu, sampai tak tau dah nak buat apa. 

Sekarang ni tengah musim pokok cempedak yang sebatang ni berbuah. Memang banyaklah. Yang gugur, gugurlah. Mana yang elok bolehlah dimakan. Yang dah elok, dimakan ulat. 

Kelmarin baru je makan cempedak goreng, kali ni buat bubur pulaklah. Tapi bukanlah isi cempedak semata, cikla campur dengan jagung dengan sagu jugak. Konon-konon nak nampak meriah. Barulah selera nak makan kan. 

Resepi bubur ni sama je kot dengan bubur yang lain. Basic sama. Tapi takpelah. Cikla share jugak cara cikla. Hihi. Jom tengok bahannya dulu. 

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Bahan-bahan : 

Isi cempedak. 
Jagung dalam tin.
Sagu biji. 
Gula.
Sedikit garam.
Santan kotak. 
Air secukupnya. 

Cara : 

Masak air dalam periuk yang sesuai. Bila mendidih masukkan jagung, rebus sampai empuk. Kemudian, masukkan gula dan garam secukup rasa. Kalau suka manis, lebihkan gula. Kalau suka manis-manis buah, kurangkanlah. Ikut selera memasing. Biarkan gula larut dan mendidih. 

Selepas itu, masukkan santan dan biarkan santan mendidih. Perlahan api. Last, masukkan isi cempedak dan sagu biji. Biarkan sekejap sampai kuah santan masak, tutup api dan bolehlah dihidangkan. 

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Bubur cempedak, korang pernah makan tak?
Bubur cempedak, korang pernah makan tak?

Ehh, termasuk pulak biji dia, hahaha. Rasa? Sedap jugaklah. Cumanya, kuah dia cam terlebih manis sikit sebab manis isi cempedak tu turun ke kuah. Tapi okeylah boleh telan. Apa yang penting, anak-anak suka. Alhamdullilah. 

Okey la, selamat mencuba. 

2 comments:

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews