Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju?

By Cikla Shahril - August 26, 2023

"Doktor tak beri pun ubat tiroid, walaupun jantung saya laju..."

Carbimazole.
Camazol.
Thymazole.
Methmazole.

Ialah antara nama ubat untuk hypertiroid. Kalau korang takde masalah hypertiroid, tak akan dapat ubat untuk hypertiroid. Makan ubat hypertiroid, untuk stabilkan hormon tiroid saja. Bukan untuk stabilkan rentak jantung. 

Propranolol (warna pink) ialah antara nama ubat untuk jantung laju. Boleh stabilkan rentak jantung. Ambil setiap hari seperti yang diarahkan dan juga ambil jika perlu bila rentak jantung dah ok. 

Walaupun hormon tiroid normal, kena beritahu doktor kalau ada masalah berdebar atau jantung laju. Ia mungkin disebabkan oleh masalah lain. Mungkin darah tinggi, mungkin kena jangkitan kuman, demam, anxiety, panic attack atau jantung tu sendiri yang bermasalah.

Sebelum tu, periksa nadi dulu. 80-100/min, ia masih normal. Boleh buat teknik pernafasan terlebih dahulu (teknik deep breathing), iaitu menarik nafas dengan dalam sehingga kembang paru-parunya (melihat dada ke hadapan) tahan 3 saat dan hembus menggunakan mulut. Ulang sehingga tenang. Jangan lupa minum air sebab tekak akan berasa kering. Namun, kalau denyutan nadi 120-130 > / min,  silalah segera ke kecemasan hospital yang berdekatan. 

Jadinya. ubat tiroid bukan untuk berdebar atau jantung laju. 

Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju?
Tak dapat ubat tiroid walaupun jantung laju? Picture kredit to MD-Health.com

"Tapi, selepas ambik ubat tiroid, jantung saya dah tak laju..."

Boleh jugak berlaku camni sebab,  hormon tiroid jadi stabil selepas beberapa lama ambik ubat tiroid.  Bila hormon tiroid stabil, takdelah masalah jantung laju.

"Tapi..."

Ehh, berapa banyak tapi daaaa. Lain kali pulak kita cerita. Hihi. 

Kredit Kpah (grup facebook Tiroid Dan Anda Ori).

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Hai, Terima Kasih artikelnya bagus sekali. BTW Salam sesama blogger saya pingin berteman dengan awak :)

    ReplyDelete