5 April 2020

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.

Rasanya semua orang tau apakah binatang yang dinamakan sotong. Sotong ni pulak kalau tak salah cikla ada jenis-jenisnya, antaranya sotong katak, sotong kurita, cumi-cumi dan raver (wow, nama dia rare sungguh aih). Apa yang pasti, sotong adalah haiwan yang hidup di dalam laut. Hihi. 

Untuk pengetahuan korang, menurut Wikipedia iaitu enskilopedia bebas mengatakan, sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang. 

Haaa, siapa peminat menu berasaskan sotong ni? Cikla nak share 3 resepi sotong yang cikla boleh kategorikan senang sangat nak buat dan semestinya sedap. 
 
Resepi sotong sambal cili banjir.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba

Bahan-bahannya :

1 kilo sotong (dibersihkan dan ditoskan).
1 labu bawang besar (dimayang halus).
2-3 ulas bawang putih (dimayang halus).
1/2 inci halia (dimayang halus).
1 sudu kecil serbuk ketumbar.
1 senduk cili giling (ikut kesesuaian kepedasan yang diingini).
1/2 cawan air asam jawa. 
Sedikit minyak untuk menumis, garam dan serbuk perasa (optional).

Cara membuatnya :

Panaskan minyak. Kemudian, masukkan bahan yang dihiris (bawang besar, bawang putih dan halia). Goreng sampai kekuningan. Selepas itu, masukkan serbuk ketumbar dan kacau sekejap. Bila naik bau, masukkan cili giling dan air asam jawa. Kacau sampaikan cili masak, garing dan kurang pedas. Kalau masih pedas, masukkan lagi air. Bila cili dan garing, masukkan sotong. Tambahkan sedikit je air (kalau korang nak berkuah sikit), then tutup kuali. Lagipun, nanti sotongnya keluar air. So, tak payah letak banyak air. Biarkan sampai sotong masak dan berkuah sedikit. Kata sambal banjir kan. Lastly, tambah garam dan serbuk perasa. Kacau rata dan siap untuk dihidang. 

Sotong masak kunyit pedas.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba. 

Bahan-bahan:

1/2 kilo sotong. 
1 biji bawang merah (dihiris). 
1-2 ulas bawang putih (dihiris).
1/2 inci halia (dihiris).
4 sudu cili giling (pedas ikut suka).
1 biji bawang holland (potong bulat).
1 biji cili merah (potong nipis dan serong).
Minyak, garam, gula, perasa, dan serbuk kunyit.

Macam mana nak buatnya pulak?

Senang je nak buatnya. Mula-mula, sotong dibersihkan dan potong 2. Kepala sotong pun dibersihkan gak. Lepas ditoskan airnya, perap sotong dengan garam dan serbuk kunyit. Selepas itu, panaskan minyak. Goreng sotong yang diperap separuh masak. Tutup kuali masa goreng sotong sebab kadang-kadang sotong meletup-letup. Angkat sotong dan ketepikan. Kurangkan sedikit minyak gorengan sotong tu, kemudian tumis bahan dihiris sampai kekuningan. Setelah itu, masukkan cili giling dan goreng sampai garing. Bila bahan tumisan nampak garing, masukkan sotong, bawang holland dan cili merah serta sedikit air. Gaul rata dan biarkan seketika. Bila kuah sotong dah menggelegak, masukkan garam, gula dan perasa, kemudian gaul lagi. Padamkan api dan bolehlah diangkat. 

Sotong masak kicap.

3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.
3 resepi berasaskan sotong yang korang patut cuba.

Bahan bahannya;

1 kilo sotong (dibersihkan. Tak payah potong biarkan je sekor sekor).
1 labu bawang holland. (potong bulat).
1-2 biji cili merah (potong serong).
Kicap manis secukupnya. 
Air asam jawa secukupnya.
Garam, gula, perasa dan serbuk kunyit.
Minyak untuk menggoreng. 

Cara nak buat pulak;

Gaulkan sotong yang telah dibersihkan dengan garam, perasa, dan serbuk kunyit. Panaskan minyak dan masukkan sotong yang telah diperap. Goreng sotong sampai air sotong kering. Tutup kuali dan kacau sekali-sekali untuk elakkan sotong hangus. Bila air sotong dah hampir kering, masukkan air asam jawa dan kacau rata. Setelah itu, masukkan kicap manis dan sedikit gula. Sesuaikan rasa, kemudian biar sekejap. Kemudian, masukkan bawang yang dipotong bulat dan cili merah. Biarkan sampai bawang dan cili kelihatan layu. Selepas itu, tutup api dan bolehlah diangkat. 
Selamat mencuba!

3 comments:

  1. tq share resepi. sedapnya...dah lama tak masak sotong

    ReplyDelete
  2. Suka cari sotong yang gemuk2 tengah ada telur

    ReplyDelete
  3. Sedapnya sotong. Teringin pula sotong

    ReplyDelete