Cikla bukanlah peminat tegar ais krim lagi-lagi dah masuk usia remaja purba ni. Tapi sekali sekala layan jugaklah, buat raso raso kata budak sekarang. Haha. Kebetulan tadi bawak Aaira pergi kedai, saja intai-intai peti ais krim. Ehh, Magnum ada ais krim perisa barulah. Ke lama dah keluar, cikla je sokmo tertinggal keretapi. Hihi.
Matcha Crumble, tengok packaging macam menarik. Dulu kan ingat matcha dengan green tea ni sama, rupanya lain. Walaupun mula asal kejadian dia sama dari daun teh, tapi rupa paras dia lain. Ada 5 benda yang membezakan green tea dengan matcha ni iaitu tekstur, warna, rasa, proses dan kandungan nutrisi. Kalau korang nak tau detail pasal ni, korang boleh klik link SINI kat bawah sekali tu.
Berbalik kepada ais krim ni tadi, ais krim rasanya tengah in sekarang. Iyelah, benda baru kan, mesti ramai yang nak cuba. So, cikla pun tak ketinggalanlah jugak nak try. Benda dah ada depan mata, kita ngappp ajerlah. Hihi.
Cikla beli aiskrim ni dengan harga RM5.50. Cikla tak pasti ni fix price sebab macam ada nampak harga dia around RM5.30- RM6.90 camtu. Not for surelah. Bungkusan warna hijau, sesuailah dengan warna matcha tu hijau kan. Macam biasa, ais krim ni of courselah disaluti dengan Belgian Chocolate. Tu yang membuatkan ia lebih eksklusif dan mewah gitu. Sekali-sekala feeling macam orang ado-ado pulak kan.
Perghhh, rupa dia macam rasa tak sabar nak gigit kan. Bila gigir crumble ni, rasa macam best je krupp krappp krupp rangup rasa coklat. Isi aiskrim tentunya rasa macha rasa smooth and soft je, lembut dan cair kat mulut. Rasa mtacha dia okey la, takdelah strong sangat kira tengah-tengah, tapi yang buat rasa nak gigit dan gigit lagi tu bila kita makan sekali dengan Belgian Chocolate tu. Penuh je mulut dengan rasa pekat coklat tu. Level kayangan tu. Haha.
Senang cerita, bagi cikla rasa dia okeylah ngam dengan tekak. Tapi yang pasti dinasihatkan jangan share dengan orang sebab nanti confirm tak puas makan. Haha. Cikla bagi 4.9/5 bintang. Korang yang belum cuba, pergi lekas cari. Dengar-dengar limited jugak kedai yang jual ais krim ni.
Kredit info SINI
No comments:
Post a Comment