21 August 2023

Kenapa perlu baca Al-Quran?

Sebagai umat islam, kita patut tahu yang Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW. Ia mengandungi 114 surah dan merupakan manual kehidupan serta kitab petunjuk ke jalan yang sebaik-baiknya sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: “Sesungguhnya al-Quran ini memberikan petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberikan berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.” (Surah al-Isra, ayat 9). 

Istimewanya Al-Quran adalah ia merupakan hidayah dan petunjuk dalam pelbagai persoalan kehidupan manusia, termasuklah memberi panduan mengenai dasar asasi dan utama persoalan dalam setiap bidang kehidupan sebagaimana Allah menugaskan Nabi SAW memberi keterangan lengkap dasar berkenaan melalui firmanNya bermaksud: “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) al-Quran yang memberi peringatan agar kamu menerangkan kepada manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkannya.” (Surah an-Nahl, ayat 44). 

Jadi, mempelajari Al-Quran adalah satu kewajipan dan ia bukan setakat mempelajari cara membaca dan hukum tajwid, malah mempelajari dan menerangkan isi Al-Quran kepada orang ramai suatu kewajipan juga. Ringkasnya penurunan Al-Quran atau dalam bahasa arabnya, nuzul, berlaku dalam beberapa peringkat masa beransur-ansur selama 23 tahun lamanya.

Kenapa perlu baca Al-Quran?
Kenapa perlu baca Al-Quran? Kredit Google.

Untuk pengetahuan korang, ada banyak sebab kenapa kita perlu baca Al-Quran selalu dirumah, nak-nak pula sekarang dah akhir zaman, lagilah sebab ini jadi SANGAT PERLU.

1- Rumah takde aura. 

Perasan tak, ada rumah yang kita tengok macam hilang seri dia. Bukan sebab hiasan dia tak cantik, bukan sebab rumah tu tak cantik. Tapi sebab hilangnya seri sebab tiadanya aura. Nampak macam tiada penghuni. Orang pun tak perasan rumah tu ada. Rumah orang yang selalu baca Al-Quran akan nampak berbeza, walaupun rumah mereka kecik atau sederhana tapi orang suka datang rumah tu.

2- Positifkan gelombang.

Selalu marah-marah kat anak-anak. Lepas tu jerit sana, jerit sini. Lepas tu banyak pula sumpah seranah, membawang tanpa henti tanda banyaknya gelombang negatif. Bacalah Al-Quran setiap hari dan perlahan-lahan gelombang dari bacaan tersebut akan positifkan gelombang yang negatif.

3- Rahmat dan keberkatan.

Malaikat rahmat sentiasa mencari penghuni rumah yang membaca Al-Quran untuk diberikan pahala, kebaikan, rahmat dan keberkatan di atas ayat-ayat suci yang dibacanya. Tanda rahmat dan keberkatan wujud bila kehidupan anda rasa lebih aman, tenang dan rezeki berlipat ganda dikurniakan Allah.

4- Menghalau syaitan dan sihir.

Ramai yang tak tahu bahawa syaitan dan jin tak akan duduk di dalam rumah orang yang selalu baca Al-Quran. Sebagai contoh orang yang baca surah Al Baqarah, syaitan dan jin akan bertangguh untuk masuk dalam rumah mereka. Jadi, bayangkan kalau kita membaca Al-Quran setiap hari.

5- Mengubat hati orang yang membaca dan seisi rumah.

Keajaiban Al-Quran, boleh mengubat hati dan mengubah karektor dalaman diri kita. Semakin banyak kita membaca Al-Quran, perwatakan kita akan semakin baik. Emosi lebih stabil. Bahkan ia juga akan mengubahkan perwatakan orang yang mendengar bacaan tersebut juga. Sebab itu rumah orang yang baca Al-Quran mereka nampak lebih tenang berbanding orang yang tak baca.

6- Kemuliaan kepada pembacanya. 

Ada banyak hadis yang menceritakan perihal kemuliaan ini. Antaranya orang yang membaca Al-Quran akan sentiasa didampingi malaikat rahmat dan orang yang membaca Al-Quran merangkak-rangkak pun diberikan pahala pada setiap huruf yang dibacanya. Dan Allah angkat darjat pada orang yang baca Al-Quran sentiasa.

7- Syafaat di hari kiamat.

Al-Quran adalah kalam Allah dan satu-satunya mukjizat yang masih ada. Orang yang membacanya, Allah jadikan Al-Quran tadi menjadi saksi bahawa orang yang sentiasa membaca Al-Quran akan diberikan syafaat di akhirat. Takde yang lebih besar dari mendapat syafaat di waktu manusia semua dihisab.

Rugilah jika waktu yang singkat ini kita tak manfaatkan masa untuk membaca Al-Quran. Moga bermanfaat buat kita semua. InshaAllah.

Kredit Sahabat Pecinta Al-Quran dan Hmetro.

2 comments: