Biskut tiramisu.

Siapa rajin bolehlah cuba resepi ni. Budak-budak mesti sukalah ni kan. Cikla simpan sini dulu, nanti bila-bila rajin boleh try test. Hihi.

Biskut tiramisu.
Biskut tiramisu. 

Bahan-bahan:

1 peket biskut cream creakers.
1 tin susu cair.
1/2 tin susu pekat. Boleh kurangkan kalau tak suka manis.
4 sudu makan tepung kastard.
1 cawan air.
Secubit garam.
Serbuk milo.

Cara-cara:

1. Satukan susu cair, susu pekat, tepung kastard, air dan garam ke dalam periuk yang sesuai.
2. Buka api perlahan dan kacau sampai aduan jadi likat. Pastu, tutup api.
3. Susun biskut dalam bekas atau loyang.
4. Sapukan adunan kastard sehingga menutupi lapisan biskut dan ratakan kemudian taburkan serbuk milo. Ulangi langkah sampai biskut habis. 
5. Lapisan atas sekali lapiskan dengan adunan kastard dan lebihkan milo.
6. Simpan biskut tiramisu dalam peti sejuk selama 2-3 jam.

Selamat mencuba. 

Kredit resepi dan gambar kepada owner. Thank you very much. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (446) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews