'santai tapi sampai'

Korang pernah dengar tak pasal penyakit autoimun? Penyakit autoimun ni adalah satu keadaan di mana sistem imun, yang sepatutnya lindungi bad...

Misteri penyakit autoimun: Tubuh melawan diri sendiri.

Korang pernah dengar tak pasal penyakit autoimun? Penyakit autoimun ni adalah satu keadaan di mana sistem imun, yang sepatutnya lindungi badan korang dari serangan penyakit dan jangkitan, secara tak sengaja serang sel-sel sihat dalam badan. Bayangkan askar yang sepatutnya mempertahankan negara, tapi tersalah anggap rakyatnya sendiri sebagai musuh. Itulah yang berlaku dalam tubuh seseorang yang mengalami penyakit autoimun.

Sistem imun biasanya fungsi dia kenal pasti dan serang bakteria, virus atau bahan asing lain. Namun, dalam kes autoimun, sistem ini jadi confius dan mula serang organ atau tisu badan sendiri. Keadaan ini boleh beri kesan kepada pelbagai bahagian badan seperti kulit, sendi, otak atau organ dalaman.

Misteri penyakit autoimun: Tubuh melawan diri sendiri.

Ada banyak jenis penyakit autoimun, termasuklah lupus, artritis reumatoid, psoriasis dan tiroiditis Hashimoto. Gejala yang dialami pulak berbeza-beza tau sebab ia bergantung kepada jenis penyakit, tapi gejala biasa termasuklah rasa letih melampau, sakit sendi, ruam kulit atau alami masalah organ tertentu.

Dan, punca sebenar penyakit autoimun ni kita masih tak tau apa sebab yang sebetulnya. Namun, pakar percaya ia ada kaitan dengan gabungan faktor genetik, persekitaran dan gaya hidup. Wanita lebih cenderung kena berbanding lelaki dan risiko ini meningkat kalau dalam famili korang ada penyakit macam ni. 

Walaupun penyakit autoimun takde penawar, rawatan yang diberikan  adalh untuk kurangkan keradangan, mengawal gejala dan meningkatkan kualiti hidup pesakit. Antara rawatan biasa ialah ubat-ubatan anti-radang, terapi hormon dan perubahan gaya hidup seperti pemakanan sihat serta pengurusan tekanan.

Memahami penyakit ini bukan sahaja penting bagi mereka yang menghadapinya, tapi juga untuk masyarakat umum agar lebih peka terhadap keperluan mereka yang mengalami cabaran ini. Kalau korang atau seseorang yang korang kenali menunjukkan tanda-tanda autoimun, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan awal.

Tubuh kita adalah anugerah dan ia berfungsi dengan cara yang kompleks. Bila dia 'confius', kita harus belajar untuk memahami dan menjaganya dengan sebaik mungkin.

2 comments:

  1. student sy ada sorg yg ada penyakit ni, lelaki... dia mengidap dr umur 11 thn... dan akhirnya meninggal umur 22

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu.. sakit yg menakutkan.. apabila askar sendiri tak kenal tuannye.. huhuhuhu

    ReplyDelete