"Luahan Rasa Tanpa Suara"

25 July 2024

Rezeki seorang wanita!

July 25, 2024 0
Wanita bila berkahwin awal usia, rezekinya berbakti kepada anak dan suami. Allah sediakan ganjaran yang tinggi.

Wanita yang jodohnya lambat, rezekinya menjaga kedua ibu bapa, dipermudahkan urusan ibadahnya tanpa anak kecil.

Wanita berkahwin tapi lambat dapat anak rezekinya Allah bagi masa panjang untuk berkongsi cinta dengan suaminya.

Rezeki seorang wanita!
Gambar sekadar hiasan. 

Wanita berkahwin dapat anak ramai Allah bagi rezekinya melalui rezeki anak-anaknya.

Jangan kita pandang rendah pada setiap rezeki yang Allah bagi sebab hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita.

Bersyukurlah kerana ia boleh menjadikan kita bahagia. 

Empat perkara!

July 25, 2024 0
Empat perkara!
Gambar sekadar hiasan.

Baginda Rasulullah SAW bersabda : 

"Ada 4 (empat) perkara, yang barangsiapa memilikinya, maka Allah SWT  akan membangunkan untuknya rumah di Syurga dan ia dalam naungan cahaya Allah Yang Maha Agung.

Keempat perkara tersebut adalah :

1. Apabila pegangannya adalah La Ilaha Illallah.

2. Jika memperoleh kebaikan, maka ia mengucapkan Alhamdulillah.

3. Apabila berbuat salah atau dosa, maka ia mengucapkan Astaghfirullah.

4. Apabila ia ditimpa musibah, maka ia berkata Innalillahi wa Inna Ilaihi Raji'un'.

[ HR. Ad-Dailami ]

24 July 2024

Hormon tiroid.

July 24, 2024 0
Hormon tiroid adalah hormon yang dihasilkan oleh kelenjar tiroid dan memainkan peranan penting dalam mengawal metabolisme, pertumbuhan dan perkembangan badan manusia. Hormon utama yang dihasilkan ialah Thyroxine (T4) dan Triiodothyronine (T3).  

Tugas hormon tiroid ialah mengawal suhu badan, mengawal cara badan menggunakan tenaga, mempengaruhi kadar denyutan jantung, pencernaan, fungsi otot, perkembangan otak dan maintenance tulang. Gangguan seperti hipotiroidism iaitu paras hormon rendah atau hipertiroidisme iaitu paras hormon yang berlebihan boleh memberi kesan yang ketara kepada kesihatan dan memerlukan perhatian perubatan.

Hormon tiroid.
Hormon tiroid. Image kredit fineart America

Panduan untuk membaca result darah TFT:

  • HYPERTIROID : TSH jadi lebih RENDAH manakala T4 jadi lebih TINGGI atau NORMAL berbanding range normal.
  • HYPOTIROID : TSH menjadi lebih TINGGI manakala T4 lebih rendah daripada range normal.
*TSH adalah thyroid-stimulating hormone yang dihasilkan oleh kelenjar pituitari.

Kredit : Group Facebook Tiroid dan Anda Ori.

Kenapa kiraan sel darah putih tinggi?

July 24, 2024 0
Jika kiraan sel darah putih (WBC) (white blood cell) kita lebih tinggi daripada biasa, ia biasanya menunjukkan bahawa badan kita sedang melawan jangkitan, keradangan atau beberapa keadaan lain. Berikut ialah beberapa sebab biasa untuk kiraan WBC yang tinggi: 

Kenapa kiraan sel darah putih tinggi?
Kenapa kiraan sel darah putih tinggi? Kredit gambar idntimes.com

1. Jangkitan: Jangkitan bakteria, virus, kulat atau parasit boleh menyebabkan peningkatan sel darah putih.

2. Radang: Keadaan seperti rheumatoid arthritis atau penyakit radang usus boleh menyebabkan peningkatan jumlah WBC.

3. Gangguan Sistem Imun: Penyakit autoimun seperti lupus boleh membawa kepada tahap WBC yang lebih tinggi.

4. Penyakit Sumsum Tulang: Leukemia dan kanser lain yang menjejaskan sumsum tulang boleh mengakibatkan kiraan WBC yang tinggi.

5. Tekanan / Stress: Tekanan fizikal atau emosi boleh meningkatkan tahap WBC buat sementara waktu.

6. Ubat: Ubat tertentu seperti corticosteroids boleh meningkatkan kiraan WBC.

7. Tindak Balas Alahan: Alahan boleh mencetuskan peningkatan sel darah putih.

8. Merokok: Merokok boleh membawa kepada kiraan WBC yang lebih tinggi.

Kiraan WBC yang tinggi selalunya merupakan tanda bahawa badan bertindak balas terhadap rangsangan. Adalah penting untuk berunding dengan doktor yang merawat untuk menentukan punca sel darah putih tinggi lebih dari biasa dan rawatan yang sesuai jika perlu.

Kredit : Group Facebook Tiorid dan Anda Ori.

23 July 2024

Hormon tiroid normal, tapi jantung laju?

July 23, 2024 2
Pesakit yang mempunyai HORMON TIROID NORMAL tapi ADA BENGKAK boleh ada simptom gangguan tiroid. Salah satu nya masalah JANTUNG LAJU. Tapi kenapa doktor TAK BAGI UBAT PROPANOL?

Sebabnya ini ya.

Propranolol ni ubat terkawal. Hanya boleh diberi bila rentak jantung tu melebihi 100/min. Jantung laju bukan kejap ye, tapi lama.

Jantung laju jugak boleh jadi disebabkan triggered untuk anxiety dan panic attack. Tak semestinya hormon tiroid saja.

Hormon tiroid normal, tapi jantung laju?
Hormon tiroid normal, tapi jantung laju? Kredit Gambar Public Health Malaysia

Jantung laju berlaku jika hormon tiroid tinggi. Kalau normal, jantung laju tak berlaku disebabkan hypertiroid tapi disebabkan hal lain. Seperti yang disebutkan kat atas itulah, anxiety atau panic attack.

Pengambilan sumber iodine berlebihan pun boleh menyebabkan jantung laju jugak walaupun hormon tiroid normal.

Mereka yang hypotiroid (jantung slow stabil) pun boleh dapat jantung laju. Saya pun pernah kena camni.

So, doktor lebih tau kenapa dia tak bagi propanolol kat pesakit. Waallahualam.

Kredit grup fb Tiroid dan anda Ori.

21 July 2024

Wordless 1 : Siapa faham maksud gambar ni?

July 21, 2024 2

Wordless 1 : Siapa faham maksud gambar ni?
Wordless 1 : Siapa faham maksud gambar ni? 

Sebelum masuk usia 40. Korang mesti baca ni.

July 21, 2024 8
Mereka yang berusia 36 tahun nak ke usia 40 tahun ini, memang Allah uji kesabaran Tahap 6 lah. Kaw kaw punya!

Usia 36, 37 dan 38 tu memang kemuncaklah senang cerita. Tak kira lelaki atau perempuan. Cuba kalian tengok sendiri rakan sekerja yang dalam lingkungan usia 36, 37, 38 dan 39 tahun. Tak pun cuba kalian semak diri sendiri.

Diusia itulah juga penentu bagaimana sikap kalian nanti apabila mencecah usia 40 tahun!

Pang!

Masa usia 36, 37, 38 dan 39 tahunlah ujian bertalu-talu.

Kesihatan.
Keluarga.
Sahabat.
Kerjaya.
Ibubapa.
Adik-beradik.
Kebendaan.

Sampai kalian akan rasa macam tak cukup tanah nak berlari.

You have to face it!

Masa inilah ada yang rumahtangga goyang.
Masa inilah ada rumahtangga yang gagal.
Masa inilah ada yang hilang kerjaya.
Masa inilah ada yang mula sakit-sakit.
Masa inilah ada yang dikhianati sahabat sendiri.
Masa inilah ada yang berada dalam dilema macam-macam hal.
Masa inilah diuji dengan masalah kewangan.
Masa inilah anak-anak membesar dan banyak akal.

Ya! Usia 36 tahun sehingga usia 39 tahun ini adalah usia kemuncak ujian Allah paling dahsyat!

Menguji keimanan.
Menguji kesabaran.
Melatih diri dengan reda dan ikhlas.
Mendidik hati belajar memaafkan dan melupakan.
Mengajar diri menjadi lebih beriman.

Kenapa? Kenapa semua ini berlaku?

Tak lain tak bukan, jawapannya adalah ALLAH SAYANG!

DIA jemput kita perlahan-lahan untuk meniti usia 40 dengan tenang. Bersedia untuk masuk ke alam lebih dewasa. Meninggalkan usia fasa muda yang lalu.

DIA nak kita sujud dan istighfar kepadaNya atas silap dan kealpaan yang lalu. 30 tahun hidup di dunia. Apa yang kita sudah buat?

Sebelum masuk usia 40. Korang mesti baca ni.
Gambar sekadar hiasan. 

Masuk sahaja usia 40 tahun, ALL IS NEW!

Hati lebih sabar.
Hati lebih tenang.
Hati lebih ikhlas.
Hati lebih tawaduk.

Hidup lebih bahagia.
Hidup lebih sempurna.
Hidup lebih nampak arah tujunya.
Hidup lebih mensyukuri nikmat dan reda dengan kekurangan.

Kerana Allah sayang, dia jentik dengan ujian sebagai teguran. Dia suruh kita bersedia ke alam kekal.

Masuk usia 40, sepatutnya kita sudah tenang. Sudah tidak fikir lagi hal-hal dunia. Sudah tidak kelam kabut lagi dengan urusan dunia. Semua amalan diikhlaskan untuk akhirat kelak. Sedetik lebih pun tidak akan mengeluh.

Semua urusan diniatkan ibadah.
Sudah mula ke rumah Allah.
Sudah mula perbaiki diri.
Sudah mula perbaiki solat.
Sudah mula perbaiki akhlak dan adab.
Sudah mula perbaiki tutur kata agar tidak menyakiti hati orang lain.

Itu pun, jika kalian selesai dengan jayanya menduduki 'final exam sebelum usia 40'.

Take a second to think about how blessed you are.

Tapi, jika kita ini asyik mengulang silap yang lepas, diusia 40 nanti tidak ada yang berubah. Macam itu sahajalah. Rugi.

Nabi Muhammad, Allah tingkatkan darjatnya di usia 40 kepada Rasulullah. Baginda mula berdakwah secara terang. Sebelum menjadi Rasulullah, berapa kali baginda dihina dan dikasari. Baginda sabar.

Hidup ini, yang perlu ditanam dan pasak dalam hati adalah sabar. 

Yang perlu diamalkan setiap malam adalah tahajud. Yang perlu dizahirkan dengan bibir adalah kata-kata yang tidak menyakiti hati orang lain. Yang perlu dihulurkan oleh tangan adalah pemberian tanpa balas. Yang perlu dilihat oleh mata adalah kesilapan sendiri. Yang perlu ada dalam hati hanya Tuhan Yang Maha Esa.

Apa juga yang kita miliki setelah 30 tahun hidup, waktu inilah kita akan mula buat pilihan, buang atau kekal. Ambil yang baik, atau kekalkan yang tidak baik.

Jangan tak percaya, segala ujian akan berulang lagi dan lagi. Ketika itu, kita akan hadapi dengan lebih tenang. 

Kerana apa? Kerana kita sudah ada pengalaman itu. Tuhan sudah didik kita bagaimana mahu hadapinya. Tuhan sudah beri pengajaran pada pengalaman yang lepas. 

Segalanya tak lain tak bukan, hanyalah untuk perbaharui iman yang kian kusam. Bukankah iman kita ini boleh bertambah dan berkurangan. Itulah fungsi ujian!

Baik kan Allah.

Yes. Life is simple. Do good and good will come to you. Betul tak?

Kredit : Unknown Writer.

20 July 2024

Wanita yang banyak di neraka?

July 20, 2024 0
Wanita yang banyak di neraka?
Wanita yang banyak di neraka? Gambar sekadar hiasan.

Wanita yang banyak di neraka itu bukanlah wanita yang belum menikah, bukan juga kerana mereka tidak taat kepada Allah dan RasulNya, tapi penyebabnya adalah kerana kufur kepada suami mereka. 

Rasulullah SAW bersabda :

“Dan aku melihat neraka. Aku belum pernah sama sekali melihat pemandangan seperti hari ini. Dan aku lihat ternyata majoriti penghuninya adalah para wanita.”

Mereka bertanya, “Kenapa para wanita menjadi majoriti penghuni neraka, ya Rasulullah?”

Baginda menjawab, “Disebabkan kekufuran mereka.”

Ada yang bertanya kepada beliau, “Apakah para wanita itu kufur kepada Allah?”

Baginda menjawab, “(Tidak, melainkan) mereka kufur kepada suami dan mengkufuri kebaikan (suami). Seandainya engkau berbuat baik kepada salah seorang isteri kalian pada suatu waktu, kemudian suatu saat ia melihat darimu ada sesuatu (yang tidak berkenan di hatinya) nescaya ia akan berkata, ‘Aku sama sekali belum pernah melihat kebaikan darimu’.”

(HR. Bukhari no. 5197 dan Muslim no. 907).

Kredit to Owner.

17 July 2024

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.

July 17, 2024 0
Tipulah kalau korang kata korang tak kenal terung. Terung ni bagi cikla sayuran yamg mudah kita jumpa dan menjadi menu kegemaran bagi ramai orang kat Malaysia ni. Rupanya selain dari warna ungu, terung ni ada warna puth dengan hijau jugak. Cikla baru tau. 

Orang selalu letak terung ni dalam gulai, kari, asam pedas. Ada yang bakar, celur buat ulam. Macam-macam style. Tapi yang paling sedap bagi cikla, terung tumis dengan belacan. Sedap tau. Makan ni je dengan nasi tak payah lauk lain pun dah bertambah-tambah. Hancur diet. Haha. 

Sebelum cikla nak share resepi terung tumis belacan versi cikla ni, cikla nak cite sikit beberaap manfaat atau kebaikan yang ada pada terung terutama untuk kesihatan. 

Kalau korang nak tau, terung ni kaya dengan zat besi, rendah kalori, tinggi serat, mengandungi bioflaconoid yang tinggi yang ia baik untuk kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi, meredakan stres, membantu menurunkan kadar kolestrol jahat, mencegah diabetes dan mengandungi kalsium yang boleh menguatkan sendi serta tulang.

Okeylah, jom kita tengok bahan dan cara nak masak dia. Jangan risau mesti jadi punya. 

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.
Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap. 

Bahan-bahan:

3 biji terung (dibersihkan dan dipotong).
1 labu bawang merah.
3 ulas bawang putih. 
Sedikit ikan bilis.
1 sudu besar cili giling.
Belacan (berapa banyak ikut suka).
Minyak, garam, perasa.

Cara nak masak: 

1. Masukkan garam dalam lesung batu dan tumbuk bawang merah, bawang putih dan ikan bilis sampai lumat. Masukkan belacan dan tumbuk lagi. Selepas tu masukkan cili giling dan gaul dengan bahan yang dah ditumbuk tadi dalam lesung batu.  

2. Panaskan minyak, bila minyak dah panas masukkan bahan tumbuk tumis sampai naik bau dan garing. Selepas itu, masukkan terus dan sedikit air. Tutup kuali dan biarkan sampai terung empuk.

3. Bila dah empuk, taburkan perasa. Kalau tawar, tambahlah garam lagi. Gaul rata, dan boleh dihidang. 

Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap.
Resepi terung tumis belacan paling mudah tapi sedap. 

Sedap dimakan dengan nasi panas. Tak sedar berpinggan-pinggan menambah. Hihi. Selamat mencuba. 

13 July 2024

Resepi tomyam tumis tanpa perencah.

July 13, 2024 4
Hai korang, dah masak ke? Menu apa tu? Cikla nak share dengan korang tomyam tumis tak payah pakai perencah atau pes yang readymade tu. Korang pernah masak tak tomyam pesen camni? Apa pun tenkiu tuan punya resepi. 

Bahan-bahan :

1 biji bawang besar (potong 4) *
2 ulas bawang putih (ketuk sekali je guna lesung) *
Serai (ketuk) *
Daun limau purut *
Tomato (potong dadu) *
Cili api (ketuk) *
Limau nipis
Ayam (potong kecik)
Sayur (carrot, cauliflower, kubis, cendawan)

Resepi tomyam tumis tanpa perencah.
Resepi tomyam tumis tanpa perencah. Kredit image NurulAin Alaui‎.

Cara-cara:

1. Panaskan minyak.
2. Tumiskan bahan yang bertanda * sampai layu.
3. Kemudian, masukkan air secukupnya.
4. Bila dah menggelegak, masukkan ayam.
5. Renehkan biar ayam betul-betul masak.
6. Lepas tu, masukkan segala jenis sayur yang korang nak letak tu.
7. Jangan lupa perahkan limau nipis, masukkan garam dan perasa kalau suka. Kalau tak suka perasa, tak payah letak.
8. Kalau suka daun ketumbar, boleh tabur atas dia. Kalau tak suka, tak yah. 
9. Hidangkan dengan telur dadar, sambal belacan dan timun. Nasi masak lebih takut tak cukup. 
10. Jemputlah makan, ape tunggu lagi. Haha.

Tuan punya resepi tak menyatakan sukatan bahan-bahan, jadi korang agak-agaklah sendiri ye. Nak banyak letak lebih. Senang. Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : NurulAin Alaui‎.

11 July 2024

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.

July 11, 2024 6
Tak dinafikan memang banyak drama baru sekarang. Pelakon-pelakonnya pun ada yang cikla tak kenal. Hihi. Mana taknya, pelakon baru muncul macam cendawan tumbuh kan? Salah satu drama yang baru sangat ditayangkan, drama ni la. Pengantin Pasti Jadi di slot Lestary, TV3. Drama ni adalah drama berepisod yang ditayangkan setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9 malam. Jom la baca cikla nak share sinopsis drama ni. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. Kredit image SINI

Pengantin Pasti Jadi.

Episod : 20.
Tarikh Tayangan : 11 Julai 2024
Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam
Pengarah : Ayie Mustafa dan Kyoll Hamzah.
Penulis Skrip : Nieza Nahar.
Produksi: Creative Skill Solution.

Pelakon :

Ali Reza sebagai Raid Amzan.
Asha Merican sebagai Nureen Hasha.  
Lana Nordin sebagai Seri Hanim.
Khaty Azian sebagai Datin Hasnah.
Faye Kusairi sebagai Puan Sri Izan. 
Daniesh Suffian sebagai Fikri. 
Sera Melissa sebagai Nadra. 
Ungku Hariz sebagai Ben. 
Cintaa Aiyuni sebagai Zara. 
Wawa Azuwar sebagai Ida. 
Shyrim Husni sebagai Norman. 
Ana Dahlia sebagai Afida. 
Riesha Aslan sebagai Irina. 
Fieza Hanafie sebagai Datin Rose. 
Zizi Hazirah sebagai Secretary Nureen. 
Heidi Nur Aleesya sebagai Thia. 
Kirana Batrisya sebagai Azza Hasha. 

Lagu OST :

Tic Tac Toe - Amir Mirza. 
Kau Dengannya - Nova. 
Bidadari - Afiq. 
Diam-Diam Aku Mencintaimu - Jaclyn Chia.
Aryan Adzrin sebagai Amin.

Sinopsis:

Drama mengisahkan tentang kehidupan Raid Amzan lakonan Ali Reza dan Nureen lakonan Asha Merican yang mana mereka ditinggalkan pasangan masing-masing pada hari pernikahan mereka. Kedua-dua perkahwinan tersebut itu diatur oleh ibu mereka iaitu Seri Hanim, seorang pengusaha produk kecantikan dan influencer lakonan Lana Nordin, ibu kepada Nureen manakala Datin Hasnah lakonan Khaty Azian, iaitu ibu Raid Amzan. 

Oleh kerana masing-masing terjebak dalam situasi "tragedi Pengantin Tak Jadi”, kisah mereka menjadi viral. Susulan peristiwa itu, Raid dan Nureen decide untuk pergi bercuti tanpa dirancang. Kebetulan pulak, mereka bercuti di tempat yang sama dan dalam percutian itulah, first time mereka berjumpa. Sejak dari pertemuan pertama itu jugak mereka telah mula bergaduh. Kalau jumpa tu, ada je situasi yang tak best jadi yang menimbulkan pergaduhan.

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Namun, tanpa mereka sedar, kemesraan mula berputik sehingga membuatkan mereka ingin mengenali hati budi dengan lebih dekat. Sekembali ke Kuala Lumpur, Raid menawarkan Nureen menjadi guru peribadi kepada anak buahnya, Tia lakonan adik Heidi Nur Aleesya yang berusia 6 tahun. Hubungan antara mereka bertiga semakin akrab dan akhirnya cinta antara Raid dan Nureen mula bersemi. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Walau bagaimanapun, keakraban mereka tak mendapat restu dari Datin Hasnah dan Seri Hanim. Pelbagai konflik tercetus untuk memisahkan mereka. Berikutan itu, Norman lakonan Shyrim Husni iaitu ayah kepada Nureen masuk campur dalam masalah ni dan membawa Raid dan Nureen untuk dinikahkan di kampungnya. 

Namun, kekecohan demi kekecohan berlaku bila Datin Hasnah serta Seri Hanim mengetahui mengenai pernikahan tersebut, sehinggalah Norman campur tangan dan akhirnya mendapat sebulat suara dari Datin Hasnah dan Seri Hanim bagi merancang majlis persandingan mereka secara besar-besaran, tapi konflik terus berlaku. 

Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3.
Pengantin Pasti Jadi, drama terbaru di Slot Lestary TV3. 

Apakah kesudahan kisahnya? Mesti banyak babak yang lucu dan tak kurang jugak romantik kan? So, jangan lepaskan peluang tengok sampai ke akhir episod ya. Selamat menonton.  

Kredit info : SINI

Resepi mee bandung sedap.

July 11, 2024 6
Cikla memang suka makan mee bandung. Tapi sejujurnya tak pernah buat sendiri. Hihi. Sekarang ni pun dah ada jual pes readymade kan. Tinggal tumis, letak sayur dan tambah telur. Pendek kata, nak letak apa pun ikut suka kau la. Tapi, nak cari kuah mee bandung yang kena dengan tekak agak payah jugak. Sebab cikla selalu dapat yang kuat bau dan rasa udang keringnya. Kalau cikla buat sendiri, memang letak sikit je la udang keringnya. Hihi.

Dan, kali ni cikla nak share resepi mee bandung yang pada cikla senang nak buat (bila dibaca resepinyalah kan). Haha. Jom tengok bahan-bahannya dulu. 

Resepi mee bandung sedap.
Resepi mee bandung sedap. 

Bahan kisar:

20 tangkai cili kering.
1 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih.
1 pack udang kering.
1/2 inci halia.

Bahan lain:

500 gm daging rebus ambil airnya.
15-20ekor udang.
1 biji lobak merah.
1 biji tomato.
2 pokok sawi pak choi.
5 biji telur.
1 kg mee kuning cuci dan celur.
1 cawan kacang tanah, goreng dan kisar kering.
4 sudu besar tepung jagung bancuh air untuk pekatkan kuah.
Daun sup.
Bawang goreng.
Garam.
Gula.
Perisa 1 kiub ayam.
2 sudu besar sos tiram.
2 sudu besar sos cili.

Cara-cara:

1. Tumis bahan kisar sampai garing, kemudian masukkan sos cili, sos tiram, air daging dan tambah air. Ikutlah banyak mana nak kuah.

2. Bila kuah dah mendidih, masukkan kiub ayam, garam, gula, daging, udang dan lobak merah. Perasakan ikut selera sendiri ye.

3. Bila mendidih lagi sekali, masukkan sawi, tomato dan pecahkan telur sebiji demi sebiji. Jangan kacau, nanti telur hancur.

4. Masukkan kacang tanah dan air tepung jagung. 

5. Masukkan mee dalam mangkuk, kemudian curah kuah dan tabur daun sup dan bawang goreng.

6. Siap untuk dinikmati. 

Selamat mencuba.

Kredit resepi dan gambar : Mama Sweet Bakery. 

09 July 2024

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.

July 09, 2024 2
Phewww, dah lama kot cikla share pasal drama best kan? Bukan apa, sekarang macam kurang tengok sebab kebanyakan drama pun asyik cintan cintun. Faktor usia barangkali sebab dah kurang layan drama sebegini. Haha. Tapi, drama yang cikla nak share kali ni memang lain sikit. Ber'genre' seram, aksi dan misteri gitu. Episod pun tak banyak, 8 episod je. 

Nafsu sudah pun memulakan tayangannya pada 27 Jun 2024 lepas dengan dua episod terbaru setiap Khamis. Pelakon utama dia Kamal Adli. Rasanya ada jugakla cikla tengok si Kamal ni berlakon cerita ber'genre macam ni, seram-seram contohnya drama Sihir. Lagipun bagi cikla dia berlakon best dalam dalam serius tu ada selit lawak lawak. So, fun la. 

Berbalik pada drama ni, barisan pelakon dia memang dasat gak la. Aqasha contohnya, cikla dah lama tak tengok dia berlakon. So, peminat Aqasha yang rindu lakonan dia, kena la tengokkan. Kiranya macam comeback la.  Okeylah, cikla nak share sinopsis kisah ni sikit. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. Kredit foto myinfotaip.com

Nafsu.
Episod: 8.
Penulis Skrip: Hadi M.Nor, Amar Amir, Amin Shakib, Zuli Ismail, Azhar Amirulhisyam.
Pengarah: Sein Qudsi.
Produksi: Infinitus Films.

Barisan Pelakon;
Kamal Adli sebagai Sam.
Azira Shafinaz sebagai Dina.
Aqasha sebagai Gusti.
Khayrisyah Kemal sebagai Alia.
Nia Atasha sebagai Suria.
Zaii Omar sebagai Ustaz Firdaus.
Ellie Suriaty sebagai Kamariah.
Vanidah Imran sebagai Marina.
Fahrin Ahmad sebagai Dr Azlan.
Riezman Khuzaimi sebagai Tan Sri Hisham.
Rosdeen Suboh sebagai Pak Attan 
Yusuf Bahrin sebagai Zac.
Steve Yap sebagai Foo 
John Bear sebagai Khalid.

Lagu Tema (OST);
Tajuk: Kala Tiba
Artis: Marsha Milan
Komposer: Sein Qudsi
Lirik: Azan Addin

Sinopsis;

Di sebalik kawasan setinggan dan lorong gelap Kuala Lumpur, Syamsul atau Sam (Kamal Adli) menipu dan menyamar sebagai bomoh demi kelangsungan hidup. Mangsa dia adalah mereka yang mudah terpedaya dengan ilmu hitam dan dengan menggunakan kesempatan itulah, Sam mengaut duit mereka dengan penipuan dan ilusi murahan. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Namun hakikatnya, Sam sebenarnya memang mempunyai deria keenam dan boleh melihat makhluk ghaib, tapi dia menolak kepercayaan itu sebab bagi dia ia adalah satu sumpahan. Bila Dina (Azira Shafinaz), bekas kekasih Sam, datang mintak tolong untuk mencari adik perempuannya yang hilang selepas mendengar suara-suara aneh, Sam cuba menerima anugerahnya untuk membantu Dina. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Dan, kehilangan Alia cumalah satu permulaan kepada suatu ancaman yang lebih besar, yang mana ia melibatkan kumpulan ajaran sesat daripada golongan elit yang diketuai seorang lelaki misteri penuh karisma bernama Gusti. Disertai Dina dan Suria, Sam bakal diduga dengan perkara-perkara di luar jangkaan akal sementara bandar Kuala Lumpur menyaksikan rancangan besar Gusti berjalan. 

Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton.
Nafsu, drama bersiri seram thriller terbaru di Viu Original yang korang mesti tonton. 

Apakah kesudahan kisahnya? Mestilah kena tengok sampai ke final kan. 

Korang boleh menonton Viu Original Nafsu di aplikasi Viu yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store, Google Play, Huawei App Gallery dan TV pintar terpilih serta di laman web www.viu.com. 

Selamat menonton.

Kredit info SINI

05 July 2024

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.

July 05, 2024 2
Antara banyak-banyak nasi goreng, nasi goreng kampung menjadi kegemaran cikla. Kalau dulu suka nasi goreng biasa, tapi sejak sejak ni nak tukar selera. Kalau beli kat kedai tu biasalah ada kalanya tak memuaskan hati. Iyelah, mana sama dengan buat sendiri kan. Perencah banyak, sayur selambak. Nak puas hati masak sendirilah, haha. 

Okeylah, kali cikla nak share resepi nasi goreng kampung cara cikla. Mungkin korang ada cara lain kan, tapi bagi cikla resepi ni yang paling senang. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Bahan-bahan:

Nasi putih.
Bawang merah.
Bawang putih. 
Cili api.
Ikan bilis.
Sedikit belacan. 
Sayur kangkung.
Kicap manis kipas udang.
Garam dan perasa.
Minyak.

Cara buat:

1. Bawang merah, bawang putih, cili merah dan belacan ditumbuk sehingga halus. Kalau cikla suka kasar kasar sikit. Masak menumbuk tu masukkan garam, agak agak je la.
2. Masukkan minyak dalam kuali, goreng ikan bilis sehingga garing. Bila dah garing, angkat dan ketepikan. 
3. Dengan menggunakan minyak yang sama menggoreng ikan bilis tu (kalau minyak banyak, luakkan sikit), tumis bahan tumbuk tadi sehingga garing dan naik bau. Selepas itu, masukkan kicap. Kacau sekejap. 
4. Kemudian, masukkan nasi putih, ikan bilis goreng dan kangkung, garam dan perasa. Gaul rata dan masak sampai kangkung layu.  
5. Bila dah rata digaul semua, tutup api dan bolehlah dihidang. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Resepi nasi goreng kampung paling senang buat.
Resepi nasi goreng kampung paling senang buat. 

Bahan tu cikla agak agak je tau. Tengok pada kuantiti nasi putih yang korang guna. Nak tambah isi ayam ke, telur ke boleh je. Pendek kata, kalau orang nak tambah apapun jat dalam nasi tu, tambah je la, tapi yang penting kena ada kangkung dengan ikan bilis goreng. Nak pedas lagi tambah je cili banyak-banyak. Selamat mencuba. 

03 July 2024

Thyroxine dan carbimazole, ada kesan sampingan ke?

July 03, 2024 5
Thyroxine atau levothyroxine, adalah pil penggantian hormon tiroid (T4) untuk pengidap hypothyroid tak kiralah mereka menjadi hypo disebabkan oleh pembedahan total, RAI atau mereka yamg memang sedia hypo dari azali lagi. Biasanya, thyroxine ni takde kesan sampingan  bila ia diambil pada dos yang sesuai. Tapi nama pun ubat, macam mana pun ia boleh mempunyai kesan sampingan jugak.

Thyroxine dan carbimazole, ada kesan sampingan ke?

Antara kesan sampingan biasa thyroxine termasuklah:

1. Overdose Thyroxine (kalau dos yang diambil terlalu tinggi), boleh menyebabkan pengidap mengalami:

- Rasa berdebar-debar (palpitations).
- Degupan jantung yang laju (rapid heart rate).
- Gegaran (tremors).
- Berpeluh (sweating).
- Gementar (nervousness).

2. Kurang dos thyroxine (kalau dos yang diambil terlalu rendah), boleh menyebabkan pengidap mengalami:

- Keletihan (fatigue).
- Kelesuan.
- Mudah untuk kena selsema.
- Sembelit.
- Kulit kering.
- Penambahan berat badan.
- Haid yang tak teratur.

3. Alahan (Allergic reactions).

Walaupun keadaan atau situasi ni jarang berlaku, namun ada sesetengah pengidap mungkin mengalami reaksi alahan seperti berikut:

- Ruam. 
- Gatal-gatal.
- Bengkak (terutamanya pada muka/lidah/tekak).
- Pening yang teruk.
- Kesukaran bernafas.

(Selalunya alahan berlaku kepada mereka yang mengambil thyroxine jenama THYROSIT, sebab tak semua orang yang sesuai atau tak sesuai dengan satu-satu jenama).

4. Kesan sampingan  yang kurang kerap berlaku, seperti:

- Sakit kepala.
- Rambut gugur (biasanya sementara).
- Kelemahan otot (muscle weakness).
- Perubahan selera makan. 

5. Interaksi thyroxine dengan ubat lain boleh  mengurangkan penyerapan dan keberkesanan thyroxine. Namun, thyroxine boleh berinteraksi (interact) dengan ubat tertentu, seperti:

- Suplemen zat besi.
- Suplemen kalsium.
- Antasid yang mengandungi aluminium hydroxide atau magnesium hydroxide (untuk lebih detail sila Google atau bertanya kepada pakar ya).

Adalah penting bagi pengidap yang mengambil thyroxine supaya jangan skip rutin ambil darah supaya tahap hormon tiroid dapat dipantau secara berkala. Untuk meminimakan kesan sampingan, doktor akan adjust dos berpandukan result ujian darah.

Jom baca kesan sampingan untuk carbimazole iaitu ubat ni untuk mereka yang mengidap hyperthyroid. Mereka yang masih amik carbimazole, tolonglah  jangan skip ubat supaya doktor mudah nak pantau dan seterusnya mencadangkan sama ada terus ambil carbimazole dos rendah (5mg - 20mg sehari) atau buat rawatan Radioiodine (RAI) ataupun pembedahan. 

Antara kesan sampingan biasa carbimazole termasuklah, carbimazole mempunyai beberapa kesan sampingan yang biasa termasuk loya, muntah, sakit kepala, ruam, sakit sendi dan perubahan sistem gastrousus. Gastrousus merujuk kepada penyakit yang melibatkan saluran gastrousus, iaitu esofagus, perut, usus kecil, usus besar serta rektum dan organ aksesori penghadaman, hati, pundi hempedu, dan pankreas (sumber info-Google). Jadi, jangan hairan apabila doktor mencadangkan untuk buat upper endoscopy dan colonoscopy.

Namun, kesan sampingan yang lebih serius walaupun jarang berlaku, termasuklah :

1. Disfungsi hati, merujuk kepada pelbagai keadaan di mana hati tak berfungsi secara optimum. Ini mungkin datang dari pelbagai punca seperti penyakit hati berlemak, gangguan autoimmune dan ubat-ubatan

2. Penurunan teruk dalam bilangan sel darah putih. Ia akan meletakkan  individu berisiko tinggi untuk mendapat jangkitan yang serius.

3. Tindak balas alahan (allergic reactions)

Kalau seseorang mengalami simptom yang menunjukkan tindak balas alahan semasa mengambil carbimazole, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera Ikutlah nasihat doktor untuk memulakan sebarang prosedur rawatan yang lain sekiranya anda mendapat gejala yang serius. 

Kesimpulannya, boleh nampak tak kenapa hypothyroid lebih mudah untuk manage berbanding dengan hyperthyroid? 

Kredit info : fb page TIROID DAN ANDA ORI.

01 July 2024

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

July 01, 2024 3
Minggu lepas cikla sekeluarga berkesempatan memaniskan tekak di Kula Cakes Shop, Kuantan. Sebenarnya, sebelum ni dah beberapa kali jugaklah datang ke Kuantan ni, tapi baru kali ni ada rezeki nak datang singgah. Rasanya orang Kuantan dan kawasan sekitar mesti dah tau kedai ni kan? Salah satu kedai kek yang paling popular kat sini. Time cikla datang pun, orang memang ramai siap kena beratur kat luar sebab kedainya agak comel tak muat kalau ramai-ramai masuk.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Menu paling top kat sini sudah tentulah mango cheese cake. Tapi cikla beli slice je, orang kata buat raso raso. Haha. Mango cheese cake ni dia ada jugak dijual sebiji. Ada jugak kek jenis lain dijual iaitu pavlova, red velvet, toblerone cheese, creme brulee, brownies, victoria sandwich dan kek lobak. Kitaorang beli red velvet dengan burn cheesecake jugak. Dua-dua sedap. Khayra pun suka makan yang burn cheesecake tu.  

Pilihan minuman pun macam biasalah ada ice coffee, ice cocoa, tapi minuman special di Kula Cakes adalah Pandan Cooler. Suami cikla order jugak, tapi cikla tak rasa pun. Bau pandan dia memang semerbak. 

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Ruang makan dia pulak santai berkonsepkan taman dengan dekorasi dinding mural berkonsepkan hidupan hijau. Memang nice sangat. Boleh la ootd sekeping dua kan buat kenangan. Hihi.  

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

Kula Cakes Shop, Kuantan - Port santai seisi keluarga.

So, korang yang datang ke Kuantan jangan lepaskan peluang singgah sini ya. Kula Cakes beroperasi setiap hari kecuali Isnin.