Resepi ayam cili padi bersantan. Pedas lemak, padu gila!

Kalau korang peminat masakan kampung, resepi Ayam Cili Padi Bersantan ni wajib korang try! Rasa dia pedas kaw-kaw, lemak berkrim, memang ngam untuk lunch atau dinner. Yang penting, cara nak buat dia mudah sangat. Jom kita buat sama-sama!

Bahan-bahan.

Ayam (anggaran 5 ketul).
Cili besar (10 biji)*
Cili padi (10 biji)*
Bawang besar (1 biji)*
Bawang putih (4 ulas)*
Belacan (besar ibu jari)*
Santan (½ kotak kecil).
Sos tiram (1 sudu besar).
Asam keping (1 keping).
Gula (1 sudu kecil).
Cukup rasa.
Daun kunyit (racik halus).

(Blend kasar bahan bertanda * dengan minyak  dan sikit air).

Resepi ayam cili padi bersantan. Pedas lemak, padu gila!
Resepi ayam cili padi bersantan.

Cara nak masak.

1. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Ketepikan. Dengan menggunakan minyak gorengan ayam tadi, tumis bahan blend sampai naik bau wangi dan pecah minyak. Part ni yang buat jiran-jiran tanya, "Haii, masak apa tu?" Haha.

2. Bila dah garing, masukkan santan, asam keping, gula dan perasa. Kacau sampai kuah mendidih sikit. Jangan lupa rasa kuah, cukup masin manis dia!

3. Letak ayam yang korang goreng separuh masak tadi. Gaul sebati, pastikan kuah menyerap dalam ayam tu.

4. Last sekali, masukkan daun kunyit yang diracik halus. Kacau rata dan biar kuah pekat sikit. Siap!

-Kalau nak pedas lagi, boleh tambah cili padi extra.
-Santan jangan banyak sangat kalau tak nak kuah cair.

Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar to the Owner.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews