Dalam hidup ni, korang mesti akan berjumpa dengan pelbagai jenis manusia. Betul tak? Ada yang positif, ada yang ringan tangan membantu dan tak kurang juga yang jenis toxic. Tapi, bukan toxic yang boleh dibuat minum, ya! Ini lebih kepada orang yang memberi kesan negatif dalam hidup korang, menjadikan hari-hari korang lebih kelam daripada yang sepatutnya. Jadi, jom check jenis-jenis orang toxic yang perlu korang elakkan, kalau boleh lah.
1. The Drama King/Queen
Orang jenis ini tak sah hidup kalau tak ada drama. Setiap hari, ada je masalah baru yang mereka cipta, walaupun kadang-kadang masalah itu rekaan semata. Huhu. Mereka suka menarik perhatian orang dengan cerita-cerita yang berlebihan dan kadang-kadang, tak ada kena-mengena langsung dengan realiti. Kalau korang rasa hari korang dah cukup drama, jangan tambah lagi dengan orang yang sentiasa mencipta cerita pelik! Menjauh pliss.
2. The Negative Nelly.
Bagi orang ini, langit sentiasa mendung. Apa sahaja yang korang cakap, dia akan tunjukkan sisi negatifnya. Kalau korang beli baju baru, dia kata, "Baju tu warna pudar, nanti cepat koyak." Kalau korang beli kasut baru, dia kata, "Aduh, kaki besar macam tu, pakai kasut ni nanti sakit." Boleh bayangkan, kalau hidup dengan orang macam ni? Serius, letih! Kadang-kadang, korang tak perlu nasihat setiap masa, korang cuma nak teman yang bagi semangat! Kan?
3. The Energy Vampire.
Jenis ini adalah yang paling membuatkan korang rasa letih tanpa sebab. Bila mereka bercakap, rasa macam bateri korang habis dengan cepat. Mereka tak pernah berhenti mengeluh dan akan membuatkan korang rasa segala usaha korang dalam hidup ini macam tak berbaloi. Kalau boleh, jauhkan diri dari orang yang membuatkan korang rasa macam tak cukup tidur walaupun sudah tidur 8 jam. Kita perlukan orang yang memberi tenaga, bukan mengurasnya!
4. The Manipulator.
Orang macam ni pandai bermain kata-kata. Mereka akan buat korang rasa bersalah dan bertanggungjawab atas segala yang berlaku, walaupun itu bukan salah korang. Suka menggunakan emosi orang lain untuk kepentingan diri sendiri. Macam mana mereka buat? Mudah saja, dengan memanipulasi perasaan korang, contohnya, "Kalau awak sayang saya, awak akan buat ini untuk saya." Bahaya tau, kalau terjebak dengan orang macam ni. Sebaiknya, pastikan korang jelas dengan siapa yang betul-betul memerlukan pertolongan dan siapa yang hanya nak mengambil kesempatan.
5. The Complainer.
Yang ini, tak habis-habis merungut. Dari pagi sampai malam, kalau dia tak mengeluh tentang kerja, dia mengeluh tentang cuaca dan kalau dia tak mengeluh tentang cuaca, dia merungut tentang orang lain. Pendek kata, dunia ini semua tak kena pada dia. Kadang-kadang, korang memang perlu meluahkan perasaan, tapi kalau setiap perkataan keluar dari mulutnya adalah keluhan, lama-lama korang pun akan rasa terbeban. Kalau korang terlalu lama berada dengan mereka, korang boleh terkena tempiasnya dan mula merungut tanpa sebab!
6. The "Me First" Person.
Mereka yang macam ni adalah orang yang sentiasa meletakkan diri mereka di hadapan. Keperluan dan perasaan orang lain langsung tak diambil kira. Mereka akan selalu mengambil kesempatan atas kebaikan orang lain. Kalau korang ada masalah, mereka tak akan peduli, asalkan mereka sentiasa menjadi fokus utama. Biasanya, orang macam ni hanya muncul dalam hidup korang bila mereka perlukan sesuatu dari kita. Selepas itu, hilang macam angin! Ghaib!
Jadi, ada tak dalam hidup korang yang kena dengan jenis-jenis orang toxic ni? Kalau ada, tak salah untuk set boundaries dan mula memilih siapa yang patut ada dalam hidup korang.
Jangan takut untuk mengelakkan orang yang tak memberi manfaat atau hanya membuatkan hidup korang lebih susah. Ingat, hidup ini hanya sekali, jangan buang masa dengan orang yang membuatkan korang rasa seperti ‘bateri yang hampir habis’!
Pilihlah teman yang positif dan memberi semangat. Hidup akan lebih ceria tanpa perlu berurusan dengan orang-orang yang toxic.
0 comments: