Korang hyperthyroid dan nak mengandung? Jangan risau, sabar dulu!

Kalau korang tengah ada masalah hyperthyroid, benda pertama yang paling penting ialah stabilkan hormon korang dulu. Jangan fokus sangat nak cepat-cepat mengandung sebab setiap orang ni berbeza. Kondisi badan kita tak sama. Ada yang cepat okay, ada juga yang amik masa lama. Jadi, first step adalah pastikan hormon korang back to normal dulu atau stabil dulu. Itu yang utama.

So, camne nak buat? Senang je, ikut nasihat doktor. Ubat yang doktor bagi tu, makanlah ikut aturan. Jangan skip, jangan memandai nak berhenti, lagi-lagi kalau korang rasa macam nak cuba rawatan alternatif.  No, no, no. Cikla  bukannya anti rawatan alternatif, tapi kena pastikan rawatan tu betul-betul terbukti berkesan. Kalau doktor ubah dos atau jenis ubat, follow je. Dorang lagi tahu apa yang terbaik untuk korang.

Korang hyperthyroid dan nak mengandung? Jangan risau, sabar dulu!
Gambar sekadar hiasan. Kredit Pinterest.com

Bila hormon dah stabil, barulah boleh fikir pasal mengandung. Sebab apa? Sebab kalau korang mengandung masa hormon thyroid tak stabil, risiko dia tinggi tau. Salah satunya adalah keguguran. Mesti korang tak nak benda tu jadi, kan? Jadi, utamakan kesihatan korang dulu. Ingat, kesihatan ibu sangat penting untuk pastikan baby pun sihat nanti.

Ubat Carbimazole pulak, sebenarnya boleh je korang amik time mengandung, tapi kena betul-betul ikut nasihat doktor. Jangan main ambil sembarangan sebab ubat ni ada kesan dia kalau tak dipantau.

Apa-apa pun, sabar ya. Dengan usaha, doa dan ikut arahan doktor, inshaAllah semuanya akan dipermudahkan. Kalau dah rezeki memang tak ke mana, cuma kena tunggu masa yang sesuai!

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews