Advertisement

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.

ALHAMDULLILAH, DAH MASUK TRIMESTER KETIGA KEHAMILANKU. MAKIN DUPPP DAPP DUPPP DAPP PULAK RASANYA. Diam tak diam dah masuk trismeter ke-3 dah cikla peknen. Rasanya peknen kali ni macam cepat pulak masa berjalan. Alhamdullilah, baby dengan ibu dia sihat-sihat je. Cumanya checkup monthly lepas, berat turun banyak pulak sampai sekilo lebih. Mungkin sebab sekarang malam-malam memang dah jarang makan nasi. Biasa makan roti atau biskut cicah air milo panas. Ok la kan, asalkan makan. Baby pun boleh tahan aktif dia. Asyik nak menge'kick' je keje dia. Kadang-kadang lebih dari tendangan ninja dia bagi. La ni pun dah start kena catit pergerakan baby dah. 

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.
Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya. Kredit pic from Google. 

Apa yang cikla baca di theAsiaparent, pada minggu ke 28 ni of course la baby dah semakin membesar kan. So, bila dah besar, mesti 'rumah' pun jadi sempit. Tu sebab, mak boleh rasa siku baby la, lutut baby la bila dia dok aktif kat dalam tu. Baby jugak dah boleh pusing pusingkan kepala dia sebagai reaction pada perubahan cuaca. Apa yang menarik, baby sedang biasakan diri dia kerdipkan mata, pastu bulu mata pun dah ada dan air mata pun ada dah. Lepas tu, kedudukan baby pulak mungkin kepalanya ke bawah, dengan montot dia menunjuk ke bawah. Haa, kalau ni kita panggil breech.

Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya.
Alhamdullilah, dah masuk trimester ketiga kehamilanku. Makin duppp dapp duppp dapp pulak rasanya. 

Simptom kat atas tu boleh dikatakan hampir semua cikla rasa. Dan yang paling sadis, time selalu kencing tu. Kejap kejap pergi toilet. Kadang-kadang tak minum banyak pun, pun macam tu gak. Ok la korang, doakan baby dan mak baby ok ok aje ye. Risau jugaklah, lagi-lagi sekarang ni tengah hot dengan isu wabak ni. Bulan puasa pun dah nak tiba ni. 

#kisah9bulan10hari

Post a Comment

3 Comments

  1. semoga dipermudahkan semuanya CikLa. rindu pulak nak ngandung. Haha tapi nanti la dulu...

    ReplyDelete
  2. Moga semuanya lancar.Mudah.Aamiin.Ditambah dengan ramadhan yang kian mendekat.SubhanaAllah.

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan segala urusan, ibu dan baby selamat semuanya ya..sihat

    ReplyDelete