"Luahan Rasa Tanpa Suara"

29 April 2020

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela.

April 29, 2020 5
Hurmm, dah lama kot Cikla tak join apa-apa segmen dengan giveaway. So, hari ni kita joinlah sambal-sambal nak masuk dapur kejap lagi. Nak masak apa? Masih berfikir lagi ni. Hihi.

Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela.
Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela.

Syarat Penyertaan:

1. Follow Blog Cik Miela/
2. Follow instagram @salmilanadia.

3. Buat entri bertajuk " Segmen Bloglist 2020 by Cik Miela"
4. Jangan lupa komen link entri penyertaan dan username IG di entri ni untuk Miela follow back korang.

Hadiah:

10 x bloglist selama 3 BULAN (dipilih secara random)

BONUS:

1 x Photobook 6x6 + Bloglist 3 BULAN
(dipilih peserta paling aktif)

Segmen bermula hari ini 26/4/2020 sehingga 15/5/2020. Pemenang akan diumumkan pada hari keesokannya.

Best kan? Siap ada hadiah lagi. Siapa yang belum join, jomlah. Klik je banner tu. Kita support adik manis ni. Anyway, selamat bersegmen korang. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

April 29, 2020 1
Ekceli cikla buat ni petang semalam. Al kisahnya, hari tu nampak kak Abie Zalyza, kawan FB cikla, post dekat fb yang dia buat kuih tako. Teringin pulak nak try sendiri, lagipun anak-anak suka makan. So, pm dia lelaju mintak resepi. Hehe. 

Tengok resepi macam senang jugak nak buat. Kebetulan bahan ada, so kita on ajelah. Yang penting, kita guna apa yang ada dekat dapur tu je kan. Kalau korang nak letak sekuang ke, jagung ke macam yang jual dekat bazaar tu, terpulanglah. Ikut selera masing-masing. Dah, jom kita tengok bahan-bahan dia dulu. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

Bahan-bahan :

Untuk lapisan bawah (hijau).

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

1 cawan tepung jagung.
1 cawan gula.
1 cawan air pandan (blend daun pandan dengan secawan air).
5 cawan air biasa. 
Pewarna hijau.

Untuk lapisan atas (putih).

1 cawan tepung jagung. 
1 cawan gula. 
1 kotak santan 200ML. 
5 cawan air. 
Secubit garam. 

Cara nak buat.

Buat lapisan bawah, hijau dulu. Campurkan semua bahan dalam periuk yang sesuai. Kacau perlahan atas api yang sederhana besar sampai jadi likat. Nak tau dah ok, bila dia timbul gelembung-gelembung tu. Dah masak, tuang dalam bekas (ikut suka kalau nak letak dalam mana pun). Sejukkan sekejap. Sambil-sambil tunggu lapisan hijau sejuk, basuh periuk untuk masak lapisan atas pulak. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.  Lapisan bawah.

Untuk lapisan atas yang putih. Cara sama macam yang lapisan hijau. Campur semua bahan, kemudian kacau sampai likat dekat atas api yang sederhana besar. Teknik sama nak tau dia dah masak ke belum, muncul gelembung-gelembung cinta ehh gelembung masa dia mendidih tu. Dah masak, tuang atas lapisan hijau dengan berhati-hati. Paling cantik tunggu yang lapisan hijau tu sejuk baru tuang. Tapi nak tunggu yang hijau tu sejuk, keras pulak yang putih tu kan.

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.  Lapisan atas. 

So, tuang slow-slow. Dah tuang semua, sejukkan. Sedia untuk dinikmati masa berbuka nanti. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

Oklah kan kejadian dia, untuk orang yang baru belajar macam hakak ni. Kalau rajin lagi, esok-esok kita letak dalam daun pandan plak. Anak pun kata ok sedap. 

Siapa nak cuba, silakanlah. Sempat lagi nak kacau tu untuk bukak pose maghrib nanti. 

26 April 2020

Ada ibu mengandung yang sedang alami masalah edema atau bengkak kaki? Jom legakan rasa tak selesa tu dengan minyak urut moden MMG.

April 26, 2020 1
Cikla percaya sesetengah ibu, masa mengandung ada yang alami masalah bengkak kaki kan. Bengkak kaki ni orang panggil edema. Hal ni memang normal je, sebab masa mengandung  hormon dan fisiologi badan akan berubah. 

Tapinya, bukan semua orang kena. Macam cikla, setakat mengandung dari yang first sampailah yang ni, alhamdullilah tak pernah kena. Edema ni pulak boleh berlaku di mana-mana bahagian badan, tapi tempat yang paling biasa adalah di kaki dan pergelangan kaki lah. 

Ada ibu mengandung yang sedang alami masalah edema atau bengkak kaki? Jom legakan rasa tak selesa tu dengan minyak urut moden MMG.
Ada ibu mengandung yang sedang alami masalah edema atau bengkak kaki? Jom legakan rasa tak selesa tu dengan minyak urut moden MMG. 

Macam sis ni. Time dia pregnant dulu, kena bengkak kaki. Bukan takat bengkak je, siap denyut-denyut lagi. So, sis ni pun ikhtiar dengan minyak urut moden MMG. 

Alhamdullilah, sapu konsisten bengkak kaki pun surut. Rasa denyut dan tak selesa pun hilang sama. Jalan pun dah ok dah. Memang cepat bantu rasa lega.

Ada ibu mengandung yang sedang alami masalah edema atau bengkak kaki? Jom legakan rasa tak selesa tu dengan minyak urut moden MMG.
Ada ibu mengandung yang sedang alami masalah edema atau bengkak kaki? Jom legakan rasa tak selesa tu dengan minyak urut moden MMG. 

Sebab tu, cikla rekomen sangat MMG ni untuk ibu-ibu mengandung terutama yang sedang alami masalah ni. Lagipun, tak salah berikhtiar kan. 

Kalau serasi boleh guna terus sampai lepas bersalin, masa dalam pantang even lepas pantang pun boleh terus guna. Baby pun boleh tumpang sekaki. 

Berminat nak mencuba klik link ni ya <www.wasap.my/60173815843/nakMMG>

25 April 2020

Apakah perkara-perkara makruh puasa? Inilah dia.

April 25, 2020 2
Makruh ertinya sesuatu perbuatan yang tak mendapat dosa kalau dibuat, tapi dapat pahala kalau ditinggalkan. 

Apakah perkara-perkara makruh puasa? Inilah dia.
Apakah perkara-perkara makruh puasa? Inilah dia.

a) Berkumur-kumur dengan keterlaluan. 
b) Merasa makanan dengan lidah. 
c) Bercakap perkara-perkara buruk dan keji. 
d) Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk. 
e) Menggosok gigi setelah gelincir matahari. 
f) Mencium isteri. 
g) Menderma darah.

Moga amalan kita diterima olehNya. Aamin.

Kredit : webpuasa.tripod.com

Salam Ramadan Al-Mubarak.

April 25, 2020 3
Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari kedua Ramadan. Syukurlah. Rasanya masih tak terlambat lagi kot cikla nak ucapkan selamat berpuasa pada semau sahabat pembaca blog cikla ni. Semoga kita diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ni hingga ke akhirnya dan mendapat barokah di bulan yang mulia ini. Aamin. 

Pendapat cikla, pastinya pengalaman berpuasa kali ni memang tak akan dilupakan kan. Pertama kali berlaku, tiada bazaar Ramadan dibenarkan beroperasi sepanjang waktu ini. Kesian jugak para peniaga kita. Tapi, apa boleh buat, demi keselamatan dan kesihatan kita semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Salam Ramadan Al-Mubarak. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Walaupun perniagaan bazaar 'realiti' tak dibenarkan, tapi siapa yang nak berniaga boleh guna kemudahan atas talian, atau online. Kira oklah kan, janji masih boleh berniaga. Tapi, dalam pada tu kena jugaklah jaga langkah-langkah keselamatan dan kebersihan jugak, terutama pada runner yang hantar makanan tu. Kena alert banyak pasal ni tau.

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Salam Ramadan Al-Mubarak. Gambar from Google. 

Apa yang penting, beli juadah tu jangan membazir, lagi-lagi musim PKP ni. Kalau boleh jimat, jimatlah. Kita tak tau lagi berapa lama PKP ni akan dilanjutkan. Apa yang penting, moga virus COVID-19 ni segera pergi dari sekeliling kita. 

22 April 2020

Mahukan kehidupan yang lebih baik? Jom tukar cara berdoa dengan 7 formula ini.

April 22, 2020 2
Ada orang mudah putus asa kalau doa yang dia minta itu tidak dimakbulkan. mungkin dia terlupa yang 'cara' dia meminta itu tak kena dengan apa yang disarankan.begitu juga dengan diri ini. Allahu, mungkin ada yang kita terlepas pandang. Ada yang kita tak sedar. Ada yang kita tak mengertikan. 

So, apa kata kita ubah cara kita berdoa selama ini kepada yang lebih baik. Nak tau apa caranya? Jom baca sampai habis perkongsian ini.

Mahukan kehidupan yang lebih baik? Jom tukar cara berdoa dengan 7 formula ini.
Mahukan kehidupan yang lebih baik? Jom tukar cara berdoa dengan 7 formula ini. Gambar dari carian Google. 

Pertama : 

Kalau sebelum ini kita selalu berdoa, "Ya Allah, berikanlah aku KEKUATAN." 

Apa kata lepas ni kita tukar sikit doa kita macam ni, "Ya Allah, lapangkanlah kesulitan apa yang aku hadapi ini. Ya Allah, keluarkan aku dari kesulitan ini. Ya Allah, bantulah aku." 

Sebab, kalau kita berdoa macam yang mula-mula tadi, makanya Allah akan sentiasa menguji untuk test kekuatan kita. 

Kedua : 

Kita selalu berdoa, "Ya Allah, BERIKAN aku." 

Apa kata kita tukar doa kita tu, "Ya Allah, KURNIAKANLAH aku." 

Sebab, kalau kita asyik sebut BERI maka bila-bila masa Allah akan ambil balik pemberianNya itu. Tapi, kalau KURNIA, Allah akan mengurniakan kita sesuatu sampai bila-bila, inshaAllah dengan izinNya jua.

Ketiga : 

Selalu kan, kita mesti doa macam ni, "Semoga DIMURAHKAN rezeki." 

Tapi, lepas ni kita tukar sikit jadi, "Semoga DILIMPAHKAN rezeki yang berpanjangan dan berkat." 

Kan nampak bezanya kan. Doa yang kita baca tu hendaklah betul, sebab setiap dari doa kita tu Allah dengar dan yakinlah Allah makbulkan doa kita. Kalau kita pun tak yakin dengana pa yang kita doakan, macam mana Allah nak makbulkan?

Keempat : 

Kalau sebelum ni kita selalu berdoa, "Ya Allah, kurniakanlah kami zuriat, anak yang soleh dan solehah." 

So, lepas ni tukar doa kita kepada, "Ya Allah, sekiranya dengan mempunyai zuriat dapat mendekatkan diriku pada Mu, maka makbulkanlah ya Allah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan Engkau lebih memandangku, maka kurniakanlah. Sekiranya dengan mempunyai anak membuatkan ibadahku lebih bertambah dan solatku lebih khusyuk maka izinkanlah aku untuk meminjam nikmati ini ya Allah. Kerana Engkau sahajalah sebaik-baik perancang dan Engkau Tuhan yang Maha Mengetahui atas segala sesuatu yang terbatas bagiku." 

Sebenarnya, dalam berdoa matlamat dan objektif doa tu bukan hanya fokus pada nikmat sahaja, tapi ia melibatkan keikhlasan kita atas hubungan kita dengan pemberi nikmat iaitu Allah SWT. 

Mahukan kehidupan yang lebih baik? Jom tukar cara berdoa dengan 7 formula ini.
Mahukan kehidupan yang lebih baik? Jom tukar cara berdoa dengan 7 formula ini. Gambar dari carian Google. 

Kelima :

Bersyukur dulu dengan apa yang Allah dah beri, maka Allah akan tambahkan lagi. Bukan apa, mungkin kita lupa untuk bersyukur padahal kita berdoa minta dekat Allah macam-macam. Rezeki yang ada dekat depan mata pun kita lupa nak syukur. Allahu. 

Kita doa macam ni. "Ya Allah, aku bersyukur umurku masih Panjang lagi pada hari ini, maka Kau jadikanlah hariku sebagai ibadah kepadaMu. Dan redhakanlah ia kepadaku ya Allah."

Keenam :

Doakan orang lain juga sebab bila kita mendoakan orang lain, seluruh malaikat di Arasy akan turut mengaminkan doa kita. 

Jom doa macam ni, "Ya Allah, jika ada mereka yang sedang dalam kesulitan dan kesempitan waktu ini, bantulah mereka ya Allah, lapangkanlah kesulitannya, permudahkan perjalanan hidupnya ya Allah."

Ketujuh : 

Sentiasa berusaha perbaiki diri walaupun hanya 1% setiap hari sebab dala setahun kita mampu berubah 365%. Apa yang penting tanamkan niat dan tekad ke arah itu, inshaAllah dipermudahkan.

Kredit Artikel Mingguan Wanita. 

19 April 2020

4 amalan baik sebelum tidur.

April 19, 2020 0

Dah nak tidur ke tu? Apa kata kita amalkan 4 perkara kat bawah ni sebelum kita melelapkan mata. 


4 amalan baik sebelum tidur.
4 amalan baik sebelum tidur. Gambar diubahsuai dari carian Google. 


1. Baca surah Al ikhlas (3x).

"Qul huwallahu ahad. Allahushamad. Lam yalid wa lam yulad. Wa lam yakul lahu kufuwan ahad."

2. Selawat ke atas Nabi SAW (3x).

"Allahumma sholli 'Alaa sayyidina Muhammad Wa' alaa Aalli sayyidina Muhammad."

3. Beristighfar (3x).

"Astaghfirullahal'adzim, alladzi la ilaha illa huwal hayyul qoyyumu wa atubu illaih."

4. Bertasbih (3x).

"Subhanallah Walhamdullillah wala ila ha illallah wallahu akbar."

Selamat beramal dan selamat malam. 

#sharingiscaring 

Jom masak sayur kangkung guna 3 bahan je.

April 19, 2020 5
Musim PKP nak selalu keluar pergi kedai ke market ke memang tak lah kan. So, apa yang ada dekat rumah tu kita kasi habis-habiskan dulu sebelum kita topup barang kan. Takdelah la nak keluar tiga empat kali kan. Macam cikla, rini kat dalam peti ais tu ada sayur kangkung beli semalam. Sayur kangkung ni kalau tumis dengan belacan memang sedap. Tak payah lauk lain dah. Makan dia dengan nasi pun dah bertambah-tambah.

So, cikla nak share dengan korang tumis sayur kangkung guna 3 bahan je. Selalu kita dengar kek tiga bahan, kukis 3 bahan kan, haa kali ni kita try sayur plak. Haha.

Jom masak sayur kangkung guna 3 bahan je.
Jom masak sayur kangkung guna 3 bahan je. 

Bahan-bahan:

Sayur kangkung (disiang dan dibersihkan). 
Sos tiram. (dalam 2-3 sudu besar). 
Bawang (merah dengan putih) diketuk. 
*Cili padi (hiris), garam, dan minyak untuk menumis. 

Cara:

Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Kemudian, tumis bawang merah dengan putih sampai wangi. Lepas tu, masukkan sayur kangkung, cili padi dan sos tiram. Tak payah tambah air sebab kita nak buat dia kering je, tak berkuah. Last masukkan garam, sesuai kan rasa. Sayur dah layu, bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Senang je kan? Selamat mencuba! 

18 April 2020

Solat taubat paling simple.

April 18, 2020 3
Ramai yang cakap, takde manusia yang sempurna. Betullah tu, yang sempurna hanyalah Dia. Allah yang Esa. Bagi cikla, setiap orang pasti ada melakukan dosa, tak kiralah dosa yang sengaja atau dosa yang kita tak sedar pun. Manusia takde yang maksum. Tapi, kita beruntung sangat sebab Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya. Ambillah peluang ni mohon ampun sebanyak-banyaknya. So, cikla nak share solat taubat yang pada cikla paling simple dan semua orang mesti boleh buat. Jom baca sampai habis, dan terus praktikkan ya.

Solat taubat paling simple.
Solat taubat paling simple. Gambar kredit Google. 

1. Niat solat :  

Ussoli sunnatan taubati rok'ataini lillahi Ta'ala. 
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala).

2. Rakaat pertama, baca Al fatihah, Al kafirun. 

3. Rakaat kedua, baca Al fatihah, Al ikhlas.

4. Sampai sujud terakhir sebelum Salam, selepas baca bacaan biasa masa sujud, sambung baca doa Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntuminazdzhoo limiin". 

Bacalah 10x ke, 20x ke, 30x ke ikut suka. Waktu ni lah kita memohon ampun padaNya, terasa kerdil dan hinanya kita. Sujud lah lama-lama sikit. Lepas tu baru baca bacaan tahiyat akhir macam biasa, sampailah selesai, terus beri Salam. 

5. Habis solat, Istighfar banyak-banyak.

Solat taubat paling simple.
Solat taubat paling simple. Gambar kredit Google. 

Mudah je kan. Selamat beramal, InshaAllah.

#justsharing
#jomperbaikidirijadilebihbaik

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.

April 18, 2020 3
Diam tak diam dah masuk trismeter ke-3 dah cikla peknen. Rasanya peknen kali ni macam cepat pulak masa berjalan. Alhamdullilah, baby dengan ibu dia sihat-sihat je. Cumanya checkup monthly lepas, berat turun banyak pulak sampai sekilo lebih. 

Mungkin sebab sekarang malam-malam memang dah jarang makan nasi. Biasa makan roti atau biskut cicah air milo panas. Ok la kan, asalkan makan. 

Baby pun boleh tahan aktif dia. Asyik nak menge'kick' je keje dia. Kadang-kadang lebih dari tendangan ninja dia bagi. La ni pun dah start kena catit pergerakan baby dah. 

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.
Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya. Kredit pic from Google. 

Apa yang cikla baca di theAsiaparent, pada minggu ke 28 ni of course la baby dah semakin membesar kan. So, bila dah besar, mesti 'rumah' pun jadi sempit. Tu sebab, mak boleh rasa siku baby la, lutut baby la bila dia dok aktif kat dalam tu. Baby jugak dah boleh pusing-pusingkan kepala dia sebagai reaction pada perubahan cuaca. 

Apa yang menarik, baby sedang biasakan diri dia kerdipkan mata, pastu bulu mata pun dah ada dan air mata pun ada dah. Lepas tu, kedudukan baby pulak mungkin kepalanya ke bawah, dengan montot dia menunjuk ke bawah. Haa, kalau ni kita panggil breech.

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.
Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya. 

Simptom kat atas tu boleh dikatakan hampir semua cikla rasa. Dan yang paling sadis, time selalu kencing tu. Kejap-kejap pergi toilet. Kadang-kadang tak minum banyak pun, pun macam tu gak. 

Ok la korang, doakan baby dan mak baby ok-ok aje ye. Risau jugaklah, lagi-lagi sekarang ni tengah hot dengan isu wabak ni. Bulan puasa pun dah nak tiba ni. 

#kisah9bulan10hari

16 April 2020

Resepi kek Marble mudah dan sedap. Jom cubanya sendiri.

April 16, 2020 4
Sejak PKP dikuatkuasakan ni rasanya ramai dah para ibu yang jadi terror memasak dengan tiba-tiba. Hehe. Tak kurang jugak ada yang dah semakin rajin ke dapur. Ehh, bukan dulu malas tau. Cumanya sekarang lebih ringan tulang lagi. Kihkihkih.

Jadinya, bila dah bertambah rajin tu sampai no idea nak masak apa dah. Blur otak fikir menu sedap nak jamu seisi keluarga kan. So, cikla nak share dengan korang satu resepi mudah kek Marble. Lagi satu, resepi ni guna sukatan cawan, so lebih mudah lagi kan. Takdelah pening kita nak menimbang bagaikan. Ralat banyak wehh, kalau ciklalah yang menimbang. Hihi. Oh ye, kredit resepi pada tuan punya resepi puan Hariyati Sanuddin. Menu macam ni sesuai di makan masa minum petang.

Resepi kek Marble mudah dan sedap. Jom cubanya sendiri.
Resepi kek Marble mudah dan sedap. Jom cubanya sendiri.

Bahan-bahan :

1 1/2 cawan marjerin.
1 cawan susu pekat.
4 biji telur.
2 cawan tepung gandum.
1 sudu kecil baking powder.
2 sudu besar serbuk koko.

Cara :

Resepi kek Marble mudah dan sedap. Jom cubanya sendiri.
Resepi kek Marble mudah dan sedap. Jom cubanya sendiri.

1. Dalam bekas yang sesuai, campurkan marjerin dan susu pekat, kemudian kacau rata.

2. Selepas itu, masukkan telur sebiji demi sebiji. Maknanya, masuk sebiji kacau, masuk lagi sebiji kacau. Sampai habis. Tapi, tak payah beria sangat menggodek sampai kembang sangat. Just kacau rata je.

3. Dah rata tu, masukkan pulak tepung gandum yang dah diayak bersama baking powder. Haa, part ni korang kacau laju-laju. High speed gitu. Hehe.

4. Dah siap kacau tu, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu biarkan je warna asal, yang satu lagi letak serbuk koko. Kacau bagi rata warna koko tu disegenap adunan. Time ni, korang boleh panaskan dulu oven korang 170°C.

5. Guna loyang 7". Sapukan sedikit marjerin dekat dalam loyang tu sebelum korang letakkan adunan yang dah siap tadi secara berselang-seli.

6. Ulang sampai habis. Celorengkan ikut suka hati korang dan siap sedia untuk dibakar menggunakan suhu yang dah korang setkan tadi selama 45 minit. Nak tau kek dah masak ke belum, kita kasi cucuk sama lidi. Kalau lidi bersih, takde adunan yang melekat, haa dah masaklah tu kek korang.

Senang je kan? Selamat mencuba!

Kredit resepi dan gambar : https://www.facebook.com/Siti.norhariyati

14 April 2020

Covid19 mudah membunuh lelaki Malaysia?

April 14, 2020 3
Termenung jap cikla bila baca tajuk artikel dekat paper Sinar Harian hari ni. Ditulis kat dalam tu, katanya kadar peratus pesakit covid19 lelaki yang maut kalau nak dibandingkan dengan perempuan di Malaysia adalah yang paling tinggi di dunia. 

Paling tinggi di dunia gais, di dunia tu. Dikatakan jugak, tabiat merokoklah yang boleh meningkatkan risiko para lelaki dijangkiti virus berbahaya ini dan maut disebabkannya.

Covid19 mudah membunuh lelaki Malaysia?
Covid19 mudah membunuh lelaki Malaysia? Gambar dari carian Google.

Hurmm, ada betulnya juagak kan. Bila hisap rokok, tangan yang memegang rokok (mungkin tak basuh tangan) boleh menyebabkan virus mudah berpindah ke mulut. 

So, para lelaki perokok tegar khususnya, ini la masanya korang nak kurangkan hisapan. Selain dari elak virus, boleh elak dari penyakit berbahaya yang lain. Tak gitu abe. 

#justsharing

12 April 2020

Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!

April 12, 2020 0
*Harap maaf, sebarang order untuk kain ini terpaksa di stop dahulu atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Sebarang pertanyaan boleh klik link wasap di bawah ye. Tq. 

Siapa peminat kain dari material Swiss Cotton? Korang tau tak material kain ni macam mana ciri dia? Haa, kalau korang nak tau Swiss Cotton ni adalah dari material cotton polyester yang mana ia adalah kain yang lembut dan rak mengecut selepas dicuci. Bagus kan kain ni, nak gosok pun senang. Tak yah nak berdiri lama-lama nak iron spray bagai nak bagi licin. Lepas tu kain ni pulak tak perlu lining, sebab tak jarang pun. So, patuh syariah la kain ni. 

Haa, elok sangat cikla membebel banyak-banyak pasal kain ni, ni haa ada promo Swiss Cotton baik punya offer. Nak tau ke? 

4 pasang RM100 je korang, tak masuk postage. Postage untuk 4 pasang tu RM11 je. Ala, kos pos ni cikla tak amik untung pun, ibarat cikla tolong bayarkan untuk korang kat abang pos laju tu. Jom usha kain-kain Swiss Cotton yang available. Cantik-cantik tau semua. Confirm korang rambang mata. Serius! Jom usha.

SWISS COTTON.

Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!
Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!



Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!
Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!


Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!
Promo Swiss Cotton berdarah hidung. Rugi tak grab weh!

Oh ye kain, ni dah siap potong 4 meter tau. So, no request meter. Bidang kain pulak standard ±45". Haa, alang-alang ni kan cikla nak bagitau, memandang PKP masih berlangsung lagi, so PENGEPOSAN akan dilakukan SETIAP HARI KHAMIS saja setiap minggu. Korang rileks rileks je kat rumah, kain korang akan dihantar terus ke depan pintu rumah korang. Hihi. 

Klik untuk pertanyaan dan order di SINI

08 April 2020

Jom hidupkan malam Nisfu Syaaban.

April 08, 2020 0
Malam Nisfu Syaaban jatuh pada Hari Rabu malam Khamis (ba'da Maghrib) 08 April 2020. Malam ke-15 bulan Sya'aban. Nabi S.A.W bersabda :

"Barangsiapa yang memberitahu berita datangnya bulan Sya'aban kepada yang lain, maka haram api neraka baginya."

Digalakkan membaca Surah Yasiin (3x). 

Surah Yasin ke-1 - Dibaca untuk memohon di panjangkan umur dan ketaatan serta ketaqwaan dan dapat istiqamah kepada Allah. 

Surah Yasin ke-2 - Dibaca untuk memohon diluaskan rezeki yang halal dan menolak bala. 

Surah Yasin ke-3 - Dibaca untuk memohon ditetapkan Iman, Islam hingga ke akhir hayat.

Membaca : Astaghfirullahal 'Adzim (100x), Tasbih (Subhanallah) Tahmid (Alhamdulillah) dan Takbir (Allahuakbar) (100 x), Selawat Nabi (100x) dan zikir-zikir lain. 

Berdoalah secara khusyuk. Minta apa yang tersirat di dalam hati kerana malam Nisfu Sya'aban adalah malam yang sangat di ijabah untuk dikabulkan semua DOA dan HAJAT yang diinginkan.

Para Ulama menyatakan bahawa malam Nisfu Sya'aban juga dinamakan MALAM PENGAMPUNAN atau MALAM MAGHFIRAH. 

Jom hidupkan malam Nisfu Syaaban.
Jom hidupkan malam Nisfu Syaaban.

