Berat badan naik selepas pembedahan thyroidectomy boleh jadi satu misteri yang buat kita termenung sambil tengok cermin. Aduhai... Baru je kita rasa lega lepas buang 'masalah' kat kelenjar tiroid, tiba-tiba seluar ketat pulak! Ehh apa sebenarnya yang jadi ni gais?
Lepas pembedahan, iaitu membuang semua kelenjar tiroid, confirm badan kita akan alami perubahan besar, nak-nak pulak dari segi hormon. Semua pesakit mesti mengambil ubat hormon tiroid, iaitu levothyroxine. Ubat ini direka untuk menggantikan hormon tiroid semulajadi yang dah hilang. Tapi, nak seimbangkan dos hormon ini tak semudah goreng telur tau. Kalau dos rendah sangat, metabolisme akan jadi slow macam kura-kura. Bila metabolisme slow, makanan yang kita makan lebih cenderung 'disimpan' daripada 'dibakar'
Makna kata lain, badan kita tak lagi membakar kalori dengan cekap macam dulu. Walaupun kita makan dalam portion yang sama ataupun kita buat aktiviti rutin macam biasa, berat badan boleh bertambah sebab kalori yang tak digunakan disimpan sebagai lemak.
Selain itu, hormon tiroid bukan hanya sekadar tentang metabolisme. Ia juga boleh pengaruhi mood dan tenaga. Lepas pembedahan, ada orang rasa letih atau kurang energy. Dan bila badan letih, aktiviti fizikal pun berkurang, tapi selera makan tetap macam biasa. Hasilnya? Berat badan pun naik pelan-pelan.
Tak lupa juga emosi. pun turut mempengaruhi. Ketidakselesaan selepas pembedahan atau rasa bimbang tentang kesihatan boleh mendorong ramai mencari comfort food. Sayangnya, makanan yang jadi pilihan masa stres itu adalah yang tinggi kalori dan rendah nutrien. Aduhh...
Namun, berat badan selepas thyroidectomy bukanlah sesuatu yang kekal. Dengan dos ubat yang tepat, pemakanan seimbang dan aktiviti fizikal yang sesuai, semuanya boleh kembali normal. Ingatlah bahawa perjalanan kesihatan kita lepas pembedahan adalah satu proses. Berat badan yang bertambah bukan tanda kegagalan, tapi peluang untuk kita lebih memahami badan kita dan keperluannya. Moga tak mudah putus asa ye espeacially pengidap hypothyroid seperti cikla, hihi!
0 comments: