'Santai Tapi Sampai'

18 April 2020

Solat taubat paling simple.

Ramai yang cakap, takde manusia yang sempurna. Betullah tu, yang sempurna hanyalah Dia. Allah yang Esa. Bagi cikla, setiap orang pasti ada melakukan dosa, tak kiralah dosa yang sengaja atau dosa yang kita tak sedar pun. Manusia takde yang maksum. Tapi, kita beruntung sangat sebab Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk hambaNya. Ambillah peluang ni mohon ampun sebanyak-banyaknya. So, cikla nak share solat taubat yang pada cikla paling simple dan semua orang mesti boleh buat. Jom baca sampai habis, dan terus praktikkan ya.

Solat taubat paling simple.
Solat taubat paling simple. Gambar kredit Google. 

1. Niat solat :  

Ussoli sunnatan taubati rok'ataini lillahi Ta'ala. 
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Ta'ala).

2. Rakaat pertama, baca Al fatihah, Al kafirun. 

3. Rakaat kedua, baca Al fatihah, Al ikhlas.

4. Sampai sujud terakhir sebelum Salam, selepas baca bacaan biasa masa sujud, sambung baca doa Nabi Yunus a.s.

"La ilaha illa anta subhaanaka inniy kuntuminazdzhoo limiin". 

Bacalah 10x ke, 20x ke, 30x ke ikut suka. Waktu ni lah kita memohon ampun padaNya, terasa kerdil dan hinanya kita. Sujud lah lama-lama sikit. Lepas tu baru baca bacaan tahiyat akhir macam biasa, sampailah selesai, terus beri Salam. 

5. Habis solat, Istighfar banyak-banyak.

Solat taubat paling simple.
Solat taubat paling simple. Gambar kredit Google. 

Mudah je kan. Selamat beramal, InshaAllah.

#justsharing
#jomperbaikidirijadilebihbaik

3 comments:

  1. Memang LeYa selalu amalkan yg ni je.. Mudah dan cepat ingat

    ReplyDelete
  2. bagilah semudah mana pun, akhirnya, balik pada diri sendiri juga... good sharing btw

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan juga kita istiqamah dan dipermudah juga diampuniNya. Amin

    ReplyDelete