Imam Al-Ghazali r.a. mengistilahkan malam nisfu Sya'aban sebagai malam yang penuh dengan  syafa'at (pertolongan) menurut beliau.

Malam ke -13 bulan Sya'aban, Allah  memberikan 3 syafa'at kepada hambaNya. 

Malam ke-14, seluruh syafa'at diberikan secara penuh. 

Malam ke-15, umat Islam dapat memiliki banyak sekali kebaikan sebagai penutup catatan amalnya selama satu tahun. 

Sebab, pada malam itu Allah menurunkan pengampunanNya kepada seluruh penduduk bumi terutama kepada hamba-hambaNya yang soleh. 

Dari Abu Mas’ud Uqbah bin Amir Al Anshari r.hu, dia berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda,

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Barang siapa yang menunjukki kepada kebaikkan maka dia akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengerjakannya.” (HR. Muslim no. 1893)

Allahumma bariklana fii Sya'ban wa balighna Ramadhan. Barakallahufiikum. 

#malamNISFUSYAABAN
#copypaste

07 April 2020

Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini.

April 07, 2020 2
Cikla dah 4 kali bersalin, dan InshaAllah hujung bulan 6 ni kali ke-5. Tapi rasanya sakit kontraksi tu macam lain-lain je. Masa nak bersalinkan kakak Batrisyia, cikla kena induce. So, rasa sakit tu memang wow, gila ahh. Masa bersalin kakak Farisya, abang Ammar dengan Zara sakit semulajadi. Keluar tanda dan ada rasa kontraksi jugaklah. Tapi takdelah sakit gila. Masih boleh bertahan sampai ke bilik bersalin. 

Jujurnya, sebelum nak bersalin tu cikla tak pernah dan pun nak minum air selusuh. Masa bersalin kali pertama tu, memang dah standby dah air selusuh tu, tapi tak minum pun. Cikla cuma amalkan zikir, "La ilaha illa anta, subhanaka, inni kuntu minaz zhalimin.” Alhamdullilah, memang dipermudahkan semuanya. Harap-harap yang kelima ni dipermudahkanlah semuanya. Aamin. 

Untuk ibu-ibu yang pertama kali nak melahirkan, mesti nak tau jugakkan cara nak bagi kurang rasa sakit kontraksi tu. Meh baca ni cikla share beberapa tips macam mana nak bagi lega sikit rasa tak selesa tu. 

Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini.
  • Nak tau cara semulajadi untuk kurangkan rasa sakit kontraksi seterusnya bantu memudahkan proses bersalin? Meh baca perkongsian ini. Gambar ubahsuai dari carian Google. 

Korang kenalah selalu bergerak. Kalau yang ni cikla rasa memang betul. Walaupun sakit banyakkanlah berjalan untuk bantu menguatkan kontraksi. Bila kontraksi semakin 'mengganas', keadaan ini kan membantu mempercepatkan proses kelahiran. Janganlah duduk setempat. Nak berlari anak pun boleh, hihi.

Tapi, kalau korang rasa macam tak larat je nak berjalan, korang boleh tukar ke posisi yang lebih selesa masa korang duduk atas katil. Cumanya, kalau boleh elak dari baring telentang. Berposisilah dalam keadaan mengiring atau bersujud  sebab ia boleh bantu kurangkan rasa sakit. Aduhh!

Kalau sakit kontraksi tu mai, apply teknik pernafasan yang betul sebab ia boleh kurangkan rasa tak selesa tu. Korang kena tarik nafas dalam-dalam guna hidung dan hembuskannya kembali guna mulut. Buatlah berulang kali. 

Nak buat banyak kali pun tak, asal ia buat korang rasa lega dan selesa sikit. At least kan! Lagi satu, kalau korang masih larat bangun untuk pergi ke toilet contohnya, korang boleh mandi air suam sebab air suam boleh bagi korang feel tenang. 

So, bolehlan jugak bantu kurangkan keperluan untuk mengambil ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran. Induce wehh! Kalau suami ada menemani korang kat dalam ward, mintalah suami buat urutan dekat bahagian pinggul termasuklah tempat yang korang rasa tak selesa atau sakit atau lenguh itu. 

Macam encik suami pulak, cubalah tenangkan isteri korang tu, bagi kata semangat ke, dan bagilah diaorang sedikit makanan sebab ia penting supaya isteri tu ada tenaga masa nak meneran nanti. Standby sesiap roti ke, kurma ke ataupun biskut pun ok.

Masa kontraski, gerakkan punggung dan membongkok ke depan untuk bantu rahim menolak baby ke saluran peranakan dengan betul. Ye faham sangat, kontraksi ni memang sakit gila gila gila tak tau nak habaq macam mana rasa dia, tapi tenanglah dan brsabar. 

Kalau boleh, janganlah menangis dan stress. Hadapilah dengan senyuman dan doa banyak-banyak moga Allah permudahkan semuanya. Cuba dengar ayat dan bacaan surah-surah Al-Quran ataupun muzik yang menenangkan. Hat encik suami pulak, berdoalah banyak-banyak dan kalau boleh buatlah solat hajat minta segala urusan isteri awak tu dipermudahkan dan selamat kedua-duanya.

Kredit : 9bulan10hari.

05 April 2020

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.

April 05, 2020 3
Rasanya semua orang tau apakah binatang yang dinamakan sotong. Sotong ni pulak kalau tak salah cikla ada jenis-jenisnya, antaranya sotong katak, sotong kurita, cumi-cumi dan raver (wow, nama dia rare sungguh aih). Apa yang pasti, sotong adalah haiwan yang hidup di dalam laut. Hihi. 

Untuk pengetahuan korang, menurut Wikipedia iaitu enskilopedia bebas mengatakan, sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. 

Haaa, siapa peminat menu berasaskan sotong ni? Cikla nak share 3 resepi sotong yang cikla boleh kategorikan senang sangat nak buat dan semestinya sedap. 
 
Resepi sotong sambal cili banjir.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba

Bahan-bahannya :

1 kilo sotong (dibersihkan dan ditoskan).
1 labu bawang besar (dimayang halus).
2-3 ulas bawang putih (dimayang halus).
1/2 inci halia (dimayang halus).
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1 senduk cili giling (ikut kesesuaian kepedasan yang diingini).
1/2 cawan air asam jawa. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan serbuk perasa (optional).

Cara membuatnya :

Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan yang dihiris (bawang besar, bawang putih dan halia). Goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan serbuk ketumbar dan kacau sekejap. Bila naik bau, masukkan cili giling dan air asam jawa. Kacau sampaikan cili masak, garing dan kurang pedas. Kalau masih pedas, masukkan lagi air. Bila cili dan garing, masukkan sotong. Tambahkan sedikit je air (kalau korang nak berkuah sikit), then tutup kuali. Lagipun, nanti sotongnya keluar air. So, tak payah letak banyak air. Biarkan sampai sotong masak dan berkuah sedikit. Kata sambal banjir kan. Lastly, tambah garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan siap untuk dihidang. 

Sotong masak kunyit pedas.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba. 

Bahan-bahan:

1/2 kilo sotong. 
1 biji bawang merah (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
4 sudu cili giling (pedas ikut suka).
1 biji bawang holland (potong bulat).
1 biji cili merah (potong nipis dan serong).
Minyak, garam, gula, perasa, dan serbuk kunyit.

Macam mana nak buatnya pulak?

Senang je nak buatnya. Mula-mula, sotong dibersihkan dan potong 2. Kepala sotong pun dibersihkan gak. Lepas ditoskan airnya, perap sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, panaskan minyak. Goreng sotong yang diperap separuh masak. Tutup kuali masa goreng sotong sebab kadang-kadang sotong meletup-letup. Angkat sotong dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak gorengan sotong tu, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Setelah itu, masukkan cili giling dan goreng sampai garing. Bila bahan tumisan nampak garing, masukkan sotong, bawang holland dan cili merah serta sedikit air. Gaul rata dan biarkan seketika. Bila kuah sotong dah menggelegak, masukkan garam, gula dan perasa, kemudian gaul lagi. Padamkan api dan bolehlah diangkat. 

Sotong masak kicap.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.

Bahan bahannya;

1 kilo sotong (dibersihkan. Tak payah potong biarkan je sekor sekor).
1 labu bawang holland. (potong bulat).
1-2 biji cili merah (potong serong).
Kicap manis secukupnya. 
Air asam jawa secukupnya.
Garam, gula, perasa dan serbuk kunyit.
Minyak untuk menggoreng. 

Cara nak buat pulak;

Gaulkan sotong yang telah dibersihkan dengan garam, perasa, dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan masukkan sotong yang telah diperap. Goreng sotong sampai air sotong kering. Tutup kuali dan kacau sekali-sekali untuk elakkan sotong hangus. Bila air sotong dah hampir kering, masukkan air asam jawa dan kacau rata. Setelah itu, masukkan kicap manis dan sedikit gula. Sesuaikan rasa, kemudian biar sekejap. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili merah. Biarkan sampai bawang dan cili kelihatan layu. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat. 
Selamat mencuba!