25 December 2024

6 perkara ni elok simpan sendiri. Tak payah share!

Ada orang suka share apa je, contohnya berkongsi cerita, idea atau barang dekat orang sekeliling dia termasuklah di media sosial. Memang best, tapi bukan semua benda sesuai untuk kita share. Kadang-kadang, lebih baik simpan sendiri je. Nak tahu kenapa? Meh, baca ni sampai habis. 

6 perkara ni elok simpan sendiri. Tak payah share!

Maklumat peribadi tu rahsia besar.
Kad pengenalan, password dan nombor akaun bank semua ni benda sensitif. Kalau tersalah kongsi, orang boleh salah guna. Dah lah kena scam, duit dalam bank pun hilang. Lepas tu, nak buat laporan polis. Aduh, leceh kan? Jadi, simpan sendiri maklumat peribadi ni baik-baik.

Hal keluarga, biar kat dalam rumah je.
Biasalah, keluarga mana yang tak ada masalah. Sedangkan lidah lagi tergigit kan.  Tapi kalau setiap konflik kat 'dalam' rumah kita sembang kat luar, bagus tak gitu? Bukan apa, tak mustahil orang luar boleh salah faham, cerita pulak adi bertambah worst. Last, kita jugak yang shy shy. Kalau perlu diluahkan, cari orang yang betul-betul boleh dipercayai. 

Barang peribadi, jangan main tukar-tukar.
Berus gigi, tuala dan alat solek, nampak kecil tapi benda-benda ni mungkin boleh jadi punca penyakit kalau dikongsi. Cuba bayangkan berkongsi alat solek, lepas tu tiba-tiba muka naik ruam. Siapa yang susah? Kita juga. Kan?

Impian besar, tunggu sampai jadi.
Nak buka bisnes, nak travel dunia, nak beli rumah besar, semua ni memang best kalau dapat kongsi. Tapi ingat, bukan semua orang suka tengok kita berjaya tau. Ada yang iri hati dan jeles. Ada pulak yang cakap benda negatif. Baik kita diam-diam je, buat dulu sampai jadi. Bila dah berjaya, baru cerita. Lagi puas hati! Setuju tak?

Pendapatan? Eh, tak payahlah nak cerita.
“Eh, kau gaji berapa?” Soalan cam ni biasa je kita dengar. Tapi jawab dengan hati-hati, geng. Bukan semua orang boleh terima cerita pasal duit kita. Kadang-kadang boleh timbul rasa dengki atau salah faham. Kalau boleh, elakkan cerita benda ni kecuali kalau memang kena bagitau.

Rahsia orang lain, tolong simpan.
Kalau orang dah percayakan kita dengan cerita dia, jagalah rahsia tu elok-elok. Jangan sesekali sebarkan, walaupun pada kawan baik sendiri. Sebab, bila kita bocorkan rahsia orang, kepercayaan tu dah gone. Kita pun mesti tak suka kalau orang buat benda yang sama kat kita, betul tak?

So, tak semua benda sesuai untuk kita kongsi walaupun dengan orang terdekat. Ada perkara yang lebih baik simpan sendiri je. Jaga privasi, jaga batas, inshaAllah hidup lebih tenang dan orang pun lebih hormat kat kita. Bak kata orang tua, “Diam itu emas”, kan? Moga dapat sesuatu.

No comments:

Post a Comment