Hipertensi: Bahaya senyap yang mengancam wanita.

Pernahkah korang rasa sihat je, tapi tiba-tiba sakit kepala yang teruk, keletihan atau penglihatan kabur? Mungkin korang tak sangka tapi itu mungkin tanda awal hipertensi atau lebih dikenali sebagai tekanan darah tinggi. Apa yang lebih membimbangkan, wanita selalu terlepas pandang tentang risiko penyakit ini sebab ia biasanya tak menunjukkan gejala jelas pada peringkat awal.  

Hipertensi bukan sekadar masalah kecil ye. Ia adalah 'pencuri senyap' yang pelan-pelan boleh rosakkan organ penting dalam badan tanpa korang sedar. Jantung, otak dan buah pinggang, semua ini boleh jadi 'mangsa' hipertensi. Bagi wanita, tekanan darah tinggi jugak boleh membawa risiko yang lebih besar, terutama semasa mengandung, seperti preeklampsia dan komplikasi kelahiran.  

Hipertensi: Bahaya senyap yang mengancam wanita.

Apa yang menyebabkan wanita lebih mudah terdedah? 

Faktor seperti hormon, gaya hidup tak sihat dan tahap tekanan yang tinggi memainkan peranan penting. Menariknya, walaupun wanita sering kali lebih berdisiplin dalam menjaga pemakanan, senaman dan kesihatan keluarga, ramai yang lupa memberikan perhatian kepada kesihatan mereka sendiri.  

Ironinya, ramai wanita hanya sedar mereka mempunyai hipertensi lepas alami komplikasi serius. Mungkin serangan jantung, strok atau kerosakan buah pinggang. Semuanya berpunca dari tekanan darah yang tak terkawal.  

So, apa langkah pertama? Pertama, ketahui nombor tekanan darah korang. Pergi ke klinik atau hospital untuk buat pemeriksaan. Tak payah nak malu atau takut, ini bukan soal umur atau tahap kesihatan korang. Kedua, ubah gaya hidup. Kurangkan garam, tingkatkan aktiviti fizikal dan kawal tekanan emosi. 

Ingat, korangadalah 'tiang' keluarga. Menjaga kesihatan korang bermakna menjaga kebahagiaan mereka juga. Jangan biarkan hipertensi menjadi bahaya senyap yang menamatkan segala impian dan harapan korang. Mulakan langkah kecil hari ini untuk pastikan masa depan yang lebih sihat dan bahagia. Korang berhak untuk hidup dengan jantung yang kuat dan senyuman yang lebih lama.  Moga bermanfaat. 

2 comments:

  1. dah usia hampir remaja senja tua ni perlu sentiasa berwaspada dengan kesihatan diri kan..

    ReplyDelete
  2. Memang harus rutin medcheck. Saya Alhamdulillah kalo tekanan darah normal. Tiap kali cek tak pernah tinggi. Suami yg kdg tinggi. Akibat pressure kerjaan saya rasa

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews