Nak buat rendang hijau? Ikut cara mudah ni, confirm terangkat!

Korang pernah tak dengar pasal rendang hijau? Selalu rendang ni warna coklat kemerahan, kan? Mungkin ada yang tak pernah try lagi. Apa kata kali ni korang buat versi hijau, baru rare! Resepi ni memang padu, confirm buat family korang repeat makan berkali-kali. Jom kita start!

Bahan-bahan;
1 ekor ayam/1 kilo daging. (ikut citarasa).
Santan. (dari sebiji kelapa).
5 helai daun limau purut. 
2 helai daun kunyit. (hiris halus).
3 sudu besar kerisik.
3 keping asam keping.
Garam, gula dan perasa.

Bahan blend;
2 genggam cili api hijau. (pedas-pedas power).
2 inci kunyit hidup. (kasi wangi rendang).
1 1/2 inci lengkuas. (potong kecil). 
4 ulas bawang putih. (kasi extra kick).
4 biji bawang besar. (wangi tumisan).
6 batang serai. (diketuk).
1 inci halia.

Nak buat rendang hijau? Ikut cara mudah ni, confirm terangkat!
Nak buat rendang hijau? Ikut cara mudah ni, confirm terangkat!

Cara-cara nak masak;

1. Panaskan minyak dan tumis pes sampai naik bau. Tunggu sampai kering sikit, pastu masukkan daun limau purut.

2. Masukkan ayam/daging bersama asam keping. Kalau guna daging, boleh tambah air sikit-sikit sampai empuk. Kalau ayam, guna air ayam tu je.

3. Dah nampak daging/ayam kering sikit, masukkan santan dan kerisik. Kacau-kacau biar sebati.

4. Tambah garam, gula dan bahan perasa ikut citarasa korang.

5. Last sekali, tabur daun kunyit yang korang hiris tadi. Dah siap, terus hidang panas-panas!

Tip extra;

Rendang ni lagi lama masak, lagi sedap sebab bahan-bahan tu lagi sebati. Kalau boleh, masak awal sehari sebelum nak makan.

Selamat mencuba! 

Kredit resepi dan gambar : To The Owner. 

No comments:

Post a Comment

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (36) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (450) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (62) resepi (247) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (171) tips (41) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews