Sebenarnya, bukan semua makanan yang kita boleh ambil masa perut kosong. Ada sesetengah makanan yang korang kena elak demi kesihatan. Ececeh, ayat. Nak tau apakah ia? Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni.
Nak tau makanan yang korang tak patut ambil semasa perut kosong? Meh baca ni. Gambar diubahsuai dari carian Google. |
Tomato.
Rasanya semua orang tahu kot yang tomato ni sangat kaya denan vitamin C terutamanya, dan ada juga nutrien yang lain. Tapi, tahukah korang yang tomato ni turut mengandungi asid tannic yang mana ia boleh meningkatkan kadar keasidan dalam perut korang sekaligus menyebabkan gastrik. So, korang yang memang dah ada gastrik ke, atau masalah esofgus dan jugak ulser mesti elakkan mengambil tomato dan makanan sitrus lain seperti jeruk, limau dan lain-lain semasa perut kosong. Ingat tu!
Minuman berkarbonat/air gas.
Kalau yang ni cikla pernah jugak dengar and terbaca, yang kita tak boleh minum dia masa perut kosong. Sebab? Sebab, dikatakan ia akan menyebabkan perut kembung. Keadaan ini jugak akan meningkatkan kadar keasidan dalam perut dan yang paling menakutkan boleh menjadi punca kepada kanser esophageal. Nauzubillah, minta dijauhkanlah. Selain tu kan, asid ni jugak boleh menyebabkan hakisan pada dinding perut. Uishh, seram pulak cikla baca pasal ni walaupun cikla bukanlah peminat air gas.
Makanan pedas.
Penggemar makanan pedas, korang patut lebih alert and beware lepas ni. Kalau korang nak tau, memakan makanan pedas boleh meyebabkan kerengsaan pada perut korang, termasuklah ia menjadi pencetus kepada tindak balas asid dan kekejangan. Perut akan rasa macam 'pedih' bagai dihiris sembilu. Uish, biasa weh.
Gula.
Kalau yang ni, serius cikla baru tau. Rupanya kita tak digalakkan mengambil si gula ni pada masa perut kosong. Walaupun gula ni gula sangat mudah dicerna, tapi bila dia masuk je dekat dalam perut yang kosong, badan kita tak boleh menghasilkan insulin yang cukup untuk mngekalkan tahap normalnya dalam darah. Lagipun, gula adalah makanan pembentuk asid yang boleh ganggu keseimbangan asid alkali. So, korang yang ada penyakit kencing manis terutamanya harus elak melakukan ini ya!
Yogurt.
Tak dinafikan, ada orang suka mengambil yogurt masa sarapan. Sebenarnya, ia tak berapa bagus terutama bila perut kosong. Memanglah yogurt tu kaya dengan bakteria yang bermanfaat untuk kesihatan. Waktu paling cun kalau korang nak ambil yogurt adalah pada 1-2 jam selepas makan. Ok kawan-kawan!
Pear.
Walaupun pear kaya dengan serat, tapi bila korang memakannya masa perut kosong ia boleh membahayakan membran mukus yang halus dan sakit perut berlaku. Kalau orang nak ambik juga sebagai salah satu menu sarapakan korang, korang patut ambil bersama dengan bijirin lain sepert oat.
Kredit info www.buzznoble.com
0 comments: