Advertisement

Salam Ramadan Al-Mubarak.

SALAM RAMADAN AL-MUBARAK. Alhamdullilah, hari ni dah masuk hari kedua Ramadan. Syukurlah. Rasanya masih tak terlambat lagi kot cikla nak ucapkan selamat berpuasa pada semau sahabat pembaca blog cikla ni. Semoga kita diberi kesempatan untuk menjalani ibadah ni hingga ke akhirnya dan mendapat barokah di bulan yang mulia ini. Aamin. 

Pendapat cikla, pastinya pengalaman berpuasa kali ni memang tak akan dilupakan kan. Pertama kali berlaku, tiada bazaar Ramadan dibenarkan beroperasi sepanjang waktu ini. Kesian jugak para peniaga kita. Tapi, apa boleh buat, demi keselamatan dan kesihatan kita semua.

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Salam Ramadan Al-Mubarak. Gambar diubahsuai dari carian Google. 

Walaupun perniagaan bazaar 'realiti' tak dibenarkan, tapi siapa yang nak berniaga boleh guna kemudahan atas talian, atau online. Kira oklah kan, janji masih boleh berniaga. Tapi, dalam pada tu kena jugaklah jaga langkah-langkah keselamatan dan kebersihan jugak, terutama pada runner yang hantar makanan tu. Kena alert banyak pasal ni tau.

Salam Ramadan Al-Mubarak.
Salam Ramadan Al-Mubarak. Gambar from Google. 

Apa yang penting, beli juadah tu jangan membazir, lagi-lagi musim PKP ni. Kalau boleh jimat, jimatlah. Kita tak tau lagi berapa lama PKP ni akan dilanjutkan. Apa yang penting, moga virus COVID-19 ni segera pergi dari sekeliling kita. 

Post a Comment

3 Comments

  1. selamat berpuasa cikla !

    ReplyDelete
  2. kali ini ramadhan berbeza tapi tetap kena lalui juga
    salam ramadhan cikla

    ReplyDelete
  3. Salam ramadan 1441H
    Selamat berpuasa dan menjalani ibadah yang lain2nya

    ReplyDelete