Udang goreng cili thai: Resepi mudah, pedas dan sedap.

Kalau dah bosan dengan sambal atau kari udang, apa kata korang try resepi Udang Goreng Cili Ala Thai ini? Resepi ini memang wajib cuba kalau korang penggemar makanan Thai. Rasanya memang padu, gabungan pedas, masam dan manis yang sangat memikat. Resepi ini bukan sahaja senang, tapi juga sesuai untuk hidangan istimewa keluarga. Jom kita tengok bahan-bahan dan cara penyediaannya!

Udang goreng cili thai: Resepi mudah, pedas dan sedap.
Udang goreng cili thai: Resepi mudah, pedas dan sedap.

Bahan-bahan:

1 kg udang saiz XXL.
4 biji cili merah*.
4 biji cili hijau*.
Cili padi merah dan hijau* (ikut tahap pedas yang diingini).
2 batang serai (dititik).
6 ulas bawang putih*.
½ biji bawang besar*.
½ inci halia*.
Sos ikan.
Sos tiram.
Sos cili Maepranom.
Gula Thai atau gula perang.
2 helai daun limau purut (dihiris kasar).
Daun ketumbar (dihiris)

(*bahan-bahan bertanda ini perlu dikisar kasar.)

Cara-cara:

1. Kisar kasar semua bahan bertanda (*). Kalau ada chopper, lagi senang.

2. Bersihkan udang dan gaulkan dengan sedikit garam. Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, dan ketepikan.

3. Guna minyak sama, tumis serai dan bahan kisar hingga naik bau.

4. Masukkan sos ikan, sos tiram, sos cili Maepranom, dan gula Thai. Kacau rata. Kalau terlalu pekat, tambah sedikit air.

5. Masukkan daun limau purut dan kacau seketika.

6. Masukkan udang yang telah digoreng, gaul hingga sebati. Tutup api.

7. Akhir sekali, taburkan daun ketumbar sebagai hiasan.

Siap untuk dihidangkan!  Selamat mencuba!

Gambar dan resepi asal: Nur Masri.

3 comments:

  1. Saya nih kalo dah udang, mau diapakan saja pasti suka kak ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜. Even hanya di rebus pun bisa habis banyak hahahaha. Apalagi dibuat masakan ala Thai begini ๐Ÿคค๐Ÿคค❤️

    ReplyDelete

Followers

Top Commentators

Library

Labels

TV show (17) about me (3) agama (303) beauty (143) biar betul (18) bisnes (118) blog story (635) breastfeeding (6) cerpen (1) diy (4) drama/filem (46) event (35) gajet dan IT (20) health (354) idea kreatif (41) ilmu (25) info (369) jalan-jalan (41) kata hikmah (9) kisah artis (35) lirik lagu (11) muhasabah diri (445) my pregnancy (20) parenthood (49) petua (188) poem (12) pregnancy (10) puasa story (30) relationship (60) resepi (246) rumahtangga (63) senyum sikit (4) social awareness (170) tips (40) wordless (31)

Disclamiers

Ini merupakan blog peribadi. Segala perkongsian dalam blog ini adalah pendapat peribadi penulis dan dari info yang telah dinyatakan sumbernya serta untuk rujukan pemilik blog pada masa hadapan. Artikel yang mengandungi fakta/info berkaitan medical adalah dari sumber yang boleh dipercayai dan telah disahkan kesahihannya. Namun, sila dapatkan nasihat pakar untuk lebih detail. Komen yang mempunyai pautan atau laman web yang bersifat keuntungan sebelah pihak (perniagaan) akan dipadamkan serta-merta termasuklah komen yang berbau negatif juga tak akan disiarkan. Terima kasih.

Pageviews