5 December 2024

Apa kebiasaan orang yang tak pernah stres?

Pernah tak korang tengok orang ni nampak cool je walaupun dunia di sekeliling dia macam nak runtuh? Korang pun tertanya-tanya, “Macam mana dia boleh maintain rileks macam tu?” Sebenarnya, dorang ni ada beberapa tabiat yang diamalkan secara konsisten. Tabiat ni bukan magik tau, tapi ia membantu dorang untuk kekal tenang walaupun keadaan mencabar.

Pertama sekali, dorang sangat bijak menjaga diri sendiri. Dorang tahu bila perlu rest dan bila perlu struggle. Bagi dorang, tubuh badan dan minda adalah aset yang paling berharga. Jadi, dorang tak kisah untuk ambil masa ‘me-time’ walaupun hanya untuk duduk diam dan tarik nafas dalam-dalam. Kedengarannya remeh, tapi percayalah, ia sangat berkesan.

Pastu, dorang jugak pandai pilih keutamaan. Dorang tak cuba buat semua benda sekaligus. Dorang fokus kepada apa yang betul-betul penting dan dorang tak takut untuk berkata “no” kalau sesuatu itu hanya tambah beban. Dorang faham bahawa hidup ni bukan perlumbaan sapa buat paling banyak, tapi sapa yang buat apa yang betul untuk diri dia sendiri.

Apa kebiasaan orang yang tak pernah stres?

Orang yang jarang stres jugak cenderung untuk sentiasa bersyukur. Dorang selalu nampak perkara kecik yang menggembirakan. Dorang tahu bahawa kebahagiaan tak semestinya datang daripada hal yang besar, tapi daripada saat-saat kecik yang dihargai.

Selain itu, dorang suka gelak! Jangan pandang rendah tau lada kuasa humor dalam hidup korang. Dorang takde la 24 jam serius manjang. Kalau ada problem, dorang try cari side yang kelakar. Bukan makna dorang tak care, tapi dorang tahu bahawa ketawa itu adalah best medicine for life.

Kalau cite pasal relationship pulak, biasanya dorang ni sangat selektif. Dorang biasanya click dengan orang  yang positif dan supportive. Dorang tahu, bila dok dengan orang yang selalu complaint manjang hanya buat dorang ni down. So, dorang pilih untuk kawan dengan orang yang bawak good vibes.

Last, dorang selalu jaga perspektif. Dorang tahu yang  life ini ada up and down. Kalau ada hari yang buruk, dorang tak biar diri dorang terus lemas tenggelam. Dorang percaya yang esok sentiasa memberikan new chance untuk start semula. 

Apapun, kalau korang nak hidup lebih tenang, cubalah amik inspirasi dari tabiat dorang ni. Tau, benda ni semua amik masa, tapi bak kata pepatah setiap langkah kecil boleh bawak perubahan besar. Hidup ni singkat je gais, so sangat rugi kalau dihabiskan untuk stres. Jom belajar untuk lebih tenang dan menghargai setiap detik dalam hidup. Betul kan?

1 comment:

  1. Susah nak buat macam nih . Stress free 😂. Tapi memang ada yg bisa begitu. Saya melihat suami saya macam begini juga. Kerja di kantor nya banyak, posisi dia pun tinggi, tp dia berusaha utk selalu work life balance. Masih sempat workout, masih ketawa2, di rumah pun masih santai. Salut saya. Krn dia tak membiarkan pekerjaan kantor membawa stressnya ke rumah.

    Tapi tak mudah seperti itu. Memang btuh pengendalian diri yg besar.

    ReplyDelete