Buli. Dengar je perkataan ni, mesti ramai yang terus terbayang adegan drama. Dari sekolah, tempat kerja, sampailah ke medsos. Tapi korang sedar tak, budaya ni makin hari makin merebak pulak. Macam virus. Kalau dulu-dulu, buli ni bab fizikal je. Body shaming. But now? Era keyboard warriors dah amik alih pulak.
Mungkin ada yang tak tau kesan buli ni sangat serius ye. Orang yang kena buli ni bukan setakat hilang keyakinan diri je, malah ada yang kemurungan. Lebih malang lagi, ada yang sampai buat keputusan tragis. Korang agak-agak apa dia? Si pembuli pulak? Mungkin puas hati, tapi dia lupa. Balasan apa yang dia buat tu datang macam ombak tsunami. Cuma lambat atau cepat. Tunggu je la.
Tapi kan pernah gak terfikir, kenapalah buli ni makin menjadi-jadi? Salah teknologi ke? Atau sebenarnya kita yang dah kurang empati? Tapi, apa pun alasannya, satu benda yang jelas, 'buli tak pernah layak jadi trend.' Hidup ni singkat, friend! Janganlah dok bazir dengan menyakiti orang lain. Jadi orang yang cool sebab kebaikan, bukan sebab kejahatan.
Nak popular? Jadikan "anti-buli" sebagai trend baru. Mesti lagi power! Moga dapat sesuatu.
Memang tak paham dengan pikiran Orang2 yg suka membully. Terlebih sedih kalo pelakunya anak di bawah umur 😭😭. Kenapaaaa lah bisa tega macam tuh. Saya betul2 ingin tahu pendidikan yg dia dapat di rumah, sampai bisa membully temannya.
ReplyDeleteAda kejadian di sini , baru saja, seorang anak 8 tahun meninggal karena dibully Kaka kelasnya yg usia 11-12 THN. Sediiih sangat. Korban sebaya dengan ank saya.
buli dari zaman dulu hingga sekarang tetaplah tak berubah gayanya. Kalau zaman dulu lebih kepada buli fizikal, sekarang tambah pattern buli di media sosial yg boleh menyebabkan kemurungan dan bunuh diri. Pembuli layak di called out dan dipulau oleh masyarakat. Entah kepuasan apalah yg diorang dapat dgn menyakiti orang lain.
ReplyDelete