Advertisement

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

RESEPI KUIH TAKO SIMPLE GUNA BAHAN APA YANG ADA JE DEKAT DAPUR TU. Ekceli cikla buat ni petang semalam. Al kisahnya, hari tu nampak kak Abie Zalyza, kawan FB cikla, post dekat fb yang dia buat kuih tako. Teringin pulak nak try sendiri, lagipun anak-anak suka makan. So, pm dia lelaju mintak resepi. Hehe. 

Tengok resepi macam senang jugak nak buat. Kebetulan bahan ada, so kita on ajelah. Yang penting, kita guna apa yang ada dekat dapur tu je kan. Kalau korang nak letak sekuang ke, jagung ke macam yang jual dekat bazaar tu, terpulanglah. Ikut selera masing-masing. Dah, jom kita tengok bahan-bahan dia dulu. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

Bahan-bahan :
Untuk lapisan bawah (hijau).

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

1 cawan tepung jagung.
1 cawan gula.
1 cawan air pandan (blend daun pandan dengan secawan air).
5 cawan air biasa. 
Pewarna hijau.

Untuk lapisan atas (putih).

1 cawan tepung jagung. 
1 cawan gula. 
1 kotak santan 200ML. 
5 cawan air. 
Secubit garam. 

Cara nak buat.
Buat lapisan bawah, hijau dulu. Campurkan semua bahan dalam periuk yang sesuai. Kacau perlahan atas api yang sederhana besar sampai jadi likat. Nak tau dah ok, bila dia timbul gelembung-gelembung tu. Dah masak, tuang dalam bekas (ikut suka kalau nak letak dalam mana pun). Sejukkan sekejap. Sambil-sambil tunggu lapisan hijau sejuk, basuh periuk untuk masak lapisan atas pulak. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.  Lapisan bawah.

Untuk lapisan atas yang putih. Cara sama macam yang lapisan hijau. Campur semua bahan, kemudian kacau sampai likat dekat atas api yang sederhana besar. Teknik sama nak tau dia dah masak ke belum, muncul gelembung-gelembung cinta ehh gelembung masa dia mendidih tu. Dah masak, tuang atas lapisan hijau dengan berhati-hati. Paling cantik tunggu yang lapisan hijau tu sejuk baru tuang. Tapi nak tunggu yang hijau tu sejuk, keras pulak yang putih tu kan.

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.  Lapisan atas. 

So, tuang slow-slow. Dah tuang semua, sejukkan. Sedia untuk dinikmati masa berbuka nanti. 

Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.
Resepi kuih tako simple guna bahan apa yang ada je dekat dapur tu.

Oklah kan kejadian dia, untuk orang yang baru belajar macam hakak ni. Kalau rajin lagi, esok-esok kita letak dalam daun pandan plak. Anak pun kata ok sedap. 

Siapa nak cuba, silakanlah. Sempat lagi nak kacau tu untuk bukak pose maghrib nanti. 

#resepimudah

Post a Comment

1 Comments