Resepi masak lemak cili api nangka muda dengan ayam, padu!

Kalau korang tengah craving lauk tradisi yang pekat lemak berkrim dengan rasa pedas menyengat, apa kata try masak lemak cili api nangka muda dan ayam ni? Gabungan nangka muda dan ayam, ditambah kuah santan yang padu, memang buat kita berulang ke dapur, ceduk lagi dan lagi! Resepi ni simple, tak guna rempah ratus banyak, tapi hasilnya... phew, syurga! Jom baca bahan dan cara mudah untuk sediakan hidangan sedap ni.

Resepi masak lemak cili api nangka muda dengan ayam, padu!
Resepi masak lemak cili api nangka muda dengan ayam, padu!

Bahan-bahan.

Sebiji nangka muda (saiz kecil – rebus hingga 3/4 empuk, tambah garam dalam rebusan).
Seekor ayam (dicincang kecil).
Cili padi (ikut tahap pedas yang korang suka).
Seinci halia.
2 biji bawang besar 
5-6 ulas bawang putih.
Kunyit basah/serbuk kunyit – sedikit
(Semua bahan di atas perlu dikisar halus).
Serai – 2 batang (dititik).
2 keping asam keping.
Santan kelapa segar – dari sebiji kelapa.
Santan kotak – 1 kotak.

Cara.

1. Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Tumis serai sehingga wangi. Masukkan bahan yang telah dikisar.

2. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak dan menjadi pes pekat.

3. Masukkan ayam yang telah dicincang kecil. Gaul sebati bersama pes tadi.

4. Tambahkan sedikit air dan masukkan asam keping. Masak hingga ayam empuk.

5. Bila ayam dah masak, tuangkan santan kelapa yang sudah dicampur dengan air (untuk buat kuah). Jangan risau kalau nampak cair, nanti kita tambah santan kotak.

6. Perasakan dengan garam, gula, dan sedikit ajinomoto ikut selera masing-masing.

7. Bila santan dah mendidih, masukkan nangka rebus tadi. Gaul rata supaya kuah sebati dengan nangka.

8. Akhir sekali, tuangkan santan kotak. Kacau perlahan-lahan supaya santan tak pecah.

9. Masak lagi dalam 10 minit. Bila dah siap, biarkan sekejap (dalam 20-30 minit) supaya nangka dapat menyerap rasa kuah lemak.

Resepi ni memang tak guna ketumbar dan rempah lain sebab dah ada ayam. Simple dan lebih asli. Nak rasa lebih padu? Makan selepas kuah betul-betul mesra dengan nangka.

Selamat mencuba! Makan dengan nasi panas-panas, memang tak cukup sepinggan!

Kredit resepi dan gambar : Nor Haidah Md Said.

1 comment:

  1. Saya save dulu, nak buat nanti 😍😍😍😍. Dah terbayang sedap ya ini. Nangka muda memang sering dibuat lauk kalo disini.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.