Siapa sangka asam jawa, bahan dapur yang selalu kita gunakan untuk masakan, sebenarnya menyimpan rahsia kecantikan semula jadi? Kalau korang sering bergelut dengan parut lama yang degil nauu nak hilang, mungkin ini masanya korang try petua ini.
Kenapa asam jawa?
Asam jawa kaya dengan kandungan antioksidan dan asid semulajadi yang bantu singkirkan sel kulit mati. Dalam masa yang sama, ia jugak merangsang pertumbuhan kulit baru. Sebab itulah ia terkenal sebagai bahan semulajadi untuk cerahkan parut sekaligus menyegarkan kulit.
Cara menggunakan asam jawa.
Senang je! Ambil sikit pes asam jawa, pastu campurkan dengan air suam sampai jadi pes pekat. Then, sapu pada bahagian atau kawasan kulit yang bermasalah atau ada parut, biarkan selama 15 hingga 20 minit, kemudian baru bilas dengan air bersih. Lakukan ini dua hingga tiga kali seminggu. Selain daripada membantu memudarkan parut, asam jawa jugak dikatakan boleh beri efek kulit yang lebih halus dan cerah. Kalau korang buat konsisten, korang akan mula nampak perubahannya dalam beberapa minggu je. Wah, best nya!
Adakah semua parut boleh hilang?
Kita kena ingat, parut yang baru lebih mudah pudar berbanding parut lama. Kalau parut tu dah bertahun-tahun, mungkin ia perlukan rawatan tambahan atau tempoh masa lebih panjang. Tapi, jangan risau, at least dengan asam jawa, korang tak payah risau tentang bahan kimia yang mungkin merosakkan kulit.
Untuk hasil lebih baik, campurkan pes asam jawa dengan madu atau minyak kelapa. Kedua-dua bahan ini bantu lembapkan kulit dan percepatkan proses pemulihan.
Walaupun nampak macam petua simple je kan, namun keberkesanannya telah terbukti oleh ramai orang sejak zaman nenek moyang kita lagi. Jadi, apa kata korang cuba? Sapa tahu, parut yang dulu buat korang rasa kurang yakin kini boleh pudar dengan bantuan asam jawa! Nak cantik tak semestinya mahal, kan?
Wow..Bagus info ni...=D
ReplyDeleteboleh dicuba ni...dah semakin banyak usia ehhhh banyak pulak parut kat muka. masa anak dara dulu takde pengalaman keluar jerawat tapi bila dah 4 series byk pulak jerawat
ReplyDelete