Resepi sambal ikan bakar yang padu dan mudah.

Kalau korang penggemar ikan bakar, ini resipi yang wajib korang cuba! Mungkin ada pelbagai versi dan cara, tapi bak kata orang takde yang salah dalam memasak ni. Semuanya betul. Ikut memasing sebab kita yang buat dia. Haha. 

So, sambal ikan bakar yang padu adalah yang pekat, pedas dan beraroma. Resipi ini sesuai untuk sekor ikan dan korang boleh pilih ikan kegemaran seperti ikan pari, siakap atau kembung. Yang penting, bahan-bahannya mudah didapati dan cara memasaknya senang saja. Jom tengok bahan-bahannya. 

Resepi sambal ikan bakar yang padu dan mudah.
Resepi sambal ikan bakar yang padu dan mudah. 

Bahan-bahan.

Segenggam cili kering (direndam).
4 ulas bawang putih.
1 biji bawang Holland (sederhana) 
2 inci halia 
2 inci kunyit hidup.
1 sudu kecil serbuk kunyit.
2 batang serai.
½ cawan susu cair (atau santan untuk rasa lebih lemak).
½ cawan air.
¼ cawan minyak masak.
Gula dan garam secukup rasa.

Cara-cara.

1. Kisar semua bahan sehingga halus.

2. Lumur sambal pada ikan dan perap selama 30 minit (lagi lama lagi sedap!).

3. Panaskan oven pada suhu 200°C selama 10 minit.

4. Bakar ikan selama 15 minit menggunakan api atas bawah.

5. Kemudian tukar kepada api atas sahaja dan bakar lagi selama 5 minit.

6. Siap untuk dihidang!

Untuk menambahkan lagi ‘umph’, jangan lupa buat air asam atau sediakan sambal belacan sebagai pencicah. Selamat mencuba. Dijamin puas hati!

Kredit: Nurhaziqah untuk resipi dan gambar.

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews