Kalau korang rasa letih yang tak habis-habis walaupun korang dah tidur cukup, mungkin korang ada masalah dengan tiroid. Hypothyroid atau tiroid kurang aktif, berlaku bila kelenjar tiroid tak hasilkan hormon yang cukup untuk badan. Bila tiroid tak berfungsi dengan baik, metabolisme jadi perlahan dan tenaga pun merosot. Hormon tiroid ni sebenarnya penting untuk kawal kadar tenaga dalam badan, so bila kurang, kita pun jadi cepat penat.
Selain rasa letih, hypothyroid boleh buat berat badan naik, kulit kering dan ada yang alami sembelit. Tapi yang paling mengganggu ialah keletihan yang berpanjangan, walaupun dah cukup tidur. Kadang-kadang, tidur banyak pun rasa penat masih tak hilang.
Keletihan ni boleh buat kita rasa malas nak buat apa-apa, tak kira kerja, bersenam atau pun main dengan anak. Fikiran pun boleh jadi mudah terganggu dan kita rasa macam dah takde tenaga dah walaupun buat benda ringan.
Kalau korang rasa camni, lebih baiklah korang pergi jumpa doktor. Doktor boleh buat thyroid function test (TFT) untuk cek tahap hormon tiroid korang. Dan, kalau korang memang ada masalah hypothyroid, doktor akan bagi ubat untuk ganti hormon tiroid yang kurang dan ini boleh bantu naikkan semula tenaga badan.
Selain ubat, gaya hidup pun penting jugak. Makanlah makanan sihat dengan banyak buah, sayur dan protein dari ikan boleh bantu kesihatan tiroid. Buat senaman ringan pun bagus untuk tingkatkan tenaga dan peredaran darah. Jangan lupa jaga stres jugak sebab stres boleh buat simptom hypothyroid jadi lebih worst.
So, kalau korang rasa letih yang tak habis-habis, jangan pandang remeh. Dapatkan rawatan dan amalkan gaya hidup sihat sebab ia boleh bantu tingkatkan tenaga dan buat hidup lebih bertenaga.
No comments:
Post a Comment